Budak-budak kecik sangat jujur dalam memberi jawapan. Tidak segan memberi jawapan walaupun kedengaran agak lucu. Saya gelak. Hari ini saya ada program kempen keselamatan makanan peringkat negeri. Di adakan di sebuah sekolah rendah. Contoh soalan dalam slot ceramah: Tanya si penceramah: "kamu guna sabun apa untuk cuci tangan sebelum makan?" "siapa nak jawab. Sila angkat tangan" Seorang pelajar dengan yakin angkat tangan. Datang ke hadapan. Memegang mikrofon dan menjawab ini: "guna sabun brezee". Saya gelak sedikit. Guru-guru besar gelak juga. Pelajar tersebut tidak gelak sebab dia jujur. Dan pada dia itu adalah jawapan yang betul. Pelajar lain juga tidak ketawa. Mungkin di rumah kadang-kadang dia guna sabun pencuci baju. Dan penceramah tidak gelak. Dia Cuma membetulkan jawapan pelajar bahawa tidak lah boleh cuci tangan dengan serbuk pencuci baju. Mengajar budak besar tingkatan tiga empat. Atau mengajar budak sekolah menengah yang ada sampai tingkatan enam. Bermakna memang sudah besar banyak. Tapi tadi saya ke sekolah rendah. Saya kadang-kadang sampai naik rimas. Budak-budak kecik kemetot ramai sungguh. Comot tidak payah cerita lah. Kekemasan diri sungguh mereka tidak endah sangat. Ya lah. Budak sekolah rendah ramai. Campur yang cikgu-cikgu masing-masing bawak ke program itu. tambah pulak dengan pelajar sedia ada. Menghimpun seluruh negeri kedah di sekolah itu untuk program kementerian kesihatan itu. Tapi di sekeliling saya tadi kebanyakkannya adalah guru-guru besar sekolah rendah. Mereka sudah tua banyak. Saya tadi duduk di sebelah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah rendah juga. Saya teruja lihat pelajar sekolah rendah. Mereka kecik kemetot. Comotnya tuhan saja yang tahu. Berlari-lari. Ke kantin berlari. Ke mana-mana berlari. Saya rimas sungguh. Kemudian. Mereka bukan endah sangat arahan guru. Ya lah sudah di namakan budak-budak. Saya macam terlupa. Di sebelah saya PK Hem sekolah rendah dari sebuah sekolah yang lain. Langsung saya berkata ini: "ish...budak-budak ni..kecik sungguh ya..kemudian comot" HaHa. [dia itu PK Hem. Dia senyum dengar saya. Mesti sudah berpuluh tahun dia bersama budak sekolah rendah ye dak? Dia mesti lali sangat dengan budak sekolah rendah. Alahai. Kecik-kecik. Berlari ke sana kesini. Haish~] Itulah. Mengajar budak besar tidak sama dengan mengajar budak kecik. Ini lah budak-budak kecik. Bila penceramah sebut tentang kuku. Mereka semua belek kuku. Bila penceramah sebut tentang rambut. Mereka semua yang lelaki pegang rambut. Bila penceramah sebut macamana mahu basuh tangan dengan baik. Mereka semua buat gaya macamana mahu basuh tangan. Bila penceramah tanya rumah siapa ada pokok bunga. Angkat tangan juga. Kawan sebelah bila lihat kawan angkat tangan. Dia angkat juga. Tidak mahu kalah. Bila penceramah tanya selain nyamuk aedes ada nyamuk apa lagi kah? Berani datang ke hadapan jawab: "nyamuk tiruk" HaHa. Bila penceramah tanya soalan. Masing-masing angkat tangan. Tapi jawapan yang di bagi sangat tidak betul dan lucu. Tapi itu lah jawapan yang paling jujur yang ada dalam fikiran budak kecik. Bila penceramah tanya macamana mahu hapuskan nyamuk eades? Ada yang angkat tangan jawab ini: "kita bunuh dia dengan menampar" KAHKAHKAH..iya betul lah tu.. Bila penceramah tanya pernah tak sakit kepala? Datang seorang pelajar jawab ini: "pernah dua kali saya pening kepala". HaHa. [budak sekolah menengah ada ke nak datang depan pegang mikrofon bagi jawapan jujur macam ini?] [HAHAHAHA. Saya tensyen dowh ada di situ. Bukan jiwa saya barangkali. Saya biasa dengan pelajar besar sampai sudah tidak reti mahu berlembut dan berhalus-halus dengan tingkah laku budak kecil] p/s: pelajar bila besar sudah tidak macam ini. tahu erti segan. dan sudah reti malu dengan kawan. apa lagi kalau semua mata memandang. mahu jawab soalan pun tidak mahu. takut salah dan diketawakan rakan.
Sunday, October 31, 2010
Jujur
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
biasa la ...bdk2... jiwa mereka masih suci... tp bila dah besar sikit... mula la macam2 kaler jiwa mereka nih....
hehehe..bagus-bagus....kecik-kecik dulu saya seperti itu juga...entah-entah sampai sekarang juga...owhh tidak...xP
Post a Comment