...sekolah kehidupan..

Sunday, September 5, 2010

Kawan yang klasik.


Semalam petang.

Talipon kawan karib yang sudah lama-lama dulu. Zaman-zaman P. Ramlee katakan. HaHa. Tidak lah di zaman P. Ramlee dan Saloma. Cuma betapa mahu gambarkan keadaan itu sudah lama-lama dulu.

Kawan saya masa tingkatan tiga. Wohoa~ Tahun 1997 kami PMR sama-sama. Sekarang sudah tahun 2010. Sudah 13 tahun dah berlalu. [13 tahun. Ni kalau ada anak sudah tingkatan satu dah ni. HaHa]

Saya lah yang hubungi dia. Kawan sekolah saya bagi nombor talipon dia kepada saya di laman facebook. Sudah lama tidak ada nombor talipon dia. Dia baru bernikah. Saya tidak dapat hadir masa di jemput. Saya tidak balik kampung masa itu.

Lepas tingkatan tiga, kami sudah tidak satu kelas dan satu sekolah lagi dah. Dia masuk sekolah teknik di Sungai Petani. Saya masih di sekolah itu.

Tapi. Berutus surat tidak pernah henti sehingga tamat sekolah tingkatan lima. Dan lajak sampai tunggu keputusan SPM. HaHa. Sungguh tradisional waktu itu saya rasa.

Habis Tingkatan lima. Saya buat diploma di Kelantan. Dia buat diploma di Pulau Pinang. Masa ini berutus surat juga. Tiga tahun diploma. Tiga tahun itu juga berutus surat. HaHa. [email ada. Tapi tidak klasik. Sebab sudah berteknologi. Saya dan dia mahu juga khidmat posmen. HiHi]

Sebab. Di luar sampul itu, mesti dia tulis begini: [sengal. HaHa]

Terima kasih posmen!

Kawan saya pendek rendah saja orangnya. Saya panggil dia "anak beruang kecik" sebab dia ada bulu roma di lengan. Sungguh banyak tahu. Bukan sikit-sikit. Selalu jadi usik-usik saya dan kawan-kawan. Dia kawan baik saya.

Saya pulak? Dia panggil apa time mahu mengusik? HaHa. Rahsia lah. Tidak mahu saya bagitahu. [kang jatuh saham aku. biar kutuk dia sorang disini. dia bukan tau]

Okay. Habis diploma, saya kerja. Utus surat juga. Terakhir jumpa.. Tidak pernah jumpa. Kecuali masa tamat Tingkatan tiga. Dan terjumpa dia masa atas bas. Saya mahu ke bank. Masa waktu kerja. Dia mahu menghadiri temuduga bahagian kewangan UITM.

Sekarang dia masih di situ. Kerja di UITM Merbok. Bahagian kewangan. Tidak sangka saya temuduga hari itu adalah rezeki dia sampai ke hari ini. Saya sambung ijazah. Dan jadi cikgu.

Masa saya di universiti. Kami sudah jarang menulis surat. Dia kerja. Saya belajar. Berhubung pun masa semester tiga. Dia tolong saya translate jurnal. Sungguh saya pening dengan jurnal sejarah itu.

Saya minta tolong dia. Dia email saya hasil translate itu. Separuh saja. Separuh lagi. Dia pun pening juga. Ayat jurnal itu sungguh klasik. Zaman Martin Luther. Gerakan Reformation dulu.

Semalam petang, dalam talipon. Banyak ketawa daripada bercakap. Suara dia comel macam dulu. Iya lah, dia kecik saja. Suara mestilah tidak besar. HaHa. Bukan apa. Dok ingat utus-utus surat. Ni ha. Sekarung surat dia untuk saya. Dia pun sekarung jugak.

Dia kata, dia free-free dia baca semula. [hang belum beranak kecik, memang lah hang sempat dok godek-godek surat-surat zaman tok adam tu. Coba hang sudah ada anak. Sempatkah? Ntah-ntah nak sikat rambut pun tidak sempat] HaHa. Sajalah saya usik dia.

