...sekolah kehidupan..

Tuesday, October 12, 2010

Harap saya tidak terancam

Ini untuk warga blog sahaja. Orang di luar sana tidak faham ini. Saya terima komen dari encik dot. Komen beliau adalah seperti ini:

Komen Satu

Dotblogspotdotkom said: ambik award kat sini

October 12, 2010 6:35 PM

ini award itu. dari encik dot pada saya hari ini. terima kasih.

Komen Dua

Dotblogspotdotkom said: huhuhu..

insya ALLAH keselamatan kamu akan lebih terjamin kalau menyiapkan kerje sekolah yang pakcik bagi tu....

October 12, 2010 7:41 PM

Bila saya berkunjung ke laman beliau. Bila saya baca maka wajarlah saya rasa keselamatan saya sungguh terancam jika tidak patuh arahan. HAHA. Sudah saja saya buatkan popia. Saya terkocoh kacah menjawab ini. Maklumlah risaukan keselamatan saya ni. HAHA. Gila.

Soalan ini kena jawab. Lebih dulu saya minta ampun dari hujung rambut [kalau anda botak, saya minta ampun. Cis!] hingga hujung kaki.

soalan 1. Write 5 interesting facts about the person who gave u this award..

  1. Kelakar [saya syak dia lawak orangnya]
  2. Bermanfaat [cerita bermanfaat dan sesuai untuk saya, dia dan mereka baca]
  3. Cool [saya tidak sakit kepala. Isi cerita berat. Cara sampai sungguh cool]
  4. ...senyum [saya syak semua yang baca blog dia akan senyum]
  5. ...muda juita lagi kot dia? [saya syak dia bujang lagi. HaHa]
  6. Tambah satu lagi boleh? Saya syak dia tidak bermata duitan. HaHa [tidak kalut dengan nuffnang atau apakah]

soalan 2. Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby...

Suka mengajar [yo lah. Eden kan cikgu]. Suka membaca . Suka menulis. Suka makan. Suka masak. Suka pangkah kalendar. Suka suka suka suka apa lagi ha? Suka kalau cuti. HaHa.Suka menjahit baju kurung sahaja. Suka tidak gemar melipat baju [kalaulah ada robot lipat baju yang bagus. saya mahu]. Suka membeli pinggan mangkuk [sejak mahu jadi emak-emak beginlah keadaannya]

Saya jawab sepuluh soalan ini dengan penuh. Encik dot jawab lima saja. Saya rasa saya boleh dapat markah penuh daripada beliau.

soalan 3. Pick your most 10 deserving recipients and describe them...
  1. ...
  2. .... [saya tiba-tiba hilang ingatan. Sebab kadang-kadang saya suka silent reader saja. Maka tidak mahulah jawab ini. boleh kah?]

Harap saya selamat. Tidak lagi di ancam. HaHa

p/s: tiba-tiba saya macam mahu ini: [T__T] esok kembali ke sekolah setelah sekian lama menjaga PMR.

3 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

TQ cik cikgi... huhuhuhu....

maaf byk2....nyusahkan cikgi je.....

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

hang nih memang kuat syak wasangka la...... statement no 5 tu tidak tepat

[saya syak dia bujang lagi. HaHa] --> ada 2 maksud nih

apa maksud bujang lagi nih??..

bujang lagi --> belum pernah kawen @ dah kawen tapi BUJANG LAGI 3??

huhuhuh... pakcik dah kawen.... dan usia dah sebaya dengan pengetua sekolah kamu daaa....

kalau tgk posting ada cite pasai MYLUV.... tu isteri=wife... bukan IS THREE huhuhuh

sungguh subjektif bahasa melayu nih...

pensil iman said...

kakahkahkah...tidak apa..tidak lah menyusahkan..sy taw dah pokcik sudah kawen..saja lah sy syak bujang [teruna] bg pokcik kembang2 hidung..ahhaha..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?