Cis! Saya sekarang gundah gulana sungguh. Mahu saja membuat yang baru. Tapi hati tidak sampai. Rasa sayang pulak dengan apa yang ada dan telah menjadi milik saya ini. Saya rasa ini hal saya saja. Bukan hal sekolah dan bukan hal pendidikan. Malah tidak juga sesuai untuk tatapan pelajar. Ini hidup saya okay?
Saya sekarang hati tidak senang. Mahu saja saya memblock orang. Tapi tidak tahu cara. Tak apa. Tak apa. Bila saya sudah belajar bagaimana cara. Akan saya praktikkan sungguh. Tidak lawak-lawak.
Susah juga begini. Mana orang tahu ini ha? Bila blog saya jadi pengetahuan orang yang tidak saya kehendaki di tempat kerja. Saya jadi macam tidak apa-apa sangat. Tapi kalau untuk tujuan pergi iklan di laman rasmi. Itu sudah buat saya angin.
Hey. Di tempat kerja ini untuk tatapan sekali lalu tidak apa. Tapi kalau masuk dalam yang rasmi. Saya rasa tidak boleh. Ini hidup saya. ini juga bukan akademik. Tidak boleh di jadikan contoh banyak tahu? Gundah gulana sejak semalam.
Saya sekarang jadi bukan diri saya dah. Menulis nak kena control-kontrol. Tidak boleh luah segala. Saya terasa di sekat. Di perhati dan menjadi tontonan si penghendap musang berjanggut.
Ini blog bukan akademik jika mahu masuk dalam urusan rasmi. Untuk mahu itu. saya kena cipta satu lagi blog yang sungguh berciri akademik.
Sumbat semua tips belajar dan bubuh buku lima enam ratus untuk rujukan. Malah letak soalan-soalan peperiksaan. Letak nota bertimbun-timbun. Dan latihan yang banyak tidak boleh blah.
Ha itu baru kena. Itu baru bermanfaat untuk otak muda pelajar saya. Kalau macam itu gaya baru lah kena untuk jadi tontonan pelajar saya.
ye dak?
Tidak boleh lah begini. Letak di tempat rasmi di bahagian sumber ilmu. Akan menjadi tatapan budak. Tidak boleh lah. Untuk tatapan budak kena blog akademik.
Kena ada ilmiah untuk mereka ambil dan baca. Bukan baca kisah saya. Malah untuk tatapan tidak budak pun tidak boleh. Orang tua atau orang muda di sekolah saya tidak boleh tahu ini. Kalau tahu pun tidak boleh rasmi-rasmi. ye dak?
Cis! Saya sudah geram tahap tidak tahu lah apa ni. Sebab gundah gulana. Jadi saya mentalipon pihak berwajib. Saya memberi arahan ini:
"Encik, tolong keluarkan link blog saya dari situ. Ia tidak sesuai untuk tontonan pelajar. Ia bukan akademik untuk di tonton?"
[dalam hati: tidak minta kebenaran saya pula untuk di buat rasmi-rasmi]
Mujur pihak berwajib faham. Saya lega. Walaupun hati dan perut dok simpan rasa nak meletup macam lagu dum dum dum bunyi mercun.
Cis! Berapa banyak gundah gulana daa..
p/s: saya kecewa. Gundah gulana. Kepada siapa-siapa yang murah hati mari lah mencurah ilmu pada saya bagaimana mahu saya block orang yang tidak saya ingin dari lihat blog saya?
Kalau nak invite sorang-sorang ke blog saya. saya pulak rasa segan. Sebab saya bukan artis atau dapat pangkat datuk bila jual gelang [curi ayat encik dot]
******************************************************************************************************************
kenapa ada perkataan gundah? Kemudian diikuti dengan gulana?
Gundah = mungkin resah [senang faham tidak senang hati boleh. Tidak senang duduk boleh. Tidak senang berdiri boleh lah juga. Tidak senang untuk apa-apa]
Gulana = Gula + Na [apakah itu? gula itu mungkin milik ana. Dan lama-lama sebut jadi gulana] saya syak macam betul lah. HaHa.

5 comments :
huhuhu..... pakcik betul² gundah GULA NA bila membaca cerita kamu.... huhuhuh...
http://www.google.com/support/forum/p/blogger/thread?tid=041d26d1e99c312d&hl=en --> try baca kat sini dan juga kat mana ruangan help utk blogspot...
sbb blog cikgu public.. agak mustahil utk memBLOCK mereka secara personally utk access ke blog cikgu nih
langkah awal adalah tidak memberitahu tentang kewujudan blog cikgu nih kepada umum @ kepada mereka yg mengenali cikgu.....
ke-2.... elakan dari menTEPEK gambo @ maklumat yang membolehkan orang mengenali cikgu melalui blog....
dan langkah yg drastik ialah.... privacy kan blog cikgu ini...
dan hanya kita berdua aje boleh bertemu... ehh kesitu plak.....huhuhuhuh
tapi tu sudah tidak bebas lagi.....
tak kan nak buat blog baru plak ye... emmm.... ke PRIVACY an tiada sudah....
ini blog kantoi suda....huhuhuhuhu
pokcik..terima kasih atas nasihat ini. sekarang tidak plu lg gundah gundah. sebab sudah tidak ada link sy laman rasmi itu lg.
ok. untuk tutorial di atas. akan sy godek2 sehingga sy pandai menggunakan ia.
dan ahahahha..tidak boleh mmprivacy kan blog secara duet dgn pokcik shj. sbg sy suka kan wak enal secara banyak. maka saya sanggup begini sj..kihkih
misteri. siapakah wak enal?
salam iman, apa kata tukar url blog anda...tp nanti bgtau balik la kita org nih...hehehhe
sama je as...still boleh copy link..=)
nampaknya kena wat privacy lerh cam encik dot cakap...hehehe..pembaca bertuah jer leh baca ...(sayakah itu??? =D )
Post a Comment