...sekolah kehidupan..

Monday, September 6, 2010

ku bilang kalau...

Hey! iman menulis sesuatu hari ini..
saya ambil masa singkat ini untuk menulis sesuatu. Masa yang saya ada cuma lima belas minit. sedang di cybercafe sekarang. melakukan sesuatu. kerana ada urusan di luar hari ini.
[lalu di bazar dan kiosk hari raya teruja sekejap lihat baju kurung cantik-cantik. saya sunguh jadi gila melihat cotton. tidak tahulah. harap nafsu membeli saya berpuasa dengan tabah. itu pun sudah sepasang kurung cotton sudah saya grab. dan titik. tidak mahu dah beli. kemudian....nampak jubah moden pulak. ah. titik. titik. dan titik. tidak mahu beli]
Sedang dalam perjalanan ke Alor Setar tadi. Saya menyimpulkan sesuatu. begini saja:
Ada tiga jenis kenangan:
  1. Yang kita ingat dan memang senang hati untuk kita ingat. [senang kira: memang kita mahu ingat dan suka ingat]

* ada sedikit senyuman tang benda yang kita suka bila kita ingat.

  1. satu lagi. yang memang kita tidak mahu ingat dan hati tidak senang bila tiba-tiba jadi teringat. [senang kira: bukan kita nak ingat. tapi kadang-kadang terlintas difikiran]

* kita tidak senyum.tapi kita macam istighfar sikit sambil dok halau kenangan itu. [syoh..syoh..sila pergi jauh-jauh secara jauh sekali dan berkali-kali. saya tidak mahu anda]

  1. satu lagi. kenangan yang tidak apa-apa. ingat pun tak apa. tidak ingat pun tidak apa. [senang kira: tidak memberi apa-apa kesan emosi pun pada kita]

p/s: saya fikir. kalaulah boleh delete memori macam kita delete apa-apa program dalam pc atau laptop kita yang kita rasa tidak berguna. alangkah bahagia bukan?

kalau tidak mahu ingat ini. Nah! aku delete engkau. hantar ke tong sampah. titik. kan senang sikit? kalau ada jual program macam itu untuk memori kita. saya memang mahu dia. mahu guna dia selamanya. biar saya delete memori saya yang tidak mahu saya ingat itu. HaHa.

ada perkataan kalau di situ okay? ku bilang kalau....

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?