Takut mahu post entri ini..huhu.. ia adalah sebuah sejarah sulit. tapi jahat juga sikit-sikit. eh. tidaklah jahat. nakal sikit. ye dak? zamang budak-budak kang? [pekena kepok losong ganu sikit tang ni] ***************************************************************************************************************** Sekitar tahun 1996. Sungai Petani. Sekolah depan City Point lama. City point sudah tidak ada di situ sekarang. Okay. Kita tukar. Sekolah dekat balai bomba. Balai bomba..ada lagi tak? Rasa macam ada lagi di situ. Balai bomba di seberang jalan sekolah. Ada seorang pelajar perempuan berusia empat belas tahun. Dan nakal serta tidak takut akan haiwan bernama katak. Okay. cukup. [intro tidak payah banyak]

menarik kan gaya macam ini. i like! gagah.
Hari itu tahun 1996 bulan September hari yang ke Dua Puluh. [apa jenis ayat yang hang guna ni? Ayat mau complicated saja. Cakap lah 20hb September] HaHa. Sajalah. Mahu gimik macam sejarah.
Seorang budak perempuan genap usia empat belas tahun itu sibuk sungguh mencari katak lepas usai waktu prep. Ya lah. Sekejap lagi nak pergi sekolah ye dak? Tingkatan satu dan dua kan bersekolah petang.
Mahunya tidak kalut. Kenalah kalut. Nak kena mandi. Nak kena iron baju. Nak kena siapkan buku ikut jadual. Nak kena makan lagi. So. Nak kenakan orang lagi. Kena cari katak cepat-cepat.
Tidak tahulah kenapa dan mana dia dapat idea itu. Dia buat kerja ini seorang-seorang saja. Siapa-siapa pun tidak tahu. Malah kawan baik pun tidak tahu juga. Meliliau merata ceruk dia cari. Tidak putus asa.
[suspen. Kenapa cari katak? Ingat dia nak makan kah?] apa yang korang fikir ni. Ceh! Sungguh tidak semenggah]
Dia cari katak merata-rata. Dekat ampaian di belakang hostel. Dekat rumput-rumput dekat ampaian. Di bilik air paras satu. Bilik air paras dua. Bilik air paras tiga. kecewa sikit dalam hati. Tidak berjumpa. Akhirnya dia menuju ke bilik air utama. Dan. Berjumpalah katak yang di cari.
Dia cekup katak itu. Dia pegang. Bawa masuk dalam bilik study. Dia masukkan dalam kotak cantik. Dia gunting kertas halus-halus dan panjang. Masukkan juga dalam kotak cantik. Dia tebuk sikit lubang. Konon-konon nak bagi katak boleh bernafas.
Last sekali dia balut kotak cantik itu dengan kertas pembalut hadiah yang cantik juga. Balut kemas-kemas. Garis sikit di bahagian kotak tempat nafas katak supaya ada udara. Dan menulis di atas kad. Tajuk nya seperti ini:
"HAPPY BIRHTDAY"
Wah. Siap! Masukkan dalam beg. sila duduk diam-diam di situ.
Di sekolah. waktu sains. Semua wajib turun makmal. Dia lewat sedikit. Dia kena letak kotak hadiah itu dalam meja seseorang budak laki-laki genap usia empat belas juga hari itu. Bila aman sedikit. Dia letak saja bawah meja. Okay. Sudah letak. Dia pun turun ke makmal sains. Macam biasa. Tidaklah lewat sangat. Sama saja masuk makmal dengan pelajar yang lain.
Tamat matapelajaran sains. Semua pelajar masuk kelas.
Tiba-tiba. Ada seorang budak lelaki terkejut. Eh. Ada hadiah di bawah meja beliau. Kan Birthday Boy..konon ada peminat lah gamaknya ye dak? Dia teruja mahu buka hadiah itu. ya lah. Dia kan macam poyo tidak boleh blah. Perasan budak perempuan sukakan beliau. Kemudian dia sungguh berasa dia segak. Dia buka. Bila habis buka.
Tadaa! happy birthday..
Nah ambik kau sebuah katak hidup berupa segak untuk mu!
Dia terkejut dan baling kotak bersama katak itu ke tepi. Dia macam mahu menangis. Muka merah padam. Mahu menangis. Kawan-kawan ketawa. Budak perempuan itu buat bodoh. Macam tidak ada apa-apa. Cuma melihat reaksi saja.
Siapa seekor pun tidak tahu milik siapakah katak itu. Sampai sekarang sudah tahun 2010. Empat belas tahun dah berlalu.
KAHKAHKAHKAH. Gelak hati budak perempuan itu. ahahaha..sampai sekarang dia ketawa walaupun dia sudah besar dan dewasa. Itu lah padahnya selalu poyo dalam kelas. Anak manja dan berasa bagus. Tahulah bapak engkau orang kaya.
Tapi. Boleh tak engkau jangan poyo tidak boleh blah? Suka suki engkau ya membelagakkan diri dengan kita-kita. Dia rasa macam semua perempuan sukakan dia. Lepas itu dia suka control macho juga dalam kelas.
Dia bukan pandai pun. Mengaji bodoh piang juga. Tapi mak aihh..berlagak tak menahan..sebab itu ada orang hadiahkan katak di hari jadi tanda 'persahabatan' sebab berkongsi hari jadi..
Selamat hari jadi.
Minta maaf pada katak itu. tidak sengaja membahan beliau. Tapi. Itu satu pengajaran. HAHAHA. Gila bodo buat macam ini. tapi. Tak apa. Itu zaman jahil.
p/s: Rahsia empat belas tahun itu terbongkar bila dia berborak dengan teman lama satu sekolah masa sedang jaga peperiksaan PMR. Sambil-sambil berborak tentang kawan sekolah. Timbul cerita ini. Rahsia ini lah.
Kawan budak perempuan yang seorang itu skema badut. Manalah reti kenakan orang. Dia sentiasa muka masam. Masa sekolah skema sungguh. Mana lah nak buat macam ini, Reti baca buku saja. Bila dengar cerita ini. Dia kata: "engkau dulu memang macam itu..tidak reti duduk diam. sukan.sukan dan sukan..lepas itu nakal sungguh". Mereka ketawa sungguh. Sampai tidak menyangka itu adalah angkara......angkara siapa? Ahahahhaha...

2 comments :
ermm...itu pasti angkara cikgu kan?? sungguh nakal cikgu ye?? wahahaha
ahaha..yuyun..sy tidak mahu mengaku..=o
Post a Comment