...sekolah kehidupan..

Sunday, October 3, 2010

Buat macam kebal

Belum apa-apa sudah 3 Oktober. Esok 4 oktober. Lusa 5 Oktober. Peperiksaan PMR bermula. Saya bertugas. Menjadi pengawas di sekolah lain. Dua minggu. Dan pada hujung minggu ini. saya sudah berjanji dengan encik ayah. Balik ke rumah encik ayah. Ada banyak perkara mahu selesaikan kerja dengan beliau.

Bila saya cakap nak balik. Encik ayah menghantar pesanan yang sama berulangkali. Boleh di katakan setiap minggu.

" Semua dokumen perlu di jaga dengan baik. Nanti bawak balik serah pada ayah" ["baik lah ayah"]

" Jangan hilangkan dokumen itu. Semuanya sungguh penting dan akan di gunakan kelak" ["baik lah ayah"]

" Tolong jaga semua dokumen. Fotostat sahaja untuk kegunaan cikgu data. Yang original serah pada ayah" ["baik lah ayah"]

" Minggu depan mahu balik. Bawak balik semua dokumen. Nanti ayah akan proses" ["baik lah ayah"]

Saya rasa tidak tahu mahu jawab apa tanda saya sungguh faham. Jadi saya tidak jawab apa-apa. Saya jawab begini saja: "baiklah ayah". Sebenarnya saya sungguh faham.

Dan saya juga sungguh menjaga apa-apa yang dianggap penting itu. Tapi orang tua-tua memang suka bercakap dan pesan banyak kali. Saya dengar sajalah. mungkin bila saya tua nanti. Saya pun akan begitu. Tanda saya masih tidak harap lagi pada kebolehan anak. Titik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya bosan. Saya macam mahu macamana ya baru kena? Anda rasa hidup anda kena setiap hari? [maksud kena disini adalah macam ini. perasaan anda enak atau tidak enak setiap hari?]

Dua tiga hari ini. perasaan saya macam tidak kena. Kadang-kadang diam adalah lebih baik. Tapi sampai bilakah? Sabar anda ada batas atau tidak ada batas? Sabar saya ada berbatas-batas dan memang ada banyak batas dan batas spare pun ada.

Dalam tugas. Jika anda sahaja yang selalu diperkudakan. Anda rasa bagaimanakah? Adakah anda macam diam sahaja?

[ya. Sayalah itu. Sebab saya kan ada batas kesabaran yang berlapis-lapis]

Anda rasa bagaimana jika oranglain bersenang lenang menyediakan tugas untuk anda tapi dia tidak ada? Dia Cuma tukang sedia. Sedang dia dan anda sama sahaja. Setiap hari adalah anda. Setiap hari adalah anda.

[ya. Sayalah itu. Sebab saya kan ada sabar yang banyak lapis. Setakat kueh lapis tu sikit benar lah. Saya lebih lagi]

Anda rasa apakah bila tiba masa anda membuat kerja yang ditugaskan itu. Anda lihat si penyuruh tugas itu sedang bersenang banyak? Sedangkan itu kerja ganti. Saya lihat waktu tugas. Dia pun sedang bersenang juga. Kenapa jadi macam itu gaya ya? Memang nama anda saja lah yang ada. Dalam beratus-ratus kakitangan ini. Nama anda sungguh di gemari.

[ya. Sayalah itu. Sebab saya kan sabar orangnya. Lapis-lapis sabar tu tidak jejas pun. suruh lah banyak lagi]

Tapi.

Satu hari. Saya terkeluar kata. Ha kau? Amacam? Tersentot juga orang itu. Sampai sekarang dia macam mahu lari dari saya. HaHa. Patut saya puaslah kan? Sebab luah juga sedikit rasa. Tentang ketidaksamarataan pembahagian tugas itu. Perhati kekosongan anda dahulu sebelum memberi pada orang. Dan rotate lah. Itu adalah adil.

Satu hari itu. Saya terkeluar kata. Ha kau? Amacam? Orang itu macam muka ketat dengan saya lah. Boleh tahan kata lah. Patut saya rasa lega sikit lah kan? Sebab saya sudah bagitahu apa yang patut dan tidak patut. Supaya orang tahu jangan lah engkau mengambil kesempatan lagi kan?

Saya ini satu saja pantangnya. Jangan biar saya jadi bercakap. Satu kali cakap pun jadi lah. Kelak menyakitkan hati orang. Bila sudah cakap maknanya saya sudah tidak boleh simpan lama. Sabar yang ada banyak lapis boleh jadi selapis saja. Ha kau? Dia kalau jumpa saya. mahu lari bijik mata. HaHa. Saya okay saja. Kalau boleh saja-saja saya mahu buat terserempak. SAYA BUAT MACAM KEBAL.

Tapi. Bila kita bercakap. Kita menterlukakan hati orang. Dan buat kita rasa bersalah banyak pula. Macam tidak patut pulak kita cakap hal yang kita rasa tidak betul.

Patut macamana ya baru kena? Kena dok diam saja. Hati kita tahan saja orang nak buat apa. BUAT MACAM KEBAL. Macam itu kah? Saya rasa kena macam itu. Baru kena hidup saya.

p/s: diam adalah lebih baik. Tapi. Kenapa macam lagi lama kita diam lagi macam orang suka ambil senang pada orang? Cuba ambil susah pulak. Baru lah tidak apa kan?

4 comments :

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

cikgu, sekali sekala kita kena 'bagi jugak'.. nah, ambik ko sebijik!! baru ko tau sapa aku sebenarnya... diam dan sabar pun ada batasnya

pensil iman said...

yuyun..sungguh setuju..tp..sungguh berisiko..perasaan bsalah yg byk..huhu

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

apa kata cikgu beli kereta kebal... huhuhuuhu

pensil iman said...

aahaha..encik dot..akan sy beli sebuah kereta kebal..tunggu ya..hu


iman dan ulam..begitu dasyat kah?