Hari jumaat menjadi gadis Loreal. Hari sabtu menjadi emak. Dan hari ini saya bershoping sakan sebagai emak di bahagian dapur. HaHa. [gimik apa kah ini?] Tidak lah apa-apa. Saya hari ini membeli belah periuk dan kuali. Maklum lah sementara sedang bertugas lama di Langkawi ini kenalah membeli belah barangan seperti ini. Jika bulan lepas menjadi emak di bahagian pinggan mangkuk. Maka bulan ini di bahagian periuk pulak. Kenapakah? Sebab. Selepas berkahwin kelak. Januari depan. Saya memohon bertukar tempat bertugas ke Johor Bahru. Dekat dengan encik suami. Jadi. Di kesempatan yang ada ini. Layak lah saya sedar diri sudah mahu berumah dan bertangga. Wajib lah saya memborong periuk tiga empat bijik. Kuali dua tiga bijik. Periuk kukus lah. Periuk oh periuk. Sudu mudu. Senduk menduk. Kan? Barang luar negara dan bermutu mutu kan di sini murah dan bebas cukai. Tefal ke mefal ke. Apa-apa lah. Maka. Tidak lah rasa ralat jika dapat bertukar nanti. Sebab barang-barang ini sudah saya angkut sama. Dan. Nanti saya akan turut menjadi emak bahagian masak-masak pulak untuk anak-anak. Dan masak juga untuk bapak kepada anak. [guna periuk dan kuali serta pinggan mangkuk yang saya sempat culik dari Langkawi ini] titik. Amaran: iman adalah perempuan yang sungguh obsess pada periuk. Jika tidak terkawal akan membawa mudarat dengan memborong periuk secara dasyat. Letih kaki. Letih mata. Saya mengantuk. Saya keluar rumah awal pagi. Sarapan di pantai chenang dan lihat laut cantik. Dan semenjak itu tidak pulang ke rumah. Berbeli-belian. Kemudian lepas asar baru pulang. Kemudian ke pasar pulak. Dan kemudian pulang. Kaki ku letih. Mata ku letih. Kemengantukan saya. Set pisau belum beli. Set itu. Set ini. Bla.bla..ini lah perempuan. p/s: iman juga obsess pada warna putih. Cadar. Pinggan mangkuk. Warna putih. Cadar. Periuk dan kuali. Warna putih. Warna putih. Cadar. Ha. Itu sahaja. Berapa banyak putih lah. Ya. Itu lah saya. TAK MAU DAH BUAT ENTRI OBSESS MACAM NI.
Saturday, October 23, 2010
Obsesi periuk
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment