Ish. Internet rumah encik ayah perlahan sungguh. Celcom kan memang suka bagi servis macam ini. Ala-ala macam tahi. Geram. [titik. Tidak mahu saya cakap lagi. Kelak bertambah dosa]. Esok pagi-pagi harus saya ke program di sebuah sekolah di suatu tempat yang saya sendiri tidak pernah tuju dan tahu. Tidak apa. Saya mencari sendiri saja. Harap di permudahkan Tuhan. Dan boleh saja saya sampai tepat pada masa aturcaranya. InsyaAllah. ....................................................................................................................................................................................................................................................... Tapi. Internet memang menguji sabar saya. Saya mahu menulis sesuatu. Hey. Orang veteran. Orang tua-tua gaya emak-emak memang suka barang kemas lah kan? Saya perhati sudah lama. Sampai mahu berkahwin. Saya mula naik rimas. Tidak turun-turun kadar rimas saya. Kita yang muda-muda juita ini. Saya lah itu. Tidak begitu gemarkan barang kemas banyak dan besar-besar bergayutan di tangan mahupun di leher. Saya rasa bila saya sarungkan saja. Usia terus sahaja bertambah menjadi lima enam puluh tahun. Pada saya satu dua sudah memadai. Kecik-kecik sudah. Titik. [mungkin belum kena masa. dan tidak sesuai dengan saya lagi] Tapi. Orang tua seperti emak-emak. Atuk-atuk. Nenek-nenek. Veteran-veteran. Sungguh gemarkan ini. Kalau boleh lah kan. Mahu nampak emas sahaja di badan. Tidak hairan lah dulu-dulu punya nenek-nenek veteran sampai gigi pun di balut emas? Ye dak? KahKah. Tidak ada kerja punya orang tua. Gigi pun mahu di balut emas. [kalau tidak percaya. sila suruh encik google cari sekejap. mesti ada gambar. saya malas suruh. maklom lah. internet sungguh tidak syok disini] okay. sambung pasal gigi emas. HaHa. Ha ambik kau. Merelau merelip merelap nampak gigi manis di balutnya dengan emas. Tidak lah di balut kesemuanya. Ada bahagian gigi tertentu yang di balut dengan emas. Tidak tahu lah orangtua-tua di kampung anda. Ini saya pernah lihat masa zaman-zaman dinasor dulu. HaHa. Bukan lah. Zaman saya kecik-kecik. Lihat moyang-moyang ada gigi yang warna emas. Di tempah la hoi. Wah kagum saya tengok. Zaman sekarang ada lagi kah macam itu? Saya rasa tidak ada. Atau saya sajakah yang pernah tengok misteri sebegini? Sudah. Mari kita kaji kes di bawah: Situasi A [masa saya sedang menjadi pelajar university] Kawan saya mahu berkahwin. Masa kami sudah di semester akhir. Beliau ini puas pujuk si tunang beliau supaya dapat jugak beliau pergi membeli barang kemas bersama-sama. Beliau tidak lah mahu memberi ruang kepada si bakal mertua memilih untuk beliau. Pada beliau. Citarasa bakal mertua beliau sungguh tradisional. Tidak kena dengan orang muda okay. [saya setuju] Lepas itu. Beliau menang. Beliau dapat mempengaruhi si tunang beliau dan pergi beli sama-sama. Meninggalkan si ibu tunangnya di rumah. Tapi bakal mertua sudah berpesan kepada si anak jantan kesayangannya: "sila beli gelang tangan yang besar. Rantai yang besar" titik. Lepas itu. selesai membeli. Hasilnya. Tidak besar. Tidak seperti yang bakal ibu mertua mahu. Beliau memilih yang sederhana. Dan kecil sahaja. Kena dengan lengannya yang tidak gemuk. Citarasa muda. Dan tidak besar gedabak gaya emak-emak. Lepas itu. Apabila pulang ke rumah sewa. Beliau menerima panggilan talipon dari bakal ibu mertua. Ucap ini: " Kenapa beli kecik sangat. Ingat anak makcik tidak berduit sangat? Hurm. tidak apa lah. Sudah beli. Nak buat macamana lagi" titik. Beliau terdiam sebentar. [hey. Lihat lah itu. konflik antara tua dan muda] Bersambung: Sebab? Saya nak pergi makan nasik. Dan mahu menonton telebesen. [lihat itu ada ayat MAKAN NASIK. Jumlah nasik dalam perut saya hari ini dua pinggan: tengahari satu. Sekejap lagi satu. Kan i perut melayu] Kata pokcik dot. Perut saya adalah seperti kanggaro. Ada poket dan boleh letak makanan banyak.
Saturday, October 30, 2010
veteran dan muda: bahagian 1
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment