...sekolah kehidupan..

Friday, October 29, 2010

Perut Melayu Terakhir

Pagi Jumaat ini sejuk sungguh. Angin dan kabus banyak. Redup saja. [wah. Macam ada di Cameron highland pulak ye dak?] Cuma tidak ada pokok teh banyak dan pokok strawberry saja.

Hey. Hey. Saya takut melihat orang india. [sejak-sejak kes pembunuhan sosilawati]. Sedang menaip entri ini ada dua orang india datang nak beli besi buruk. Botol-botol. Zink-zink lama. Saya pun tidak tahu dia mahu buat apa. Encik ayah dan puan emak sedang di laman depan.

[ini bukan sifat perkauman. Ini Cuma perasaan tidak bagus saya saja] hu..

Pertama sekali. Saya minta maaf dulu. Khas untuk yang sedang di perantauan. Kawan-kawan jangan dengki ya. Saya sedang berada di kampung halaman rumah encik ayah dan puan emak sekarang. HaHa. [eceh. Sekali sekala buat iklan ini]

......................................................................................................................................................................................................................................................

Tadi pagi. Ini dah masuk petang dah. Tetap sejuk juga. Cuaca redup sungguh. [tulis sikit pagi tadi. Lepas itu berhenti. Pergi tolong puan emak memasak]. Idea saya habis hilang dah. Sudah tidak ingat mahu cerita apa.

Okay. Saya perut melayu. Anda? Perut apa? Perut orang putih? Perut latin? HaHa. Saya memang perut melayu. Saya memang tidak boleh hidup kalau tidak ada nasik. Rasa menderita banyak sementara menunggu tua jika tidak ada nasik.

Tiap-tiap hari kena makan nasik. Tidak kira lah hari itu sudah makan KFC atau makanan berat apakah. Saya tetap mencari nasik. Kena nasik putih panas-panas. Ikan goreng seekor pun jadi lah. Kemudian kena ada ulam apa-apakah. Sambal belacan. Sudah. Titik.

Rasa menu itu kena dengan saya sungguhpun ia sungguh mudah. HaHa. Anda bagaimana?

Saya tidak boleh set perut macam orang putih. Tidak tahulah jika ditakdirkan saya belajar di luar negara. Jenuh jadi kurus atau tembun saya ini memakan roti dan makanan tidak melayu seperti kita.

Kagum juga dengan semua melayu kita yang berjuang mencari ilmu di negara orang. Bab makan saja sudah nampak payah. Nak cari yang halal payah. Lain lah kalau banyak kedai makanan halal tersadai di tepi-tepi jalan. Ye dak?

Satu hari tidak makan nasik. Saya pasti menderita zahir dan batin. Fikirkan asam pedas. Ikan bakar. Fikirkan sambal belacan dan ulam segar. Lepas itu perut dan usus mesti meraung-raung kesunyian dan sepi.

Pernah satu ketika masa zaman belajar. Kawan serumah bawak makan spageti. Saya makan juga. Kami pergi makan ramai-ramai. Saya? Tidak habis makan. Mahu saja saya lari pergi beli bubur ayam McD. Saya mahu nasikkkkkkkkkkkkkkkkk.

Saya pun fikir. Setakat chicken atau lamb chop. Saya reti lagi buat sendiri dan saya boleh makan. Tapi sekejap lagi. Tengok lah. Sedar-sedar saya sudah berada di dapur semula. Mencari nasik. HaHa.

Masa di university. Saya ada kawan. Suka sungguh dia dengan western food ini. Dia tidak makan nasik pun tidak apa. Wah. Kagum lah. Saya syak dia tidak perut melayu. Mungkin dia perut timor laste. KahKah.

Kenapa hari ini tiba-tiba cakap pasal makan?

Sebab hari ini depa semua dalam rumah ini mahu makan laksa. Saya nak makan nasik. Maka. Saya dan puan emak buatkan laksa utara. Sedang-sedang buat laksa. Saya masak juga nasik. Goreng ikan. Dan buatkan kerabu mempelam. Ulam sikit. Sudah.

Depa makan laksa. Saya makan nasik. Lepas depa makan laksa. Saya pulak makan laksa. Depa tidak pun makan nasik. HaHa. [saya makan banyak. Itu pun orang masih tidak percaya saya kuat makan. Cuma badan saja tidak naik-naik. Bukan salah saya okay?]

p/s: kasihan puan emak. Tidak sihat pun gagah kan diri ke belakang rumah. Kait buah mangga untuk saya. sebab saya kata nak buat kerabu. Terima kasih.

4 comments :

najihah said...

saya pun perut melayu.Sekarang mengidam nak makan nasik lemak.

:)

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

uihk... hang nih macam kanggaru ke?.. ada kocek lebih utk simpan makanan....

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

Cikgu, saya seorang Melayu yang....
1) Tidak menjadi apa kalu sehari tak jumpa nasik (asal ada makanan lain yg mampu mengenyangkan, sudah ok)
2) Tidak pandai makan belacan hehe.. (sedap kah belacan tu?)

pensil iman said...

pocik dot: sy memang perut kanggaroo juga sikit2..HaHa..

yuyun: anda macam sy juga..1 geng. xada nasik. terus demam..ahaha..
sambal belacan..bukan mkn belacan saja..HaHa..nnti yuyun dtg dok utara..mari sy ajar makan ini...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?