...sekolah kehidupan..

Wednesday, October 27, 2010

Ampun bang! HaHa & cerita 24 hari

Sebelum taip lagi banyak. Saya minta ampun dulu. Ampun kan saya bang..! HaHa

Saya mahu buat pengakuan berani mati. Saya sungguh tidak suka bling-bling yang ada di mana-mana blog orang. Ia melambatkan muka surat blog itu. Saya benci sungguh. Sikit-sikit tidak apa. Tapi kalau penuh mukasurat. Nak baca pun payah.

Kemudian. Nak tinggalkan pesan di kotak jerit pun payah. Klik sikit kena apa semua menatang bling-bling. Tensyen dowh! Klik sikit kena bintang bling-bling. Klik sikit kena bentuk love bling-bling.

Kemudian, yang tidak menahan, bila kena kat benda bling-bling itu, terus pergi dekat link di mana bintang menatang bling-bling itu di lahirkan.

Kemudian. Bling-bling merelap-relap. Bentuk love lah. Bentuk hati lah. Bentuk bintang lah. Bentuk bunga lah. Saya penat. Macam semput sekejap saya disitu lah. Hi. Di lihat sungguh bosan. Merata-rata.

[saya ada terbaca tips dalam membuat blog yang tidak menyampah. Tidak ingat di blog siapa. Salah satunya adalah kurangkan bling-bling ala anak mami di blog. Ia buruk tahu?]

[ceh! Macam lah saya ini ramai yang suka. Tidak lah saya syok sendiri. Saya pun tidak minta orang baca dan mengikuti saya dengan bersungguh. Tidak ada kepentingan pun saya menulis disini. Cuma untuk hobi dan kepuasan saya saja]

[tapi. Bila kita menulis di sini. Bermakna kita kena bersedia untuk di baca oleh si pembaca]: ada juga saya tidak sedia. Jika ada dalam web ilmiah.

Tentang bling-bling itu.

Biar lah kat dia ye dak? Tuan dia suka cenggitu kan. Saya cuma pembaca senyap-senyap. Cerita kadang-kadang menarik hati saya. Tapi. Bila banyak sangat benda tidak berguna bergayut-gayut di situ.

Saya macam nak haramkan diri saya pergi ke blog itu dah. Saya penat nak tunggu muka surat. Dan penat tengok bling-bling itu. serabut dowh! Sekian.

[ini pengakuan jujur. Kalau nak tembak saya. sila lah tembak: saya rela dan bersedia] Ampun bang..!tamat.

.......................................................................................................................................................................................................................................................

Mula yang lain. [ini cerita 24 hari]

Saya ada masa untuk hidup bujang cuma 24 hari saja lagi. Saya rasa takut pulak. Gementar banyak. Bukan apa. Risau macam-macam. Segala persiapan. Saya tidak boleh handle semuanya. Sebab saya bertugas di Langkawi. Tidak lah boleh balik ke tanah besar hari-hari.

[saya harap Tuhan akan permudahkan urusan. Dan semua baik-baik saja]

Saya ada masa untuk hidup bujang cuma 24 hari saja lagi. Saya pun tidak menyangka saya akan tidak lagi bujang jika di izin Allah. Saya memilih teman yang saya cinta. Atas restu encik ayah dan puan emak. Dan restu sebelah pihak encik laki-laki juga.

[bersykur banyak sebab ada restu. Kalau kahwin tidak ada restu. Saya sumpah mati tidak mahu. Sebab akan jatuh derhaka]

[kenalah ada redha encik ayah dan puan emak dulu. Baru lah boleh buat keputusan tidak mahu berbujang lagi]

Saya ada masa untuk hidup bujang Cuma 24 hari saja lagi. Saya ada tempoh ini saja. Dosa saya dan kiraan apa. Atas tanggungan encik ayah. Masuk jam 12 tengahari hari ke 24 itu. dosa saya sudah encik laki-laki itu pulak tanggung.

[takut kan? Kita yang perempuan. Kena jaga diri baik-baik. Supaya tidak lah kita tarik encik suami dan encik ayah tanggung dosa kita yang kering-kering]

[kadang-kadang. Rambut nampak sikit masa keluar ampai baju di luar rumah. Bukan Muhrim terlihat pula. Pakai tudung tidak sempurna. Nak kalut punya pasal]

[sembahyang lewat. Subuh gajah. Tidak menalipon encik ayah dan puan emak lama. Baju kadang-kadang sendat sikit. Mascara tidak cuci habis masa wuduk. Tinggi suara dengan encik ayah] tak mau dah senarai. Saya takut. Itu baru sikit.

