Mari renung dan mari tenung [apa beza tenung dengan renung?] saya bagi maksud mudah: lihat secara teliti. [tapi. Bila baca banyak kali perkataan "tenung" lepastu "renung" lepastu baca balik "tenung" sekali lagi "renung". Saya jadi macam fikir yang lain. Saya jadi fikir siapa cipta perkataan ini?] sudah. Tidak mahu merapu. Ini bukan entri merapu.
Mari. Tenung ini. dan renung ini. okay. Three. Two. One. Go!
Satu
Jangan harap orang nak penuhi anda. Jadi berhenti berharap. Jangan berharap banyak. Kelak jika tidak dapat. Anda kecewa. Tambah-tambah lagi dengan orang yang kita sayang. Tidak payah berharap tinggi gunung. Kelak kecewa sendiri. Kalau dia sayang anda. Tahu lah dia atur bagaimana.
[kawan sekolah saya yang lelaki itu selalu pesan macam itu pada saya] sebab katanya, hidup dia macam itu. Jadi, jangan berharap sangat. Jadi. Kena sedang-sedang saja. Atau tidak harap langsung. Buat macam tidak tahu apa-apa. Atau lari saja dari orang itu. HaHa. Tidak lah ini saya tipu. Jangan lah lari.
Dua
Hati jangan sensitif sangat. Buat macam tabah. Walaupun anda tidak tabah mana. Kena lah jadi tabah juga. Mahu atau tidak mahu. Contoh paling baik. Tengoklah puan emak kita. [tabah tidak sama dengan kuat okay?]
[Kuat macam gajah. Makan tebu. Tolak pokok boleh tumbang. Kalau naik minyak lanyak rumah orang pun pecah. Tapi kuat pun tak guna kalau semut masuk dalam telinga gajah sudah tergolek-golek geli dan tidak boleh garu.
Tabah macam batu karang. Nampak lembut saja. Cantik dalam laut. Warna-warni. Rupa-rupanya bila bawak naik atas darat jadi keras dan mati. Nak patahkan pun payah juga. Tapi masih boleh berguna untuk hiasan akuarium rumah saya]
[walaupun perbandingan yang tidak ada kaitan. Anggap saja lah betul. Tidak payah banyak soal. HaHa]
Tiga
Hidup kenalah ada plan. Kalau tidak ada plan. Payah. Sampai fasa umur ni. Mahu capai apa. Sampai fasa umur ini mahu capai apa pula. Kalau tidak. Saya rasa macam hidup saja-saja. Ikut saja lah.
Anda macamana? Walaupun kadang-kadang apa yang kita rancang tak tercapai pada masa yang kita nak itu. Tuhan bagi jadi pada masa yang lain pulak. Iyalah. Tuhan atur macam lain. Kita atur macam lain. Mestilah Tuhan menang ye dak? Sebab DIA lagi tahu apa yang molek.
[pendek kata. Kena ada target. Sayalah orang itu. saya tidak tahu anda macamana. Tapi. Bila tengah mood tidak baik. Jangan cakap ini dengan pasangan atau kawan anda. Nanti dia tidak mahu dengar. Langsung di pangkahnya anda. Langsung anda jadi serba salah]
Empat
Buat kerja kenalah pulun-pulun. Jangan lewa-lewa. Bulan-bulan sebab kita ambil gaji. Berkatkah dengan usaha? Kenalah fikir macam itu. Kerja memang lah kena pulun. Hati mau ikhlas. Nawaitu bagi betul. Jangan kenakan orang. Kelak nanti ada kifarah yang kita kena tanggung.
[encik ayah kata boleh tengok dalam hari-hari hidup samada hidup kita berkat atau tidak. Gaji banyak jadi tidak cukup. Kenapa? Lepastu beliau kata lagi. Memang Tuhan murahkan rezeki kita hari-hari. Tapi dalam rezeki murah-murah itu, ada saja yang bocor. Serba serbi. Itu ini nak kena buat dan beli. Sampai-sampai rasa duit tidak cukup. Satu contoh tu pun jadi lah. Sudah buat hati saya fikir banyak. Encik ayah kata. Manage hati dan sembahyang bagi betul dulu dengan tuhan. Baru semua-semua jadi betul]
Sudah.
p/s: sekali sekala memotivasi diri. Bagus juga. Tidak lah merapu saja hidup saya ini. Untuk anak-anak yang masih di alam lain. Yang akan jadi anak saya. Kalau Tuhan bagi rezeki lepas kahwin. [ku bilang kalau]
INI NAK BAGITAHU. Saya skema dalam membela anak. Ini saya buat pengakuan secara hati terbuka. Tidak ada unsur paksaan. Saya sudah cuba untuk tidak skema. Tapi tidak boleh. Terima kasih.

8 comments :
cikgu Iman, hidup saya tak pernah ada plan.. tak pernah ada target.. saya hidup di bumi ini adalah kerana terpaksa..terpaksa kerana tiba² sudah berada di sini :-)
yuyun..tidak apa tidak ada plan..tp..kita tidak lah hidup secara terpaksa..kita sudah TUHAN sedia, dan kita jalani macam TUHAN sudah atur..bukan terpaksa..
huhuhuhu...entahlah cikgu.... :(
Cikgu iman terima kaseh..
muni pun cuba perbaiki diri utk jadi super power utk anak & suami. kata2 cikgu iman menyedarkan saya hidup jgn terlalu mengharap.
Tapi bab nk buat2 tabah tuh saya gagal la..
sbb saya x pandai sembunyikan perasaan sya..
macamna tuh erkk.
yuyun..jgn sedih2..dah tertulis pun kita ada di dunia ni..jd..buat yg terbaik...=) senyum.
qaseh: hati tidak tabah. mmg kna buat tabah juga. saya tgk emak sy sj. mcmana hidup puan emak dengan encik ayah..wah..bahagia smpai skrg..wlpn kita taw..msti ada susah pyh dlm hidup depa..tp tgk puan emak kita..steady..yg tu lah kna ikut..
Cikgu iman ckp jgn mengharap lbh2 lg pada org yg kita syg..kenapa err..
Adakah org yg kita syg yg slalu kecewakan kita..
Hbs knapa kita berkahwin klu kita x blh mengharap pada mereka pd siapa lg kita nk mngharap..
qaseh..bkn bmkna suami tidak membela kita dengan wajar..mereka mmg bagus..tp, kdg2 khndak kita dan kpluan kita..kdg2 di luar bidang dia mahu mlunaskan..kdg2 bz,,kdg2 byk keja..kdg2 xbleh nk fhm kita semuanya..jd..ats sbb tu..jgn mngharap byk..biasa2 sudah..bkn mkna xsyg pula..syg..syg..syg..cuma mnusia sntiasa tdk smpurna..jd jgn mgharap byk..
Post a Comment