...sekolah kehidupan..

Thursday, October 21, 2010

Khamis ini buntu banyak

Selamat berkhamis. [bukan bau hamis ya. HaHa]. Khamis patut ada mood cantik. Sebab esok dan lusa cuti bagi negeri padi saya ini. Tapi khamis ini saya buntu banyak.

Pagi-pagi ini. Mari kita berdoa.

  1. Rabbi yassir: Tuhan permudahkanlah urusan kita hari ini.
  2. Moga hari ini Tuhan atur hidup kita lebih baik dari semalam. [Amin]

.................................................................................................................

Pagi-pagi ini. Mari ucapkan sesuatu yang merapatkan ukhwah.

Saya ada kawan. Yang saya ingat sehingga sekarang. Tidak pernah lupa. Kawan yang saya sungguh berkawan. [sila klik. Pernah tulis disini] Masa sekolah. Sehingga lah sudah dewasa ini baru bercontact semula.

Hari ini besday dia. Saya mentalipon dia. Bila sudah terjawab. Saya tidak bersuara. Terus saja saya menyanyi lagu:

"happy besday to u...happy birthday to u...."

Dia ketawa saja. Dan ucap terima kasih.

Kawan-kawan. Itu lah. Bila sudah dewasa dan kerja. mahu jumpa pun payah sungguh. Macam ini lah saja jalan ceritanya. Dia pun sudah berkawin-kawin. Titik.

..........................................................................................................................................................................................................

Pagi-pagi ini. Mari saya bagitahu ini. saya buntu banyak.

Macamana?

Hati sekarang tidak berasa enak dan tenang.

Terasa ada beban sungguh.

Saya teringat encik ayah. [apa sedang di buat sekarang]

Mesti pening fikirkan jalan mahu sempurnakan kerja..

Macamana?

Hati sekarang. Ah, tidak pula boleh selesaikan banyak benda.

Terasa ada banyak belum sudah.

Saya teringatkan macam-macam

Mesti sampai saat akhir pun saya tidak akan berasa siap..

Macamana?

Hati sekarang. fikirkan hari-hari yang sudah saya jalani

Lihat kalendar. Terasa sungguh cepat.

Saya teringat itu ini mahu kena selesaikan

Mesti ada satu dua yang akan saya ralat nanti..

Macamana?

TUHAN..........

Saya minta maaf..

Lalai sekejap dan lama pula ambil masa untuk sedar.

p/s: minta maaf lah. Entri saya semenjak dua ini sungguh sipi-sipi dan tidak bagus. Mood saya tidak cantik hari ini.

3 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

cikgu blh ke sini... kalau cikgu rasa buntu...

http://www.ubuntu.com/ huhuhuhu

anyway... bykan berselawat dan beristighfar.... moga ALLAH memberi kita ilham utk menghadapi semua ini...

insya ALLAH...

pensil iman said...

ahaha..sy akan pegi ke web u buntu itu..

thanks pakcik..akn sy berselawat banyak..

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

selamat bercuti cikgu...jangan buntu², jangan fikir banyak ye!!!


iman dan ulam..begitu dasyat kah?