Setelah di serang oleh penggodam di muka buku sebanyak dua kali. [sila klik. Pernah tulis disini] Saya sungguh terasa membuang masa. Saya terpaksa mengumpul semula kawan-kawan saya secara pukal. Tidak ingat nama mereka. Sungguh kasihan. hu. Sakit mata. Dan sakit hati dengan penggodam dan tidak suka membuat email baru. [sudah duakali membuat email dalam masa 3 hari ini. Dan dua kali itu di godam-godam. Cis! sungguh tidak semenggah si penggodam] Hai. Penggodam. Pilih lah orang lain. Saya bukanlah orang kaya yang mahu anda curi password dan email saya. Saya cuma orang biasa. Tiada kepentingan harta dan aset secara banyak mahu di hendap-hendap. Juga bukan memberi ancaman kepada siapa-siapa dalam bentuk peperangan siber mahupun nuklear.
Saya cuma ada kepentingan pada pelajar saya saja. Kerana saya cuma seorang cikgu. Titik.
Babai penggodam. Saya sudah buat mukabuku baru. Harap anda tidak lagi mencari saya. Titik cepat-cepat disini. Teeettt!
Sebab saya tidak mahu dah bercakap tentang mukabuku. Saya sedih sungguh. Hilang banyak kawan. Hilang notes saya. Hilang hallmark saya. Hilang kenangan saya. Hilang lah dan hilanglah. [T___T]
Dan sungguh menyampah sebab kena kumpulkan kesemuanya kembali. Dan kebarangkalian untuk tidak berjumpa kesemuanya adalah sebanyak 65 peratus. [T___T]: saya syak peratus banyak itu. Sebab saya tidak ingat lagi dah. HaHa.
p/s: tidak mahu ingat peristiwa membuat mukabuku secara bersungguh untuk tidak hilang kawan-kawan di saat saya mahu berkahwin. macamana nak contact?

2 comments :
sebab tu le pakcik tak de bukumuka.... huhuhu
tapi...pakcik ada bukulima kan? ahahah
Post a Comment