Kadang-kadang saya rasa mahu lari jauh-jauh. Jauh dari ini. [tapi. Tidak boleh. Saya bertugas di Langkawi. Nak lari ke mana? Ini pulau okay?]
Ini adalah sebuah kerisauan. Bila fikir lama-lama boleh bikin jerawat tumbuh tiga atau empat butir di muka. Boleh berair mata. Dan stress meningkat ke 360 darjah.
tapi....
....................
....................
....................
kalau saya lari dengan kaki..memang lah tidak boleh...
dan....
kalau saya naik benda alah ini boleh kan? walaupun ia sebuah pulau...
tadaa~
sebuah heli sedia berkhidmat untuk saya terbang jauh-jauh..
atau....
ini..
sebuah jet pejuang...
HaHa..amacam? cenggitu gaya. titik.
Sebenarnya mahu saja saya peram bijik mata. Peram bagi masak dan kemudian dapatlah tidur dan lena nyenyak. Minda yang bebas dari fikir apa-apa. Supaya bangun esok pagi hati pun jadi bagus-bagus. Bersedia nak ke tempat kerja saja.
Tapi tidak boleh. Peram mata pun tidak masak-masak. Dan fikiran pun melalut ke sana ke sini. Masa depan saya. Hari-hari depan saya. Dan apa saja yang ke depan-depan yang saya kena tempuh.
Sekarang adalah masa seorang. Tidak ada masalah apa. Ke sana ke sini. Dan buat tindakan apa. Hidup saya bersama keluarga. Ada puan emak dan encik ayah. Waris saya yang sedia ada dan saya sayangi.
Kasih sayang encik ayah dan puan emak ada bersama-sama saya. Dan kasih sayang adik beradik ada juga bersama saya.
Saya sedang fikirkan sesuatu yang lain. Yang saya sendiri cuba cari. Dalam hidup. Kelak akan hidup bersama orang. Dan jauh asing dari hidup saya. Jauh dari tempat saya. Jauh juga dari persekitaran saya. Jauh segalanya. Dan jauh dari apa yang telah saya ada dan telah lama milikinya.
Saya sedang fikirkan sesuatu yang lain. Yang saya sendiri mahukannya. Membawa hidup dengan apa yang telah patut saya hormati dan patuhi. Dan mula belajar sesuatu yang terlalu asing pada saya.
Saya mengambil anak orang lain di usia ini. Memisahkan dia dari ibunya. Membawa nya ke dalam hidup saya. Dan saya tidak pula boleh menidakkan hak nya menjadi hak saya seorang. Saya perlu belajar itu. Baktinya adalah tidak berubah. Kepada ibu. Tidak seperti saya.
Tapi. Dia berkuasa ke atas saya. Syurga saya beralih kepadanya. Redha ibu bapa tidak lagi ke atas saya. Sebaliknya saya perlu mencari redha dia.
Saya? tidak boleh menidakkan haknya. Kerana syurga dia masih kekal di bawah ibunya. Patuh saya. bukan lagi kepada encik ayah dan puan emak. Tapi patuh saya adalah pada dia. Kecuali arahan dan teguran dia itu terpesong dari agama.
Saya sedang fikirkan. Boleh kah saya menerima ini? merubah hidup saya semuanya. Dari wilayah saya. Ke wilayah celcom. Ah wilayah orang lain. [kau jangan buat lawak. Aku sedang serius!]. Saya akan menjadi orang lain. Menajdi hak orang lain. Dan perlu berasimilasi.
Apa itu asimilasi? Cari sendiri. Aku malas mahu terangkan apakah itu.
[kasihan pulak kalau tidak tahu maksud: maksud saya bagi adalah ini: penyesuaian diri]
Saya sedang fikirkan tentang perlunya saya menyesuaikan diri di tempat orang. Melibatkan banyak pihak. Terlalu banyak. Banyak orang bermakna banyak hati dan perasaan. Banyak sikap dan banyak perangai. Banyak tanggapan dan banyak mata memandang.
Hati rasa macam mahu di robek-robek. Saya risau kan diri sendiri. Takut saya tidak pandai bawak diri di tempat orang. Saya risau tidak menjadi kepuasan orang. Dalam akhlak dan tingkahlaku. Perbuatan dan lisan.
Saya orang yang biasa. Tidak sempurna mana. Saya tahu saya tidak boleh memuaskan hati semua orang. Melainkan orang itu memahami saya dan menerima saya seadanya tanpa kondem-kondem atau mempertikaikan apa-apa.
Saya sedang memikirkan tentang banyak nya saya perlu berubah. berubah sikap. Berubah kata. Berubah tingkah laku. Berubah menjadi yang selayaknya saya berubah. Apabila ada yang membimbing anda dengan baik. Menasihati aurat anda. Menjaga pandangan dan muhrim mahramnya.
Anda patut lah bersyukur. Saya lah orang itu. Saya bersyukur banyak. Namun, satu cabaran juga pada saya mematuhinya. Kerana persekitaran itu tidak sama dengan dia.
Walaupun tidak saya berjumpa kesemuanya. Saya adalah orang yang suka sekali dan berkali-kali buat pemerhatian. Memerhati persekitaran dan budaya orang.
Saya rasa tiba-tiba saya kalah teruk sebelum berlawan dan menunjuk diri. Saya menjadi rendah diri walaupun saya menang akhlak dan peribadi. Saya dan persekitaran tidak seperti itu. Saya dan dia mungkin begitu. Orang lain yang mendominasi keadaan tidak begitu. Bagaimana saya?
Hai semua. Bila kita cuba penuhi semua orang. Kita seperti sedang berlakon bukan? Berlakon kan penat? Macam artis sedang shooting juga. Kena berlakon ulang kali bila tidak kena macam pengarah mahu. Penat. Dan akhirnya rasa macam nak lari balik. Nak nak pulak kalau pengarah marah-marah.
Patut saya tidak perlu fikir banyak. Patuhi sajalah. Saya Cuma nampak dua orang ini saja.
Nasihat encik ayah pada saya:
"buat macam islam suruh. Tidak ada siapa boleh pertikaian anda. Sebab anda betul dan tidak salah apa-apa"
Nasihat dia yang serupa encik ayah pada saya:
"buat saja yang betul. Kalau tidak salah. Tidak ada orang marah dan berkata apa-apa"
Saya? berkata dalam hati sahaja:
"mereka berdua ada pemikiran yang sama. Dan yang nak hadapnya adalah saya"
p/s: ini entri monolog dalaman saya. Tidak ada siapa pun yang faham ini. kecuali yang ada kuasa super saiyya. Saya risau. Ingin saya ada kehidupan sendiri. Tapi. Ini lah cobaanya. Ah. Saya fikir banyak sangat. Sudah lah. Titik saja. [tidak mahu luah apa-apa lagi dah]
kawan sekolah datang hantar ikan. dia pergi memancing. ada ikan siakap. ikan cencaru. ikan kerapu. ikan kembong. saya kesian nak siang. ia hidup lagi. saya nampak dia bernafas. saya pun letak kat sinki. serius nampak dia tercungap-cungap. biarlah dia mati dulu. kejap lagi saya siang kan.

0 comments :
Post a Comment