...sekolah kehidupan..

Wednesday, October 6, 2010

Marah dan mulut.

Marah dan Mulut [bukan mulut merah tau]

Bila saya taip perkataan "mulut merah". Tiba-tiba saya tergelak sorang-sorang. Teringat ini.

Masa kecik-kecik

Kawan saya kata pada sepupu: "eh..hang pakai mulut merah mak hang ka?" [Sebab budak kecik itu suka sungguh tenyeh mulut dia dengan gincu mak dia lepas mandi dan bersiap comel-comel. Merah menyala.

Masa sedang belajar di Kelantan

Kawan saya kata pada saya: "eh..ore tok reti nak pilih kala leycu hok sum..mari lah tolong pilih kat ore semeta" . [dia kecek versi Kelantan. saya ketawa. Saya lucu sebab lipstick tu namanya jadi leycu]

[maksud ayat: "orang tidak reti nak pilih warna lipstick yang sesuai. Marilah tolong pilih kat orang sebentar]

Masa sudah besar-besar ini

Kawan saya kata pada saya: "budak-budak sekarang datang sekolah dalam beg ada celak, lipstik dan bedak" . [ini bahasa sekarang. saya rasa tidak apa. Tidak ada lagi orang guna perkataan 'mulut merah' bagi menggambarkan 'lipstik']

Ini bukan entri mulut merah. Ini entri marah dan mulut. Juga entri nasihat.
****************************************************************************************

[Dengan mulut yang baik kita boleh jadi kita seiring dan sejalan nyanyian kak pah. Lalalalala..dia nyanyi masa zaman-zaman itu masih kurus melidi..macamana lah boleh jadi setembun sekarang ini. HaHa]

************************************

Mari saya ajar anda. Masa marah seseorang yang ada kaitan banyak dengan kita. Mari buat ini. Entri ini panjang berjela ibarat roti jala.

Nombor satu Mulut jangan cakap kasar dan celupar banyak

[ajarlah bercakap baik-baik. JANGAN CAKAP KASAR. Ajar mulut ucap perkara yang wajar. Berhemah sikit okay? Jangan dok cakap hantu setan. Saya rasa. Cakap benda baik dan kawal-kawal hati masa tengah marah memang sungguh-sungguh sakit.

Saya lah tu. rasa nak bubuh gear lima. tapi tahan lah tahan. gear satu jadi lah. gear satu. pastu undur. masuk gear satu pastu undur. tidak berani nak masuk gear banyak. kang jadi taik. Tapi cuba. Cuba. Cuba kawal. Memang sakit. Tapi SABAR sat dulu]

Kita nak hidup bukan sehari dua. Lama lagi. Takkan nak sajikan hidup kita dengan maki dan hamun. Kasar dan celupar? Kelak jadi contoh pada anak. Tidak baik.

[masa tu. Kalau kita cakap benda kasar. Buat apa? Owh. Nak menang ya? Nak puaskan rasa tidak puas hati. Ye dak? Biar lepas rasa marah. Lepas pong pang pong pang berkelahi. Lepas tu? Puas lah? Ye dak?] tapi. Kalau mengalah pun. MENGALAH BUKAN ERTI KALAH. Tahu?

[buat apa anda nak menang dalam setiap salah faham? Sebenarnya lagi banyak kita menang dalam benda macam ini. kita cipta jurang lagi luas. Si pasangan pun jadi mandom dan mengikut saja. saya lah dulu ni. zaman jahil.

Kita jadi menguasai semua keadaan. Sumpah saya tidak mahu. Saya sudah tidak mahu begini. Saya menuju nusyuz jika menjadi isteri. Dulu-dulu zaman jahil. Saya macam itu lah. Zaman membesar dan bercinta. Nasib baik cinta terhalang oleh orang tua nyanyian Fauziah latif] itu kisah lama.

Ni cerita baru. Sekarang dah nak jadi mak budak. Kalau marah. Saya rasa lebih baik cool. Dan kalau diam sekejap pun baik. Lepas tu. Dalam diam memang rasa nak meletup. Rasa dumm dumm dumm bunyi mercun dalam perut. Tapi. Jangan lah. Banyak lagi cara lain.

Menangis lah bagi yang suka menangis. Sila menangis banyak-banyak sebelum tidur. Lepas menangis tu. Masa nak tidur lena. Maafkan orang dulu. HaHa. Saya lah itu. lepas geram dekat bantal.

Esok bangun pagi. Tidak apalah walaupun hati sedih. Tapi kena pujuk hati lah. Memang sakit sikit. Tapi ini lah hidup kita. Tidak semua orang boleh penuhi kita. Jadi, cakap saja baik-baik. Semua jadi baik] dah besar kan. Tindakan pun bijak lah sikit. Tengok mak kita. Tahan tu dengan pak kita. Amacam?

Nombor dua Mulut jangan tinggi suara

[suara. Tolong jangan tinggi. Volume tu. Sendiri jaga. Jangan tinggi. Sakit hati orang. Sakit hati kita. Sakit jantung tahu? Stress]

[bab tinggi suara saya sensitif betul. Air mata boleh jatuh gedebuk gedebak lalu ikut pipi laju. Jangan tinggi-tinggi]

[Suara kawal. Sedang-sedang saja. Walaupun situasi tegang. Saya lah itu. memang kalau dalam hati ni macam saya cakap tadi. Dumm..dumm meletup bunyi mercun. Rasa nak meledak. Tapi jangan. hormat orang itu. Apa lagi orang yang bermakna dalam hidup kita]

Nombor tiga Mulut jangan ucap sesuatu yang boleh memutuskan

[hey. Jangan ugut ugut. Tidak syok macam itu. kita mencabar iman orang. Tidak baik dowh! Berdosa amat]

[jangan. pantang tok nenek. Jangan cakap! Jangan cakap!]

[jangan lah cakap macam tu. Menyesal tidak sudah nanti. Hati sebenanrnya masih sayang tapi. Ikut hati MATI la]

Nombor empat Mulut sila lah minta maaf

[jangan segan. Jangan rasa ego amat]

[maaf ini bagus. sakit hari ini esok gembira. Tuhan bagi bahagia berganda tahu?]

[maafkan orang. Maafkan orang. Kecuali sesuatu yang sudah payah sangat nak kita maafkan. Tentulah ada sesuatu yang sangat melukakan ye dak?]

[tapi. Untuk hal kecik-kecik ini. macam lambat talipon kah. Lambat balik kah. Buat tidak tahu kah. Tidak ingat tarikh penting kah. Jangan merajuklah]

[sakit hati memang ya. Tapi fikir balik. Setakat salah celah gigi ni. Mahu gaduh pong pang pong pang. Dapat apakah? Dia buat dosa besar sangat kah dengan anda?] ha. Fikir macam itu.

Okay. tamat.

p/s: hidup memang kena muhasabah diri. Tengok salah yang dulu-dulu yang kita buat. Zaman-zaman tok adam atau zaman-zaman p ramlee mahupun ago go. Ambil pengajaran. Jangan ulang. Dan semuanya akan jadi baik-baik saja. Perbaiki sikap. Perbaiki diri. Nanti. Orang akan tersentuh sendiri dengan sabar yang kita ada. Sekian.

moga hari ini lebih baik dari semalam.


4 comments :

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

:)

Murni said...

Hidup kena selalu muhasabahkn diri..
Marah hanya sebentar..
Lepas teriyak habis la marah..

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

kerana molot badan binasa..... huhuhu..

jaga².... tp tak lah berjaga malam...huhuhu

pensil iman said...

ahhaha..gud..gud..=)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?