Bila baca balik. Dia ketawa berdekah-dekah. Kenapa la ayat dulu-dulu sengal sangat? Memang lah sengal. Budak-budak tulis surat. HaHa.

Saya pulak. Kata macam ini: "aku kalau posmen datang hantar surat yang sampul macam surat kabar tu. Tak lain tak bukan. Mesti hang lah tu" HaHa. Tahu kenapa? Kawan saya ini, jarang guna sampul betul-betul. Konon kreatif lah tuh.

Buat sampul sendiri. Habis surat kabar dia buat sampul. Tak pun entah apa kertas yang dia rasa lawa untuk di ubah jadi sampul. Pembalut buku lah. Broshure dari court mammoth pun dia bedal buat sampul. Cuma kulit popia je kot dia xdan nak lipat buat sampul surat. Kang dia goreng dulu surat tu sebelum hantar kat saya. HaHa.Hu. Macam-macam.

Lepas tu, dalam surat. Tang nama dekat lepas dia tandatangan tu mesti ada lukis kepala anak beruang. HaHa. Macam comel la kononnya. Iya lah. Dia kan saya panggil anak beruang. Kira macam itu identity dia lah.




dia mesti tulis: 'wida 2110'. HaHa. itu besday dia 21 Oktober. Dan saya pun macam itu bila balas tang lepas tandatangan mesti macam ini: 'Oonik2Oo9'. [besday saya 20 September]. HAHAHA. Aku kah itu? Gila sengal. Sengal tahap apa saya tidak tahu lah masa ini. Akal budak-budak. saya gelak gila. kenapa lah sungguh begitu? apsal nak kena tulis macam tu. HAHAHA.

Masa di perpustakaan awam. Jadi satu tabiat. Lepas sekolah pergi perpustakaan awam kalau sempat. Pinjam buku cerita. Kawan kami satu kelas juga. Lelaki. Ap. Sungguh-sungguh sukakan kawan saya itu. Selalu usik dia. Last sekali, masa di perpustakaan. Kawan lelaki itu, sorokkan pensil. Dia letak kat rak atas sekali.

[saya boleh bayangkan ada 'anak beruang' dok lompat-lompat nak ambil pensil dia balik. Saya rasa saya boleh gelak. HaHa. Dia rendah. Mana lah sampai], tidak ingat lah siapa yang tolong ambilkan.

Bila saya wish kan "congratulation" atas perkahwinan dia. Dia kata: "terima kasih. Tapi yang pasti aku tidak kahwin dengan ap okay?"

Saya gelak. Iyalah. Ap rambut besar dari kepala. Tidak sesuai dengan hang. Dia lagi lah ketawa. Mungkin teringat masa sekolah. Budak lelaki itu rambut selalu panjang dan ikal. Sekali pandang besar dari kepala pulak.

Tidak kemas. Tapi Ap pandai. dia pelajar bijak walaupun sungguh tidak semenggah. Dia comot sungguh. Kadang-kadang datang sekolah cuma basuh muka saja. Dia datang sekolah jalan kaki. Rumah dekat tapi bangun lewat. Sebab tu tak dan mandi. Jarang nak tengok Ap rambut basah pagi-pagi.

Kasut Ap, saya rasa setahun sekali jek basuh. Nak tengok kasut dia putih adalah masa baru awal-awal beli dan pakai datang sekolah. Lepas itu. Sudah tidak putih lagi sampai habis tingkatan tiga.

Yang saya ingat. Satu hari, Ap sorokkan beg dia. Kami pelajar perempuan masa itu kalau tidak silap pergi makmal Kemahiran Hidup. Sampai bunyi loceng balik tau cari beg dia tidak jumpa. Penat cari. Ap buat bodoh.

Alih-alih, dia menangis. Wohoa...! wida menangis. kecut perut Ap. Ha, ambik hang. Esoknya, sudah tidak berani mengusik. Ap minta maaf.

Tapi, lawak lah. Dia menangis. Dah besar lah hoi. Agaknya dia geram kot.

