...sekolah kehidupan..

Friday, October 22, 2010

mekngot tapi bagus.

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

sepatutnya saya sudah tidur. letih sungguh hari ini. tapi. mahu buat ini sekejap. [lepas bercakap talipon dengan encik tunang, rasa mata bulat kembali]

hari ini letih banyak.
bukan letih apa-apa pun.
kenapa pergi smoothing?
sebab mahu senang di urus dan nampak kemas.

kenapa pilih loreal?
sebab di situ ada pekerja yang bagus dan teliti.
tapi beliau mekngot sungguh dan bekerja sorang diri.
kemudian.
masuk loreal jam 4 petang. siap smoothing jam 9 malam.

lama sangat tunggu. [sedang sudah lama rambut habis di stim]
jam 8 malam.
di situ jumpa kawan lama.
masa sekolah-sekolah menengah.
dia sudah anak dua. saya masih tak ada zuriat.
dia cakap:
disini bagus. teliti sungguh. puas hati.
saya tahu. ia bagus. sebab sudah jadi pelanggan setia.

tapi..
MEKNGOT sungguh.
dia cakap:
hari itu saya masuk jam 8 malam. siap jam 3 pagi.
nasib baik rumah dekat.

saya???
[rambut dia tebal. saya tahu. sebab dulu satu hostel]
[lagi satu. dia sorang saja urus semua pelanggan. memang lah lama]
[lagi pulak. dia teliti sungguh-sungguh]

nak servis macamana?
teliti dan hasil yang baik [/] tanda rait. sebab ada ini.
harga yang bagus [/] tanda rait. sebab ada ini juga.
senang hati dengan layanan [/] tanda rait. sebab memang ya.
pengurusan masa [X] tanda pangkah. sebab memang mekngot.

what is the "mekngot" mean?
mekngot ialah sebaris perkataan utara yang membawa maksud ini:
sungguh-sungguh-sungguh lambat-lambat-lambat [lihat tuh. ada triple mekngot]. lambat dan sungguh tidak menahan. buat kerja lambat siap sungguh.

[tapi. di maafkan sebab dia bagus. hasil yang baik. cuma kena bersabar banyak. dia seorang diri mengurus banyak kepala. Faham?]

p/s: kenapa bila saya guna kan google chrome: taip entri ini. kemudian tulisan dia jadi besar gedabak? sudah saya pilih "small" tapi tetap gedabak. i dun like!

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

sebb gugel krome mekngot...huhuhuhuhu

pensil iman said...

ahahaha...tidak..google chrome tidak lah mekngot...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?