hey! iman menulis sesuatu hari ini.. Dedikasi untuk pelajar saya. Mereka akan menduduki PMR esok ini. Hari ini mood rasa macam emak-emak. Mood macam seorang ibu pulak. Rasa kasih pulak tengok pelajar datang mengadu-ngadu. Itu ini. Mendoakan kejayaan setiap pelajar saya. Ibaratnya saya sedang mendoakan kejayaan anak-anak saya.
Pelajar yang saya kasihi,
Hari ini hari muda awak semua. Hari muda yang awak semua masih tidak faham apa-apa tentang kasih mak bapak. Tentang kasih cikgu-cikgu. Tahu datang sekolah. Encik ayah atau puan emak bagi duit belanja. Dan awak datang sekolah. Belajar. Itu saja kerja setiap hari.
Lepas itu. Tahu memberontak. Tahu marah cikgu bila kena tindakan disiplin atau apa-apa. Tahu melawan. Dan tahu mengadu pada cikgu itu ini. Mengharapkan cikgu selesaikan masalah. Dan betapa manjanya awak semua pada pandangan seorang cikgu.
Mengharapkan cikgu untuk mengingatkan. Even mengingatkan awak berulangkali supaya buku atau itu atau ini. dalam pesan berpuluh kali itu. Ada juga yang tidak bawak. Terlupa atau apa. Nombor kad pengenalan pun kadang-kadang terlupa. ceh! Tanda awak semua sungguh tidak boleh diharap banyak. Tanda akal masih pendek. Dan rasa hidup perlu di tegur-tegur selalu.
Dalam membesar itu. Tidak lah lari dari sikap remaja yang sedang membesar. Keseluruhan masa dihabiskan di sekolah. bersama kawan. Bersama guru. Rapatnya hubungan itu.
Saya rasa senang sekali dan berkali-kali. Walaupun kadang penat emosi. Memegang lapan kelas. Satu kelas empat puluh pelajar. Jumlah menjadi 320 pelajar. Semua lain perangai dan emosi. Yang cikgu kena faham dan kenal satu persatu. Itulah masam dan manisnya yang saya suka.
mengajar dan mendidik awak. tidaklah macam mendidik pelajar universiti. sebab itu semua sudah terdidik dan sudah besar. sudah reti. awak ni masih tidak reti. semua perlu di pesan-pesan. di tegur-tegur. di ajar-ajar. hu. macam-macam.
Pelajar yang saya kasihi,
Membesarlah kamu jadi anak-anak yang baik. Dan doa saya. Moga kejayaan sentiasa mengiringi hidup anda. Amin.
Yang menulis:
Cikgu cengey.
p/s: apa itu maksud "cengey". HaHa. Ya. Saya lah itu. tegas dan cengey. kalau tidak kena gaya. Cobalah kalau tidak percaya.

0 comments :
Post a Comment