Dia pendek. Tidak tinggi. HaHa. Tidak lah macam orang kerdil itu. Dia rendah. Dalam kelas itu dia rendah. Kalau masa beratur di perhimpunan. Saya agak dia orang nombor tiga dari hadapan sekali [saya rasa yang kecik-kecik masa itu di depan sekali Adila ketot, Siti Hawa.. kemudian..dia lah..kawan saya ini..saya rasa..tidak ada orang lain dah yang rendah dan kecik..]

Saya? Kedudukan masa beratur sudah nak sampai hujung dah dari dia. Tak dapat nak borak dan gelak dengan dia masa perhimpunan.

Ap suka dia. Dia tidak layan. Anggap kawan-kawan saja. Sebab masa sedang kami habiskan diploma. Ap luahkan perasaan pada dia. Masa itu sudah besar. Rumah Ap tidak jauh dari rumah dia.

[ap: singkatan nama kepada amirul asyraf. Kami panggil dia ap sajalah]

Zaman-zaman dulu. Erti kawan memang syok. Rindu sungguh. Dalam surat selalu bagitahu balik kampung pada bila dan bila. ya lah. Saya dan dia buat diploma di institusi yang sama cuma beza negeri dan bidang saja. Jadi cuti jadi sama.

[see? cuti sama pun masih poyo nak bagitahu cuti bila dan bila. Balik kampung bila dan bila. HaHa. Habis dakwat jek lah.]

Cuma bila cuti. Tidak pulak boleh jumpa. Ada saja halangan nak jumpa. Selalu nya halangan tu datang dari saya. Rumah saya sudah menghala ke Alor Setar dah. Rumah dia sudah menghala ke Sungai Petani dah. Jauh jugak. Rumah dia dekat sekolah lama saya.

Selalunya encik ayah lah. Jarang bagi kebenaran saya keluar. Saya patuh sajalah. Dan kadang-kadang ada kerja lain pulak.

Dan dia tidak percaya saya sudah jadi cikgu. Katanya, saya jadi cikgu????. Iya. Iya. Saya buat gelak saja

Saya bukan mahu buat bibliografi. Tapi mahu cerita ini. Erti kawan lama.

p/s: kita sudah dewasa dah. Sekarang ini kalau berkawan pun sudah tidak macam dulu. Kita berkawan secara dewasa dah. Dah besar macam ini. tengok kawan-kawan bawak anak. Badan pun sudah kembang-kembang. Tidak malu menetek anak depan kita. Anak punya pasal.

Dulu? Zaman budak-budak. Zaman sekolah. Ada ke nak saja-saja tunjuk macam itu. Masa mandi di sekolah masa perkhemahan.

Punya lah malu nak berkemban depan kawan. Tu baru nak berkemban. Cikgu suruh mandi semua. Mana boleh mandi sorang-sorang. Budak-budak sertai kem kan ramai.

Mai zaman jadi emak-emak. Nak menetek anak depan saya pun tidak segan. Saya pulak yang tunduk malu walaupun cara breastfeed itu sungguh sopan. [saya belum sedia dan baru nak belajar sedia]. Iya lah. Zaman emak-emak dah la ni. Kena lah tidak apa-apa. HaHa.

Zaman jadi budak sekolah. Akal tidak panjang sangat. Zaman sekolah memang seronok. Macam-macam kenangan.


[kepada Nor Wahida Zainuddin. Jika Terbaca ini. HaHa. minta mahap kawan. Aku tulis dan kutuk sikit] Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minta maaf zahir dan batin.

2 comments :

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

hihi..pasal bulu roma banyak kat lengan tu,
yun pun ada gak!! selalu je jadi bahan ejekan ngan budak laki masa kat skolah dulu.. mungkin depa jeles pasal lengan depa pun takde bulu roma camni hehehe...

pensil iman said...

yuyun..hihi..bulu roma kt lengan kwn sy sungguh pjg dan byk..bdk laki2 mgkin depa rsa sungguh tercabar..ya lah..depa laki2..tp xda mcm itu..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?