...sekolah kehidupan..

Wednesday, October 20, 2010

Hari ini rasa saya adalah begini.

Pelajar saya datang jumpa saya untuk memohon masuk ke sekolah menengah teknik. Seorang-seorang datang minta keputusan percubaan PMR. Ya lah. Saya guru kelas mereka. Saya lah menjadi rujukan mereka itu.

Pada saya pelajar saya seorang-seorang ada comelnya yang tersendiri. Dari yang bagus-bagus akhlak. Sehingga yang memuaskan saja. Seorang-seorang kena layan.

Macam-macam. Budak-budak. Seorang-seorang ada hajat sendiri dan masalah sendiri. Macam-mcam. Dari masalah tidak bawak borang. Masalah keputusan tidak cantik. Masalah tidak hadir nak tolong ambil untuk kawan. Masalah mahu membuat sandwich tidak reti. Masalah nak pilih bidang hingga ke masalah tak ada duit nak fotostat slip keputusan percubaan.

Ya. Ya. Ya. Cikgu adalah super saiyya. Boleh menyelesaikan masalah anda dengan segera. Tamat.

.......................................................................................................................................................................................................................

Hurm. Mahu bagaimana ya dalam hidup kita ini. saya sungguh takut jika tersakiti hati orang tanpa sedar atau apakah. Samada dalam tindakan atau ucapan lisan. Sebab hati manusia ini tidak lah sama semuanya.

Bukan apa. Takut orang terasa dan mendendami kita. Dan melakukan sesuatu di luar batas atau apakah. Walau apa pun, kita cuma boleh berdoa supaya terhindar dari fitnah dan tipu daya syaitan.

Hari ini tidak boleh kata rambut sama hitam hati lain-lain. Sebab sekarang rambut orang sudah ada warna-warna. Di blonde kan rambut warna perang lah. Warna hijau lah. Warna ungu lah. Warna putih semualah. Warna pelbagai kan sekarang? dan hati tetap lain-lain. Rambut saja yang berubah warna.

Maka saya cipta sesuatu. Sekarang saya cipta peribahasa ini. "darah memang sama merah tapi hati tetap lain-lain" [kecuali mahsuri berdarah putih] HaHa. Boleh lah kan?

Saya pohon maaf lah untuk semua tingkahlaku dan lisan saya yang tidak baik samada sedar atau tidak sedar. Dan saya memaafkan semua salah siapa-siapa pun. Tamat

..............................................................................................................................................................................................................................

Sila lihat pantun ini:

"Jeling-jeling aku

Pucuk paku masak lemak

Siapa jeling aku

Aku cakap emak"

Saya tersenyum mendengar pantun ini tadi. Puan penolong kanan pentadbiran sekolah saya mengucapkan ini semasa beliau rasmikan pelancaran bulan bahasa peringkat sekolah.

Saya suka dengan pantun ini. pendek saja. buat saya rasa hai. Sungguh bahasa kita ini comel. Bahasa mudah-mudah. Boleh bikin ketawa.Dan boleh buat ada segaris senyum disitu.

HaHa. Teringat zaman kecik-kecik. Kalau ada kawan yang tidak mahu bermain sama-sama. Dan jeling kita. Hey. Sekejap lagi ucap ini:

"oho..jeling-jeling aku...aku bagitahu kat mak aku"

Zaman kecik-kecik. Memang macam-macam. Tamat.

............................................................................................................................................................................................................................

Saya ada masa empat minggu sahaja lagi. Tiga puluh hari hari. Sebulan ini untuk siapkan segalanya. Majlis pernikahan saya pada insyaAllah pada 20hb November ini. hari-hari tasyrik. Saya rasa sungguh saya macam tidak siap banyak perkara.

Berada di langkawi bertugas. Dan mahu pulang ke tanah besar setiap minggu untuk menguruskan kerja. saya rasa tidak sempat banyak.

Tidak apa. Mari lah kita berlapang dada menerima dugaan. Kerana orang lain lagi banyak dugaan yang lebih berat daripada kita. Lagi satu. Jika kita menerima masalah dengan berlapang dada. Semuanya akan menjadi baik-baik saja.

Moga tuhan mempermudahkan urusan saya dan anda juga. Tamat.

p/s: terasa hari ini saya menulis seperti penuh tawadduk dan insaf. HaHa. Baiklah. Bukankah ini bagus? mari lah kita insaf dan bermuhasabah diri.

4 comments :

Murni said...

semoga semuanya urusan bjln lancar & dipermudahkan olehNYA...

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

20 nov 2010?? semoga selamat menempuh ke gerbang perkahwinan!!

Acik As said...

semoga selamat semuanya... amin

pensil iman said...

amin..thanks all..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?