Saya sekarang dalam tekanan. Serius. Sakit kepala dengan semua ini. Ini bukan dengan anda. Bukan juga pasal sekolah atau pasal pelajar mahupun tugas lain. Ini adalah hal di luar bidang saya dan bidang anda juga. Tidak ada siapa boleh bantu. Ini pasal jiran sebelah rumah. Saya buat pengakuan ini. SAYA SUNGGUH TIDAK SUKA SUASANA TIDAK AMAN. BENCI JUGA SUARA-SUARA KASAR MEMARAHI ANAK. BENCI JUGA SUARA YANG MEMEKAK MENCACI MENCARUT MEMAKI ANAK TIDAK BOLEH BLAH. Tekanan tahu. Te-kananannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. Kanan. Bukan kiri. [HaHa] jangan buat lawak. Saya sedang serius. Depress!
Hai. Jiran.
Saya seorang cikgu mengikut takdir Tuhan kena berkhidmat di sini. Saya juga penyewa rumah sebelah di rumah anda mahu membuat pengakuan ini. saya tertekan dengan anda.
Dan saya adalah perempuan biasa seperti anda tapi saya mengajar lapan kelas yang pelajarnya setiap kelas adalah 40 orang dan membawa jumlah terkumpul 320 pelajar setiap minggu.
Umur pelajar saya adalah 15 tahun dan 16 tahun. Bermacam karenah yang macam-macam juga saya jumpa. Memang sangat menguji sabar saya. Tapi...saya tidak menghamun pelajar saya. Tidak memaki pelajar saya. Yang ada Cuma suara kuat saya memberi arahan suruh membuat kerja sekolah. Suruh berakhlak. Dan beleter nasihat.
Anda? Baru ada dua anak kecil. Seorang darjah-darjah. Seorang lagi tadika. Dua saja anda ada. Kenapa anda begini bahasanya? Berbaiklah dengan anak.
[mungkin saya kalah. Sebab saya cuma ada waktu 6 jam dengan pelajar saya berbanding anda]
SAYA MAHU MENANGIS. Saya sakit hati. Saya sakit kepala. Telinga. Dan saya sedang berkerut dahi menahan semua ini. Bising Ya Rabbi.
Sampai tahap mahu saya berpindah cepat dari berjiran seperti ini. Dia ibu. Dia bapa. Yang bising tidak boleh blah. Tungguh hari kerja mungkin diam.
Rumah dia sebelah rumah saya. Rumah kami berkongsi dinding. Macam rumah teres tu ha. Dia cakap apa pun saya dengar. Pintu sebelah-sebelah. Dia hari ini mungkin dia tidak kerja. Anak-anak tidak sekolah. Dia sedang bersama anak. Hai. Tidak tahulah mahu saya bagitahu apa. Saya tertekan.
Suara kalau tidak versi petir dan guruh memarahi anak rasanya tidak sah. Jadi nak kena bagi sah hendaklah dia bersuara petir dan kasar. Apa salah anak saya tidak tahu lah. Budak-budak memanglah tengah membesar. Ada sajalah nakal sikit ye dak?
Ingat mak pak kita. Marah kita juga bila kita nakal masa kecik-kecik. Tapi. Tidaklah menengking menyumpah memaki segala. Marah mak pak kita untuk mendidik. Tidaklah memaki segala. Kita pun jadi manusia juga sekarang ini.
Pada saya satu saja. Anak ibarat kain putih. Mak pak yang bagi corak. Nak corak macamana. Lembut? Keras dan hitam? Warna-warni. Corak batik? Corak polka dot ke apakah. Terpulang anda.
Lagi? Pada saya macam ini. Ini saja. Jangan cakap kasar dengan anak. Jangan maki hamun anak. Jangan cakap anak bodoh. Jangan cakap anak babi. Jangan cakap anak celaka. Jangan cakap anak tidak berguna. Jangan cakap anak gila. Jangan cakap anak tidak boleh di harap. Jangan.
Nanti tua esok anak itulah mahu bela kita. Kalau setiap hari menyumpah anak. Anak boleh jadi apa? Jadi macam benda kita cakap.
Sumpah anak jadi celaka. Celaka lah hidup dia. Sumpah anak tidak berguna. Tidak berguna lah hidup dia. Sumpah anak bodoh. Dungu lah dia. Sumpah anak gila. Sewel lah hidup dia. Sumpah anak tidak boleh diharap. Memang tidak boleh buat kerja apa lah dia. Bebal tahu? Sumpah anak babi. Nak-nak kalau Tuhan makbul terus jadi anak babi sekor. Baru meraung sakan sampai mati tidak boleh terima hakikat anak sudah jadi babi.
Kerana: doa yang mustajab yang paling tidak ditapis oleh Tuhan adalah dari orang ini. mak dan pak kita.
Saya minta maaflah. Saya sedang dalam tertekan. Bahasa pun tidak molek. Serius.
Anak kalau kita latih cakap kasar dengan dia. Besar esok dia cakap kasar juga. Kalau kita cakap lembut-lembut. Anak jadi cakap lembut dan molek juga. Dia nak ikut siapa? Ikut kita lah sebagai mak pak dia ye dak? Sambil membesar. Dia belajar. Belajar dari siapa? Dari mak pak lah. Ye dak?
[mana nak tumpah kuah kalau tidak ke nasik: kalau hari tu makan nasik lah. Kalau hari itu makan laksa. Kuah laksa tumpah atas laksa lah ye dak?] merapu lagi. Berhenti merapu. Ini bukan main-main.
Saya mood jadi tidak cantik. Dalam rumah sekarang saya seorang saja. Kawan serumah keluar. Dan saya tidak sabar mahu cuti panjang. Tidak lagi hidup sebelah rumah jiran ini sepanjang tahun bertugas di sini.
p/s: sebab tuhan bagi wanita jadi ibu: sebab wanita adalah lebih tabah dan sabar dari lelaki. mengandungkan anak dan melahirkan anak. bersabung nyawa melahirkan. menyusukan. membesarkan dengan kasih sayang yang tidak sama dengan lelaki.

2 comments :
emmmm sebab masa kecik² dia dolu... mak ayah dia pun maki hamun kat dia macam tu juga le... huuhuh
dulu. mak pnh crita. ada sorg laki2 bwk mak dia yg dh tua ke tepi laut.dia nk buang mak dia yg dah tua tu ke laut..msa tu ank dia yg kecik teman sama. ank dia tanya. knp ayh nk letak atok dlm laut? jwb ayah: sbb atok dah tua. xboleh jln lg. dan susahkn ayah. jwb anak: oh mcm tu..nnti ayh tua, sy akn buat mcm ini juga.
si ayh terdiam...dan batalkan hasratnya, lalu balik sj kerumah..huhu.."what u give u get back"
Post a Comment