Lama sungguh tidak berinternet. Maklumlah bercuti minggu dan bercuti rehat khas. Wah. Tiga hari di rumah encik ayah. Saya tidak bawak balik laptop dan broadband. Beg berat macam anak gajah umur 5 tahun. Jadi tidak lah mahu memberatkan lagi dengan laptop saya. Memang mati kutu lah. Rindu bayangan sungguh pada blog. Jika tidak boleh juga berjalan-jalan melihat laman orang ye dak?
Mahu mula dari mana ya..okay. mula dari sini. Mari mula.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sampai kawan sebelah pun bagi hint nak tengok jawapan saya..maklumlah dia pun sama kategori juga dengan saya. kategori 'alamak' dalam subjek akaun itu lah. Saya buat bodoh saja. Kawan sebelah itu adalah housemate merangkap roommate dan juga kawan baik saya juga.
Saya cuak betul masa itu. Bukan apa. Tidak reti jawab dowh! Itu peperiksaan betul tahu? Saya saja angkat tangan tinggi-tinggi minta paper tambahan untuk jawapan. Macam pandai sangat. Minta kertas lebih tu beb! Ini tidak cukup kira. HaHa. Kawan sebelah lagi lah cuak.
"apasal ain ni siap angkat tangan minta paper. Sungguh terror jawab exam"
Saya bukan apa. Saya mahu conteng kira-kira. Habis-habis kuat saya menulis tentang sesuatu. Sambil-sambil tekan kalkulator sudah menunjukkan saya sedang kusyuk menjawab. Tidak lah duduk saja. Memang menekan rasa. Stress dan sangat bosan. Jadi. Kenalah berlakon secara baik. Merawat rasa cuak dan peluh cuak yang tidak boleh blah.
Kemudian. Dengan kertas itu, saya mahu jawab lagi satu version. Version saya sendiri lah kononnya. Saja buat kalut dan jawab banyak. Gila. Saya gigil pikir kan result kelak.
Kertas jawapan itu sudah saya jawab penuh. Mana yang tidak reti. Saya salin balik soalan dan buat akaun. Yang debit. Yang kredit saya asing-asingkan. Macam pandai lagaknya. HaHa.
[bila ingat balik. Saya sumpah tidak mahu ambik subjek itu lagi dah. Kalau mahu sambung belajar lagi. Saya mahu ambil jurusan pedagoji sahaja]
Kawan sebelah sekali lagi bagi hint. Nak tengok jawapan. Saya? Haha. Saya senyum saja. Saya cakap:
"aku tak reti. Aku salin balik soalan"
Dia senyum. Dia cakap:
"Kuang asam ko. Bikin gempak"
Habis peperiksaan. Lagi cuak. Dengar budak-budak akaun cakap:
"eh..ko imbang tak tadi?" ..."imbang.." bla..bla..siap bincang-bincang..begini—begitu dan begitu begini...[saya tengok kawan. Kawan tengok saya. kami senyum]
Ah! Tensyen. Balik rumah. Kawan sebelah saya tadi. Dan saya juga. Ketawa berdekah-dekah. Ya lah. Dia ingat saya boleh jawab dengan terror. Apadah!
Result keluar. Seperti biasa. Modalnya kan sudah ada. Alasan sudah di bagi. Encik ayah dengar dan nasihat yang molek-molek. Saya dengar sajalah.
Memang! Memang! Dan memang! Pointer saya merudum teruk semester itu. salah saya juga. Tidak ulangkaji banyak.
Tapi tak apa. Semester depan tidak ada lagi dah kira-kira macam ini. Semester depan lagi, ada juga kira-kira yang lain pulak. Tidak apa. Saya reti lah atur dan baiki silap. Saya pulun balik lah.
Huhu. Tengok pelajar saya yang bergaya cool masa jawab exam. Main jawab saja. Hentam-hentam kemudian tidur. Dan saya rasa macam memang tidak sama dengan kita dulu-dulu. Hati saya rasa macam ini:
"hey..depa belum sampai tahap saya untuk berasa cuak"
"depa budak-budak lagi. Tidak rasa takut pointer jatuh"
"tidak takut pun kalau duduk kelas corot"
"depa orang langkawi. Alih-alih nak pi mana. Dok pulau ni saja lah. tidak lah mahu pulun belajar dan keluar lihat dunia luar"
[untuk siapa-siapa yang tidak berhati ilmu. Saya pun puas pujuk hati. Jangan menyumpah. Minta mahap lah noh?]
p/s: Ada doa sahaja. Usaha tidak ada. Apa satu tidak jadi. Tuhan pun tak tolong. Mai la tok guru serban melilit besar ular sawa atas kepala pun tolong doa permudah urusan kita. Tapi kalau tidak ada usaha pun tidak ada apa Tuhan nak bagi kat kita.
Maka. Ada usaha. Kena lah ada doa. Barulah tidak apa. Tuhan pun boleh bagi ganjaran ikut banyak mana kita usaha. Tapi. Kalau ada usaha. Tidak pulak kita berdoa. Kita tergolong dalam golongan yang sombong pula. Tidak pun berdoa pada Tuhan. Kena doa. Setelah usaha. Itu baru kena.

0 comments :
Post a Comment