...sekolah kehidupan..

Wednesday, October 20, 2010

Hanya boleh lihat.

Esok sudah khamis. Wah. Cepat masa berlalu. Lepas tu Jumaat. Lepas itu sabtu. Wah asyik~ cuti. Saya rasa macam cepat. Lagi sebelas hari. Tamat oktober. wah. Haish~

Saya sudah habis silibus pengajaran macam yang dirancang. Alhamdulillah. Tidak lagi rasa terhutang ilmu dengan pelajar saya. Hujung oktober. Sudah periksa akhir tahun dah. Selamat menjawab. Titik.

****************************************************************************************************************

Mula-mula. Saya sudah tulis dah. Lepas itu saya rasa mahu biarkan sajalah. Bukan masalah saya. Ye dak? [SEBAB SAYA PUN TIDAK SEMPURNA SUNGGUH]

Lepas itu saya rasa. Eh. Tidak boleh lah saya tidak tulis. Sebab hati macam teringat-ingat. Jadi saya mahu tanya anda. Sebab ini melibatkan kepimpinan melalui teladan.

[selamat datang ke forum comel ini. jemput duduk. Dan jemput fikiran bernas anda sejemput dua]

Soalan 1: Bagaimanakah yang orang dok kata sebuah negara Islam?

Soalan 2: Apakah maksud sekular? [Dua soalan ini sebagai tugasan]

Saya pilih nak jawab soalan kedua. Paling ringkas saya boleh bagi maksud sekular ialah: seperti matlamat menghalalkan cara. Pada saya tidak kira agama larang apa. Tegah apa. Tetap juga kita cari jalan untuk menghalal kan ia. Agama cuma sekadar nama. Pengisiannya tidak ada. Sebab semuanya akan jadi boleh saja. HALAL dan TIDAK ADA SALAHNYA.

Mari. Lihat ini. ISLAMIC fASHION FFESTIVAL yang dirasmikan oleh isteri Pm kita. Diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.





so islamic? not at all...dan saya tidak tahu adakah ini betul? anda fikir apa?



Ini adalah fashion apa? Islamik pada siapakah? mungkin begini. sebab dress itu labuh. ia adalah islamik.

Dan. Kita adalah sebuah negara Islam pada nama sahaja mungkin? Tidak apa-apa mungkin pada orang yang menaunginya itu. Saya syak ini bukan fashion islamik. Anda bagaimana?

Atau lihatlah maklumat lanjut disini.

http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=169829906365486&id=1054424059
http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t111411.html
http://www.torontosun.com/life/fashion/2010/08/09/14971336.html#next

Wallahua'lam bissawab. Tamat forum comel kita. HaHa. Daa~

p/s: moga Tuhan sentiasa membuka hati kita dengan hidayah. Memberikan kita kesedaran. Dan tidak cuma melihat dunia dan kemanusiaan tanpa batasan agama. Kerana dalam kemanusiaan itu ada agama. Tidak lah boleh menghalalkan cara.

Kepimpinan Melalui Teladan

  1. Sebagai ayah dan ibu: kita berusaha memberi contoh akhlak dan didikan terbaik untuk anak-anak. Supaya anak-anak ada garis panduan bagus.
  2. Sebagai cikgu dan cikgi: kita berusaha memberi contoh tunjuk ajar dan didikan terbaik untuk pelajar. Supaya pelajar ada jati diri dan akademik bagus.
  3. Sebagai kakak dan abang: kita berusaha memberi contoh dan bertanggungjawab menjaga adik-adik. Supaya adik-adik kita ada contoh yang boleh diikut.
  4. Sebagai pemimpin yang memimpin: berusahalah membuat contoh dan haluan yang betul. Kelak rakyat di bawah naungan menjadi makmur dan tidak terpesong akhlak dan pemikiran.

Saya rasa saya hanya boleh lihat sahaja. Dalam hati saja boleh cakap salah. Kita tidak ada kuasa besar mahu cakap apakah. Jadi. Nak buat macamana? Boleh lihat sahaja.

Dunia hari ini. memang sudah macam ini. semuanya jadi betul. Kan? Saya akui itu.

5 comments :

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

ohh!! mengarut sungguh!!! jangan dikatakan bertudung panjang begitu sudah islamic..orang benggali perempuan juga bertudung panjang, tp mereka bukan islam.. ini adalah fashion semata-mata.. fashion barat yang mahu memusnahkan akidah islam. Labuh pun masih menampakkan batang tubuh juga.. PM dok sebok laungkan slogan 1 Malaysia kat sini.. Jangan jadi 1 ugama sudah lerrr..

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

ntah le.. pakcik pun tak paham.....

sbb yg merasmi pun tidak menunjuk kan ciri2 keislamannye.... bukan kata beliau tidak islam...

jadi bila RM kencing berdiri... maka puteri2 dibawahnye akan kencing berlarian la juga.....

moga ALLAH membuka pintu hati nye utk menilai diri sendiri....

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

Pakcik dotblogspotdotkom, sy rasa itu PM bukan RM..betoi tak???huhuhu

pensil iman said...

dan, nama junjungan besar nabi muhammad pun turut di hina: sila lihat link ini. http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs917.snc4/73021_168751443136316_100000043854987_540450_3392245_n.jpg

Namie Amir said...

ish...apa..nak-jadi-dunia-zaman-sekarang-nih


iman dan ulam..begitu dasyat kah?