...sekolah kehidupan..

Thursday, October 14, 2010

Hai budak.

Saya hari ini mendenda pelajar. Lepas selesai saya urus penyerahan buku teks tadi. Budak itu memang kena ketuk ketampi dua puluh kali. [jangan tanya sebab apa] sebab saya rasa pelajar itu tidak sivik. Tidak ada kesedaran sivik. Dan sungguh kurang ajar dengan guru. Titik.

[sebenarnya jangan main-main dengan saya saat saya sedang serius. Saya tidak suruh suka-suka. Jadi silalah patuh] tamat.

**************************************************************************************************

Ini cerita lain pulak. Tadi ada waris datang sekolah. anak hilang tidak balik ke rumah. Datang mencari di sekolah ini. Mesti sudah hilang punca. Akhirnya berjumpa dan bertanya guru juga.

Hai budak-budak

Jika puan emak dan encik ayah anda sungguh mengambil berat tentang anda.

Anda sangatlah beruntung banyak.
Kenapa lari dari rumah?
Tahu tak?
Rumah puan emak dan encik ayah lah tempat yang paling selamat untuk kita diami

Hai budak-budak
Puan emak mengandungkan anda. Hasil kasih sayang encik ayah dan puan emak.
Anda lahir dari kasih sayang itu.

Hai budak-budak
Kenapa bila sebesar ini anda mahu mencuba segala.
Sudah besar. Sudah tahu baik dan wajar. Sudah tahu juga buruk dan songsang.
Kenapa bila sebesar ini anda lari dari rumah.
Membuat dosa dan noda di luar.

Hai budak-budak
Apa rasa puan emak dan encik ayah anda?
Anak yang dikandung hilang. Lari dari rumah yang banyak tumpah kasih sayang untuk hidup anda. Hidup ibu anda. Hidup ayah anda. Hidup keluarga anda. Hidup darah dan daging anda.

Hai budak-budak
Jika anda belum sedar. Melakukan ini. Melukakan hati orang tua dengan sikap biadab dan tidak tertib anda. Menyusahkan orang tua secara banyak dan derhaka.

Tunggulah kifarah di masa anda tua dan dewasa kelak.
Anda tanggunglah kesemuanya.

p/s: saya sedang menunggu sesuatu. saya sepatutnya sudah menyelesaikannya. tapi saya terpaksa menunggu lebih lama. kerana apa yang saya tunggu berkait dengan tenaga orang. berkait dengan masa orang. dan berkait dengan komitmen orang.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

ntah le... zaman pakcik dolu... tak pun nak lari dari rumah.... udah nye duduk sedap.... nak lari ke tempat yang tak selamat... ntah pe2 le bebudak nih pikio..... macam bagus sangat le lagaknye...

baru pandai menjawab soklan peksa.. dah kira hebat... tu pun tak lulus peksa.... huhuhuhu

pensil iman said...

sy dulu kcik2 bila kna mrh dgn ayh.pk jugak nk lari dr umh.tp, lari dok dlm bilik sj lah..sbb pk,jap g lpr nasik..nk mkn kt mna?aha
bdk2 skrg..................... hurm..takut dgn apa yg ada di pikiran depa..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?