Jumaat. 24 September 2010/ 15 syawal 1431 H. Hari ini dalam sejarah. Pada hari ini saya telah bangun awal pagi mentanak nasik lemak ala koboi dan membuat sambal bilis sahaja. Tidak ada timun. Tidak ada kacang goreng. Tidak ada sambal sotong atau udang. Tidak ada juga telur rebus atau ayam berempah atau apakah. Ia betul-betul menjadi nasik lemak ala koboi. Sebab? Saya sungguh teringin mahu makan nasik lemak dari malam tadi. Saya juga tidak keluar ke pasar pun untuk membeli bahan mentah atau tidak mentah. Daun pandan pun tidak ada. Malah halia pun tidak saya letak dalam nasik lemak itu. Namun, Saya percaya walaupun ia sungguh koboi tidak boleh blah. Ia bukan sahaja sebagai sarapan pagi tetapi akan berasa kenyang sampai ke tengahari. Nasik itu tetap saya namakan sebagai nasik lemak. Sekian. [ceh! Apa kena ni ha?] ia tidak boleh saya amalkan masak seperti ini. Sebab akan dipangkah oleh sang suami jika masak begini. Tidak lengkap. Bermakna tidak ada feel. [tapi. Sebab saya teringin sangat. Maka jadi lah begitu]. Tamat.
Hari ini mari kita berfikiran baik-baik. Lebih baik dari semalam. Muhasabah diri bagus untuk kesihatan rohani.
- Mari maafkan kesilapan orang.[berlapang lah dada. Biarlah berlalu apa yang tidak kena sangat dengan anda itu]
- Mari mencuci fikiran menjadi bersih. [dalam otak. Fikir yang baik sahaja lah. Tahu?]
- Mari muhasabah diri. [tengok balik apa yang kita sudah salah. Jangan tengok salah orang. Tengok apa salah kita dengan Tuhan dulu. Kemudian betulkan salah kita dengan orang]
- Mari berubah. [berubah dari apa yang kita rasa tidak baik. Kepada baik. Kita akan rasa lega banyak]
Sekian. Itu saja.

0 comments :
Post a Comment