...sekolah kehidupan..

Monday, October 25, 2010

Kelas mengaji

Hari ini senayan. Saya ingat selasa dah. HaHa. Pelik lah guna perkataan senayan.

[senayan adalah cakap-cakap orang tua generasi tok nenek di negeri utara untuk hari isnin] untuk saya yang generasi baru ini tidak pernah guna perkataan senayan dah. Kadang-kadang ada yang tidak tahu apakah itu senayan?

Senayan = isnin

Saya gelak. HaHa.

Rupa-rupanya banyak lagi perkataan dulu-dulu yang lupa banyak. Bila dok bersembang dengan orang tua-tua lama yang hidup era-era jepun pancung kepala orang kampung. Saya kadang-kadang naik gelak. Perkataan yang lawak-lawak rupanya banyak.

Mari saya ajar anda beberapa perkataan lawak yang sudah lama tidak orang utara muda mudi guna.

SELAMAT DATANG KE KELAS MENGAJI BAHASA ORANG UTARA. SILA AMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING. JANGAN MAKAN SINGGAM DALAM KELAS. CIKGU TIDAK SUKA.

[ni kalau orang utara baca. Lagi kena. Yang tidak utara baca mungkin jadi pelajaran baru untuk anda]

Mari belajar

  1. Celapak = pergi ke suatu tempat tanpa fikir apa-apa lagi dah.

Contoh ayat;

Loghat utara: "aku dengaq saja kata tok nek timah eksiden, aku pun terus celapak pi cepat-cepat tengok"

Loghat orang tidak utara: "aku dengar jek tok nek timah eksiden, menonong jek aku pergi tengok"

Ayat skema dan bagus: 'apabila saya mendapat tahu berita kemalangan tok nek timah, terus saja saya pergi melawat beliau"

  1. Tutuh = boleh jadi maksud ini cabul / ambil hak orang

Contoh ayat;

Maksud cabul

Loghat utara: "hoi! Anak pak mat ni tutuh anak dara orang. Dapat kat aku, aku bagi penaboh jepun"

Loghat orang tidak utara: 'hoi! Anak pak mat ni cabul anak dara orang. Dapat kat aku, aku kasi penampar jepun"

Ayat skema dan bagus: 'cis, anak pak mat telah menodai anak dara orang. Jika saya menjumpai nya akan saya penampar dia gaya jepun menampar orang"

HaHa. [saya tidak pernah guna perkataan ini. saya gelak bila dengar]

Maksud ambil hak orang

Loghat utara: "hang ni tutuh buah jambu orang. Awat tak mintak kat tuan dia?"

Loghat orang tidak utara: "ko ni rembat buah jambu orang. Kenapa tak cakap kat tuan dia dulu?"

Ayat skema lagi bagus: "awak ambil buah jambu tanpa minta kebenaran tuannya. Sila lah minta izin terlebih dahulu"

HaHa.

Selamat mengaji bahasa utara. Tamat kelas. BOLEH MAKAN SINGGAM BALIK DAH.

p/s: saya nak balik rumah encik ayah minggu ini sebab ada hal. Tapi tiba-tiba ada meeting guru pulak hari sabtu. Patut kah saya celapak balik saja tanpa bagitahu apa-apa alasan? HaHa

3 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

tutuh kalu kat kg pakcik..... kira macam pukul@bubuh sedas dua...

"ko nak kene tutuh dengan aku?..."...

huhuhuh....

Rossnie said...

ahahaha...nak perkataan lain ag..

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

ngeeee....sy suka kelas mengaji nih.. nanti buat la lagi yer cikgu?


iman dan ulam..begitu dasyat kah?