Saya seronok hari ini. Sebab pada tahun 2013 kelak matapelajaran Sejarah dijadikan matapelajaran wajib lulus. Sama taraf dengan Bahasa Melayu. baca kat sini: utusan online Pada tahun 2013, jika tidak lulus bermakna anda tidak boleh kemana. Nak masuk Universiti tak boleh. Nak masuk kolej tak boleh. Nak masuk mana-mana tempat mengaji pun tidak boleh. Dok lah kat situ. Padan muka. Khas untuk para pelajar yang main-main dan tidak bersungguh. Hang tak lulus. Hang ulang lain. Sebab apa anda tidak boleh pergi kemana? Anda buta sejarah. Jika buta sejarah negara sendiri. Bermakna anda tidak tahu susah payah pejuang dulu memerdekakan kita dari penjajah. Kan? Hidup saja kat bumi Malaysia. Suka suki hidup makmur. Suka dan suki juga tidak hargai mewahnya keamanan kita kan? Sebab itu anda merempit dan bunuh diri di jalan raya. Anda makan dadah dan macam-macam pil. Anda menjadi manja dengan negara aman ini. Anda rasa anda tidak patut pun tahu asal usul kita jadi aman sekarang. Dan menjadi remaja lemau pengetahuan dan tidak mahu tahu. Dan siapa-siapa yang menganggap sejarah tidak penting. Silalah hidup dengan melakukan kesalahan yang sama. Tidak ada pengajaran yang anda ambil dari peristiwa lalu. [tuh. Ayat tidak mahu kalah lagsung. ADA UNSUR LETERAN disini. HaHa] Pi mengulang ambik paper sejarah kalau mahu masuk mengaji ke mana-mana. Sama lah dengan bahasa Melayu. Kena lulus. [ini satu kepuasan pada cikgu-cikgu yang mengajar subjek sejarah tahu? Saya lah itu. HaHa] Tapi. Tidak tahu lah kalau saya bertukar tempat bertugas nanti saya mendapat subjek lain pula untuk diajar. Macamana pun. Saya tetap suka berita ini] tamat. ........................................................................................................................................................................................................................................................ p/s: Hari ini hujan. Hati saya pun hujan sama. Mata saja tidak hujan lagi. [mungkin balik sekolah nanti]. Minggu ini saya boleh balik rumah encik ayah dan tidak perlu hadir ke mesyuarat guru pada sabtu. Penolong Kanan Pentadbiran memberi izin. Saya lega.
Wednesday, October 27, 2010
2013: Hang tak lulus. Hang ulang lain.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
ini kerana bahana pak menteri dan juga juak² yang buta sejarah....
nape mereka buta sejarah?..
cuba kita tgk.. kebanyakan anak menteri .. anak PM dan RM ....dihantar nye bersekolah ke luar negara.... macamana tak buta sejarah.....
lepas tu yang jadi mangsa.... rakyat jelata.... AJAR ANAK² PAK MENTERI DAN JUGA MENTERI YANG KURANG AJAR tu pasal sejarah......
ntah le....
kalau le pak menteri isteri pak menteri kencing berlari... maka tak heran le ada rakyat yang kencing lari berganti-ganti.....
berari baton ye pakcik durang? berganti2 dari genrasi ke generasi..hurm...itu lah...
kita cuma semut merah...
rakyat yang berjiwa hamba...
Post a Comment