hey! iman menulis sesuatu hari ini..
makan mi rebus masa perut sedang lapar sungguh sedap. jika masa tidak lapar makan mi rebus boleh rasa sungguh muak. saya sampai sekarang tidak lagi terror membezakan antara mi rebus dan mi kuah. pada saya dua makanan berasaskan mi itu sama saja. kecuali mi goreng.
ini bukan cerita psal mi. ini cerita lain.
semalam talipon cikgu-cikgu saya masa sekolah menengah. tidak apa-apa. menalipon dan mengumpul nombor talipon mereka dari sekolah lama saya. meminta alamat untuk menjemput ke majlis saya nanti. bercakap dengan mereka rasa seronok.

sebab sekarang anak didik mereka ini adalah saya. saya jadi cikgu juga. saya boleh rasa perasaan cikgu yang lain yang mendidik budak yang bernama pelajar sekolah.TITIK.
hari ini. tadi pelajar kelas saya ada program. maklumlah PMR sudah tamat. mereka ada aktiviti sendiri. bulan ini bulan bahasa sekolah. esok pelancaran pula. budak-budak ini perlu buat persembahan.
dua pelajar saya mahu mendeklamasi sajak. tapi tidak reti sangat berintonasi. saya jadi tukang ajar. ajar punya lah ajar. saya bersajak dulu. biar mereka tahu mana intonasi yang kena. mereka diam tengok saya. mungkin sekali ini saya bersajak. mereka diam dan terkebil-kebil. dan saya serah saja lah. budak-budak kalau sudah ada keyakinan. biarlah di asuh-asuh

masa ajar. teringat cikgu saya yang saya talipon kelmarin. dia lah yang ajar saya berbahas dan berpidato. sungguh seronok masa itu. zaman-zaman sekolah. dengar suara dia. macam dulu juga. lembut. dan seronok berborak semula.

saya juga macam pelajar tadi. terkebil-kebil melihat guru saya itu berpidato dihadapan saya. saya kagum dia. dia tidak pernah memberi persembahan begitu. mengajar di dalam kelas memang berbeza. saya suka lihat dia. bersajak. berpidato. berbahas. menyanyi di depan saya. mendidik saya.
dan harap saya. pelajar saya itu suatu hari nanti jadi guru jugak lah. biar dia tahu perasaan saya mendidik orang jadi manusia.
mengambil kata dari puisi Usman Awang:
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

p/s: hari semalam. cikgu saya bertanya. saya sedang apa sekarang? saya jawab: saya sekarang adalah cikgu biasa. macam anda juga. cikgu saya membalas: iya. kita cuma cikgu biasa. yang boleh menjadikan seseorang luarbiasa

0 comments :
Post a Comment