Sudah satu September. Sahur tadi. Hantar mesej kepada kakak dan Yong saya. Kepada akak atas saya: [bahasa sms di sini] "morning sis..hepi besday..May God bless u..hdup ceria2..pjg umo..n bjaya slalu": plink~ Kepada Yong [kakak sulung]: "hepi besday to my little hero..Rayyan..sweet 2years kn? HiHi..Comel": Plink~ [anak buah saya si kecik rayyan itu sudah dua tahun hari ini] [kakak ke empat yang atas saya itu sudah umur tiga puluh tahun ini] Hubungan adik beradik kena bagi erat juga. Tidaklah boleh lupa. [sorang saja lagi saya belum wish. Anak bos saya tempat saya kerja dulu. Ng Sin Zhi. Dia sudah darjah satu tahun ini.]~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~.jpg)
Hey! Hari kalut sedunia. Hari ini saya jadi macam sangat sibuk tidak boleh blah. Kadang-kadang bila jadi kalut seperti ini kalau orang asyik tidak faham dan asyik suruh dan harap saya saja buat kerja.
Saya jadi hot juga. Tapi hot dalam hati sajalah. [tidak apa. Ini hal kita cerita hari lain]
Pagi-pagi. Saya sudah jadi pak canggah. Kalut sana dan sini. Sekejap di dewan dan sekejap dikelas. Yang sedang meeting di dalam bilik seminar saya tidak pergi jenguk lagi. Pagi ada tiga kerja dalam satu masa yang sama.
- Handle program tayangan merdeka dengan pelajar Tingkatan Empat [kalau tidak handle ini. Memang kena. Sebab ini program saya]
- Handle pelajar saya 3F untuk latih tubi [kalau tidak masuk kelas itu, mesti saya kena juga]
- Menggubal soalan sejarah peperiksaan akhir secara bersama untuk peringkat daerah [kalau tidak masuk meeting ini, saya lagi kena. Tapi tidak apa. Saya hold sekejap]
Semua dalam waktu yang sama. Saya dahulu kan yang mana dulu. Mula-mula pergi handle budak tengok tayangan. Lari sekejap ke kelas 3F. Kasi latihan pengukuhan PMR. Bubuh ayat buah keras seketul dua. Hot.
Budak buat pasal dengan saya. [marah pelajar sebab anda tidak betul. dan tujuan marah adalah untuk mendidik. titik.]
Tunggu program tayangan dan sesi soal jawab bagi habis.
Akhirnya..........
Dan last sekali lari ke atas, masuk bilik seminar. Minta maaf setakat berbahasa-bahasa. Dan mula gubal soalan secara pandai dan penat dengan team saya
[semua sekolah menengah terlibat di peringkat daerah langkawi.] titik. Tidak mahu cerita lagi. Penat.
Duduk dalam team sambil melakukan pemurnian soalan memang rasa sungguh penat tidak boleh blah. Penat akal dan fikiran. Apa lagi saya yang muda ini.
Mahu mencipta soalan yang tidak pernah wujud memang sungguh mencabar otak saya secara banyak.
Hey! Sungguh saya mahu bercampur dengan orang yang berilmu secara banyak selama-lamanya dalam hidup saya. Seronok kutip ilmu dari orang-orang yang cemerlang dan banyak pengalaman kerja. Saya suka itu.
Saya bersama team guru-guru cemerlang dari merata sekolah. I like. Sebab hari ini saya belajar perkara baru secara banyak dan pandai.
Ini. saya bekerja dengan mereka. Hari ini syok walaupun penat. Sudah.
[bila saya sudah veteran nanti: saya mahu jadi seperti mereka ini. sudah menguasai ilmu secara banyak. Teori Taksonomi Bloom mahu apply dalam JSU macam kacang jek! saya kagum dengan cikgu Wan]
T.i.t.i.k.
Saya mahu buat kesimpulan tentang satu perkara saja.
- Masa kita kalut dan sibuk, masa itu lah belambak orang datang cari kita. Itu lah ini lah. Kerja itu kerja ini. [tidak boleh tanya orang lain kah? Orang lain pun tahu jugak]
- Masa kalut dan kerja banyak walaupun kena sama-sama handle kerja dengan kawan. Dia tu macam harap kat kita sorang saja. Hampeh.[saya ini junior dia tahu? Dia mesti lebih tahu. Tapi semua hal dia suruh saya. Dem!]
- Masa kalut dan sibuk, pelajar pun buat macam-macam hal. Sekali saya hambur pagi tadi. Ha Hambik kau. Memang petir suara saya. saya hot.[lepas marah. Saya menjadi sungguh lapar. Serius lapar. Tangan gigil]
- Masa kita sibuk ni, masa itu lah juga orang dok cari kita tanya macam-macam. Rasa macam nak telan orang tu. [masa aku tidak sibuk engkau pergi manakah?]
- Masa kita sedang sibuk dan kalut jugaklah, talipon bunyi bertalu-talu. Sudah lah talipon berbunyi banyak kali. Mesej masuk tidak henti-henti.
Panggilan penting dan tidak penting macam berlumba pulak.[Rasa macam ..hoi~hari ini apa kena dengan talipon tangan saya ini?] masa jawab talipon pun rasa macam sedang kawal suara. Takut dengar bunyi tidak molek. Suara marah sebab kena jawab talipon.
Masa talipon bunyi rasa macam ringtone talipon itu sedang dok cakap ini: "HaHa..mari kita kacau dia buat kerja..mari kita kacau dia secara banyak.." [nada ahli sihir yang sungguh jahat. muka kedut. dan suara ada getar banyak]
ceh! saya sungguh suka berimaginasi. HaHa.Sudah. Saya tidak mahu tulis dah.Hati macam nak balik kampung saja. Masak pulut buat ketupat palas. Kemudian, suruh puan emak masak rendang daging. Mari kita makan sama-sama. Senang.

0 comments :
Post a Comment