Jari-jari ku sakit semua. Kerna bekerja sehari ini. Letih. Penat. Mata pun sungguh mengantuk. Jari-jari ku sakit semua. Sebenarnya jari habis pijar. Sebab tadi potong cili tidak basuh tangan dulu. Main harung tanpa pikir kesan. Menu malam ini mudah. Tomyam ayam. Ayam goreng. Ulam terung bakar dan timun serta sambal belacan. Hari ini memang tidak larat. Sehari suntuk jaga peperiksaan PMR. Kemudian balik terus membasuh baju banyak serta cadar semua. Kemudian memasak. Kemudian memakan. Kemudian memandi dan menyolat. Kemudian merehat sekejap seperti ini. boleh lah menulis sekejap. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya tadi lihat karenah pelajar menjawab peperiksaan. Ada mereka tidur. Ada mereka muka bosan tidak boleh blah. Muka mereka sungguh cool walaupun tidak tahu jawab. Saya kadangkala kagum lah. Mereka cool. Tidak panik. Dan rasa selamba. Wah. Hebat. Mungkin pasrah gamaknya.
Dan saya tahu perasaan itu. Saya juga pernah rasa. Tapi saya cuak.
Saya teringat masa saya di universiti tahun dua masa itu. saya pecah peluh masa jawab kertas itu. sebab saya tidak reti jawab. Serius pecah peluh. Masa dua jam setengah untuk jawab kertas perakaunan kewangan itu saya rasa sungguh lama tidak boleh blah.
Sedangkan saya jawab setengah jam saja sudah habis. Maklum lah tidak reti. Saya tidak lah berani keluar awal. Sebab bukan gaya saya keluar dewan peperiksaan awal-awal tanda sudah siap jawab.
Saya. hu? Tengok kiri tengok kanan. Saya lagi cuak. Hoi. Kelas saya bergabung dengan student-student accounting yang memang kategori 'fullamak' punya pengiraan. Saya tidak lah fullamak. Saya punya pengiraan kategori 'alamak'. Sebab saya tidak lah se terror itu.
Budak-budak akaun bila buat akaun. Bila sudah imbang [balance] tang kunci kira-kira. Siap buat macam ini. angkat tangan tinggi dan buat "YES!" tanda sudah balance. Itu tanda sudah betul lah. Saya? nak buat juga macam itu. tapi rasa macam tidak kena. Peluh cuak tidak payah kira.
Pagi-pagi nak jalan ke dewan peperiksaan yang ada beratus-ratus calon. Pun sudah siap-siap mesej encik ayah.
"ayah. Hari ini saya ada exam akaun kewangan"
"ayah. Paper ini susah"
"ayah. Saya tidak reti"
"ayah doa ya?"
[saya hantar intro ayat dekat encik ayah. Sebab saya tidak mahu di soal banyak bila result keluar nanti. Tidak mahu jawab kalau di tanya kenapa pointer merudum nanti]
[saya mesej intro awal-awal sebab nanti ada point nak jawab soalan encik ayah time result keluar]
[jawapan saya: "kan ceq dah habaq kat ayah masa nak peksa dulu. Ceq mesej dah ayah kata soklan tu susah. Ceq tak reti jawab kan? Ceq habaq dah kat ayah paper tu susah"]
ha kenalah macam itu gaya. baru lah macam kena lah kan? HaHa
Bila pointer jatuh sikit encik ayah akan tanya macam ini.
1: "ini kenapa dapat sikit sangat ni?"
2: "dah nak jadi cikgu pun tidak reti kira lagi?"
3: "Mengaji matematik. Mengaji kira-kira sampai nak jadi cikgu pun dapat sikit tidak boleh lah. Usaha lagi. Tak mau dah ayah tengok lagu ni"
[okay. encik ayah tak mahu lagu ini. saya pasang lagu lain. HaHa. Itu lah encik ayah saya. gaya dia macam itu lah. Saya sudah besar pun dia masih dok semak lagi keputusan peperiksaan anak] titik.
Sambung pasal peluh bercerau-cerau masa jawab exam yang tidak boleh jawab. Tahu tak saya buat apakah masa itu? sebab masa dua jam setengah. Saya nak buat apa? Setengah jam saja saya sudah habis jawab berpeluh-peluh.
Saya buat pandai. Saya main kalkulator. Gaya-gaya macam kalut kira. KahKah. Kawan di sebelah sudah bagi hint nak...................
Bersambung. [saya mengantuk sangat]

2 comments :
patut le pakcik jadi despes je..... susah ngaji kat U nih ye...huihuhuh
pokcik..ia tidak susah..sy yg tak bca buku n ulgkaji..huhuhhu
Post a Comment