...sekolah kehidupan..

Sunday, October 24, 2010

Dulu. La ni.

Selamat ber ahad. Dan selamat berehat-rehat pada yang bercuti minggu pada sabtu dan ahad. Saya ahad sudah sekolah. Maklumlah negeri padi dan negeri cik siti wan kembang adalah bersaudara cuti minggu [jumaat dan sabtu].

Hai. Anda apa kabar ha? [saja lah mahu bertanya kabar anda]

Hari ini ada dua perkara mahu kongsi.

Nombor Satu: Saya gementar menghadapi hari-hari berlalu. [sebab hari makin dekat dah]

Nombor dua: Selesai mengajar kelas 4 ICT tadi. Saya rasa pelajar sekarang kurang sivik.

.....................................................................................................................................................................................................................................................

Dulu.

Kita lihat cikgu kita bawak banyak barang dan buku. Kita tawarkan diri untuk tolong dia bawak buku.

La ni.

Depa lihat cikgu bawak banyak barang dan buku. Depa buat tidak tahu dan Cuma menegur "cikgu..banyak bawak buku".

Dulu.

Kita tidak berani mengorat cikgu. Tidak berani bertanya peribadi guru. Apa lagi tentang kekasih cikgu atau apa-apakah. Dan mesti panggil cikgu dengan sebut perkataan "cikgu".

La ni.

Depa suka-suka boleh mengorat cikgu. Bersiul-siul dan memanggil cikgu sayang. Ada pulak yang panggil cikgu dengan panggilan nama sahaja. Tidak ada panggil cikgu-cikgu dah.

Dulu.

Kita kalau cikgu minta tolong buat apa-apa. Kita akan segera buat dan rela menolong.

La ni.

Depa kalau cikgu minta tolong. Dan cikgu kena panggil banyak kali baru mahu tolong. Dan minta upah pulak.

Tidak semenggah kan?

p/s: guru adalah insan paling hadapan membentuk peribadi dan akhlak pelajar selepas ibu dan bapa. Dan guru adalah paling pertama-tama membentuk akademik pelajar berbanding ibu bapa.

4 comments :

Achilles Monoloules said...

Penulisan yang baik =)

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

ntah le... kadang² seme tu bermula dari rumah..... kalau kat rumah pun anak² panggil mak ayah dengan nama... pastinye kat sekolah pun mereka tiada perasaan hormat.....

Achilles Monoloules said...

Zaman berubah, budaya berubah, mentaliti berubah, sosial berubah..

pensil iman said...

pakcik dot & achilles: pljr hari ini jika tidak sedar cbrn msa hdpn..mmg akn jd manusia PALING RUGI..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?