Petang-petang. Makan kismis sambil taip entri best jugak. Mari saya bagitahu anda cara buat koktel mudah. [sebab saya teringat dekat encik ayah. Maka mari saya ajar anda koktel orang tua-tua suka] [sesuai juga untuk orang dewasa. kanak-kanak. Dan emak-emak serta ayah-ayah yang berjiwa penyayang. tok wan tok nek yang sayangkan cucu. Serta isteri-isteri yang rajin memasak. Malah suami-suami yang gemar memasak bila isteri letih.] [maaf lah tidak ada gambar. Gambar ada dalam kepala otak saya saja. Sebab saya sedang recall kenangan meneyediakan koktel untuk encik ayah] Mari belajar. Nombor 1: sagu Masak sagu. Sikit dah la sagu tu. Kang sagu tu mengembang penuh periuk sekejap lagi. Jangan bagi pekat macam nak buat kuih sagu pulak. Masak bagi cair. Ada perkataan CAIR disitu okay. Jangan degil. Kasi CAIR. Letak air banyak. Jangan cair sangat pulak. Bila sudah masak dan cair biasa-biasa saja. Letak gula biasa-biasa saja. Manis buah. Letak pewarna sirap [baru mengancam] Dah masak. Kaup semua sagu dan masukkan dalam bekas besar. Hoi! Sagu masak jadi lagu mana? Ha. Kena bagi jadi jernih semua. Kang bijik-bijik sagu tu dok memutih lagi. Itu tidak masak okay? Jangan degil. Bagi jadi jernih kesemuanya. Kena kacau sedia-sedia. Nombor 2: Buah-buahan dalam tin [laici] Jangan degil. Beli buah laici okay? Asingkan daripada air. Belah dua pun okay jugak. Belah tiga pun okay. ikut anda lah nak buah laici tu sebijik-sebijik pun tidak apa. Hey! Air dia jangan buang. Masukkan buah laici dan air laici itu dalam sagu cair tadi. Kacau. Nata de coco ni. Ambik perasa apa pun tidak apa. Yang anda suka. Saya suka laici. HaHa. Apa kes asyik laici hah? Masukkan nata de coco. Bubuh la dua tiga senduk dalam sagu tadi. Tiga empat kali cedok pun tidak apa. Okay? [lebih nya itu simpan dalam peti ais. Jangan lah ambik semua. Banyak sangat] Ada perasa apa ya di supermarket. [laici, oren, mangga, nenas..itu saja saya rasa..eh..perisa kiwi] pilih lah nak yang mana. Air dia jangan masukkan sekali. Jangan degil. [manis dowh!] Nombor 4: Sumi jelly Bukakan plastik dia. Eh. Kenal tidak sumi jeli? Kalau tidak kenal ini maka anda ini orang zaman batu dan hidup zaman dinasor. Beli sumi jeli yang kecik-kecik tu. Nak yang besar pun tak apa. Ikut suka. Jangan degil lah. Orang cakap sumi jeli kecik. Masukkan juga dalam sagu tadi. Terjun kan dia dalam sagu. HaHa. [lihat? Dah banyak tok nenek dalam koktel kita kan?] ini budak-budak suka. Orang tua pun suka. Saya tidak suka sangat. Adik saya yang rambut kerinting walaupun sudah besar. Dia suka ini. HaHa. Okay. ada satu lagi. Nombor 5: Air gula merah dan susu cair Air gula merah tu. Masak dulu. Masak tahu? Biar pekat. Api perlahan kelak akan hangit pulak. Masukkan air sikit saja. S.I.K.I.T saja. Jangan degil. Kacau bagi pekat. Siap. Tapis kan dia. Ada habuk dan gula kasar-kasar kalau tidak tapis. Tapis dulu. Jangan degil. Susu cair pun kena ada. Dua benda ini. Letak tepi dulu. Air gula merah itu. Masukkan dalam bekas kecik sudah. Sebab ia sedikit saja. Nombor 6: Kismis Sediakan kismis. Banyak pun tidak apa. Saya suka ini. Banyak okay? Jangan degil. Last sekali tidak ada nombor ialah: sediakan ais kiub. Tamat. Cara hidang. Sekian. p/s: jangan degil dalam peraturan. Kelak tidak menjadi. Anda menyesal. HaHa. Mari kita belajar dari kesilapan.
Wednesday, October 27, 2010
Jangan degil buat koktel buah
Nombor 3: Nata de coco
[tahu tak apa ini? bahasa dalam kad pengenalan nya adalah isirung kelapa yang diproses menjadi nama cantik ala Miami 'nata de coco"]
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

5 comments :
hohoho...resepi ini penuh dengan tatasusila..
haha..moral resepi adalah dalam hidup: jangan degil..hikhik..
sangat meriah ye bahan2 dia.. i loikee!!!
kakak iman ku sayang.. klo nak kuah dia lagi pekat.. masak susu sambil letak tepung kastad sket.. lagi sadap..
ahaha..sila lah cuba ya moon..i loiikee too..=)
pakcik hanya tau cara makan je.... tu pun kadang² campuran juga.... muwakakakaka
Post a Comment