Haish~! Malam tadi saya tidur tidak padam kan lampu sampai ke pagi. Saya takut hantu. HaHa. [politik betul. Ye dak?] Tapi memang ya. Saya tidak padam kan lampu. Risaukan hantu. Titik. Tak mau cerita. Hari ini sudah khamis dah. Saya lepas sekolah akan balik rumah encik ayah. Membawa beg besar gajah beserta beg besar anak gajah. Gaya macam mahu bercuti di eropah pulak. Lantaklah. Mesti sekejap lagi lalu ikut laluan kastam. Sohihnya di scan beg saya yang besar gajah itu. Bila tengok rupa beg ada roda. Ada tempat tarik. Besar kotak mesin basuh. Maka hukumnya akan jatuh harom lah tidak di imbas di mesin pengimbas ye dak? [selamat bertugas encik kastam dan puan kastam] selamat hari khamis. Saya ucapkan ini sebab setiap khamis mungkin encik dan puan kastam di jeti kuah terpaksa kerja keras sikit dari hari biasa. Sebab hari khamis kan ramai kakitangan awam balik ke tanah besar. Budak-budak sekolah yang dari luar pun balik juga ke tanah besar. ...................................................................................................................................................................................................................................................... Selamat hari khamis. Selamat bekerja semua. Belum apa-apa sudah jam sepuluh. Ha kau? Lagi berapa jam saja lagi nak naik feri balik ke tanah besar. Mari hari ini kita cakap pasal ketentuan Tuhan. Semua yang Tuhan atur sangat cantik kan? Kadang-kadang Tuhan memudahkan urusan kita tanpa kita sangka-sangka. Sebab DIA PENGASIH. Saya dok tunggu ni. Apa yang Tuhan sebenarnya sedang atur untuk saya. Saya balik rumah encik ayah minggu ini. Saya tidak merancang mahu balik. Tetapi hati tetap mahu balik. Kemudian. Kemudian mendapat arahan kena bertugas pula di suatu tempat. Terlanjur balik dan kena pula ke tempat itu. Haish~ saya harap semua baik-baik saja. Saya sedang menunggu apakah sebenarnya ini. p/s: saya mahu buat kesimpulan. Tentang gerak hati. Puan emak kata. Kadang-kadang Tuhan gerakkan hati kita untuk buat apa saja di luar kita sangka. Sebab sudahnya akan memudahkan kerja kita.
Thursday, October 28, 2010
khamis dan apakah?
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
nanti lepas kawen... sure kamu akan suruh encik suami padam kan lampu... kalau boleh tak mo lampu langsung dalam bilik..... memang tak menahan kamu nih..... huhuhuhuhu
ahahaha..pokcik...ahahah..mmg x menahan tekaan pokcik ni...
Post a Comment