Saya ada masa untuk hidup bujang Cuma 24 hari saja lagi. Saya rasa saya macam tidak bersedia pulak jadi isteri orang. Nak kena lahir anak. Nak kena jaga. Nak kena didik. Nak kena bagi agama dan didikan yang baik. Saya bukan apa. Saya fikir cabaran besar di depan. Tengok anak muda mudi la ni. Tengok lah. Tengoklah depa sudah macamana sekarang? anak saya nanti? Macamana?

[sungguh takut kan? Perkahwinan bukan fikir seronok saja boleh buat yang haram jadi halal. Tidak main-main tahu? Fikir jauh sikit]

[Takut saya tidak mampu kalis perkara yang jahat-jahat dari merasuk zuriat saya]

......................................................................................................................................................................

Encik ayah satu hari dulu pernah tanya kami adik beradik:

"Bila anda semua besar dan dewasa kelak. Mampukah membesarkan dan mendidik anak seperti mana ayah buat kepada kamu semua sekarang?"

Kami diam saja. Masing-masing fikir dan jawab dalam hati. Itu dulu. Masa masih menjadi pelajar universiti.

Baiklah encik ayah. Saya jawab soalan anda hari ini:

"ayah. Saya tidak mampu memikul tanggungjawab macam ayah pikul. Ayah sungguh-sungguh mendidik kami. Ayah lah guru. Mengajar kami al Quran. Mengajar sembahyang. Mengajar apa itu baik dan halal. Mengajar apa itu haram dan jahat"

"ayah. Saya tidak mampu mendidik seperti ayah didik kami. Kita keluarga yang besar. Tapi setiap seorang berjaya juga. Dan seimbang agama dan akademik. Seimbang adab dan tingkahlaku. Seimbang hidup dan cukup lengkap. Walaupun ayah bukan lah orang kaya raya"

"Ayah. Saya tidak mampu sehabis baik seperti ayah. Tidaklah mampu hidup menjadi seberkat hidup encik ayah dan puan emak. Saya cuma reti membalas budi dan jasa anda sahaja."

"ayah. Di akhirat kelak. Bila di soal tentang dosa saya. Saya tidak akan mengatakan pada Tuhan bahawa ayah tidak mengajar saya. Saya tidak akan mensabitkan kesalahan saya dengan ayah. Semua ayah sudah ajar. Cuma saya yang lalai dan salah banyak. Ayah sudah lepas"

Sob..sob..sob..[T___T] : saya yang salah.

p/s: untuk hidup saya dan anda akan datang. Harap kita mampu membuat yang terbaik. mari berhijrah hidup yang lebih baik dari semalam. Berdoa sajalah. Amin.

4 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

masa kecik kita dilahir tidak boleh berjalan... tidak seperti anak lembu.. kucing @ sebagainye..

bila dah besar sikit... kita belajar berjalan... bertatih dipantau oleh orang dewasa.. ibu bapa...

bila dah dapat kaki... pantang ada ruang lapang... berlari.. melompat dan segala aksi yg cuba dibuat...

jika kita dari kecik takut utk mencuba bertatih... adakah kita sekarang nih boleh melompat?.... berjalan pun berlum tentu.... maka merangkak le kita sepanjang hayat.. sedang kan kita di beri kekuatan untuk terbang.....

selagi tak kwaen.. selagi tu kita tak tahu akan cabaranye.....

dengan bantuan ibu bapa.... rakan2.... insya ALLAH....

perasaan tu biasa la..... bykan berselawat....

pensil iman said...

terimakasih pakcik dot..terharu dengan nasihat anda..sgt bermakna..sgt bermakna..1 motivasi buat saya..

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

saya dapat rasakan sikit² perasaan cikgu sekarang..gementar, risau..cikgu kena kuat untuk menempuh ke alam yang penuh dengan tanggungjawab!! kalau mak bapak kita boleh membina kebahagian itu seterusnya adanya kita di mukabumi ini, kenapa pula cikgu tidak? ye dok?? semoga segala-galanya berjalan lancar..harapan saya, agar cikgu takkan tinggalkan journal cikgu ini walaupun dah bergelar isteri nanti.. saya adalah peminat kepada journal cikgu ini. walaupun saya tidak pernah bersua dengan cikgu, melalui entri ini saya mula mengenali cikgu sedikit demi sedekit.. :)nice knowing you!!

pensil iman said...

yuyun: sy sngguh hrgai anda..tq..insyaAllah..smoga hidup kita baik2 sj..
dan..sy akn sntiasa mnulis...wlpn da jd isteri @emak2..[hrp ank x menetek selalu] dan bg ruang utk sy pgg lptop..kahkahkah..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?