- tertinggal tiga pasang t-shirt, tuala dan seluar track bottom dalam tempat pengering mesin basuh.
rasa rugi.rugi.rugi.rugi dan seruginya.
malam semalam. lepas balik sekolah. saya menjadi emak-emak. balik sekolah sudah nak dekat pukul 2 petang lebih. sebab singgah ke klinik. lepas itu balik rumah. saya menjadi emak. tidak berehat terus. saya memasak pulak untuk makan tengahari. masak nasik. ikan goreng. kerabu mempelam. ulam terung bakar. dan sambal. mudah saja. sebab senang dan jimat masa.
sambil memasak. saya membasuh baju. baju punya lah banyak. sebab hari jumaat tidak membasuh. hujan. kemudian jemput kawan datang rumah. hari sabtu. tidak basuh juga. sudahnya jadi berganda.
sambil masak. sambil basuh. sambil masak. sambil ampai baju. sambil masak. sambil lah buat itu dan ini.
lepas basuh. dan keringkan. saya ingat saya sudah alihkan semuanya dah dari tempat pengering. rupa-rupanya saya terlupa. sebab masa itu ralit rapikan kad majlis menjadi kemas.
hari ini. petang tadi. kawan serumah sedang membasuh baju pula. saya? buat kerja rapi kan kad lagi. dia tiba-tiba bagitahu saya yang saya terlupa sesuatu.
AH! baju ada lagi dalam tempat pengering. baju semalam. saya sungguh berasa rugi. aduhai. rugi tahu.
dan saya ambil keputusan membasuh semula lagi. sebab sudah berkuap dalam tempat pengering dah. ah. tensyen dowh!
lain kali. nak kena macamana? buat satu-satu kerja saja? tidak. saya tidak setuju. kena lah jadi cepat kan? takkan sambil masak nasik. tidak boleh goreng ikan? tunggu tepi periuk sampai masak. tidak boleh buat apa-apa?
kalau macam itu. bila sudah kahwin encik suami pasti merajuk dan menangis serta merajuk di belakang pintu. sebab puan isteri lambat masak. kena tunggu nasik masak dulu baru goreng ayam. kena tunggu ayam goreng masak dulu baru boleh sediakan air. dan kena tunggu sayur masak dulu baru boleh potong ulam timun.
atau. baju basuh. tidak lah boleh sapu sampah. sebab kena tunggu mesin basuh. atau kena tunggu air masak dok tepi cerek baru boleh gerak dodoikan anak walaupun anak meraung. HaHa. gila lambat.
macam itu kah? TIDAK. [melanggar hukum alam]
untuk tidak bagi terlupa. cuma otak kena fokus. jangan kalut-kalut. buat kerja bagi teratur. itu saja intipatinya. kang. jadi macam saya. esoknya kain baju segumpal dok dalam tempat pengering. bukan kah itu satu perkara yang mengecewakan saya? kecewa tahu?
sebab saya tidak suka lipat baju. bermakna saya kena tunggu lagi. mesti baju, tuala dan seluar itu keringnya tidak sama dengan yang sudah saya jemur. makanya kena lipat baju banyak kali. [>.<]
p/s: iman alergik melipat baju. kepada encik yang bakal menjadi suami. sila prihatin tentang ini. ini saya sudah buat pegakuan secara rasmi.

0 comments :
Post a Comment