Sudah lama tidak menulis sesuatu. Hari raya sudah masuk hari yang ke lima. Ingat mahu puasa enam hari lepas idul fitri tapi sudah naik bendera merah pulak di saat-saat akhir ramadhan. Kecewa betul. Bila sudah kecewa. Rasa lambat pulak mahu puasa enam di syawal ini. Nak puasa enam, saya kena terus puasa pada hari ke dua idul fitri itu. Lajak sampai enam hari. Baru lah tidak malas. Tapi bila sudah masuk hari ke lima ini baru nak mula puasa enam. Rasa malas itu berganda-ganda walaupun sudah tidak bendera merah. [ini pendahuluan yang tidak kena tajuk] Mari. Saya ceritakan ini. Mahu atau tidak mahu. Kita perlu dewasa.
Saat kita masih di bawah tanggungjawab encik ayah dan puan emak.
Kita rasa macam kita kecik lagi.
Semua keputusan encik ayah tahu dan puan emak pun tahu.
Untuk buat keputusan apa minta izin dan nasihat dulu dari depa dua ini.
[kadang-kadang puan emak saja yang tahu. Encik ayah tidak tahu. Rahsia memang banyak dengan puan emak lah kiranya]
Sampai dewasa dan mahu bernikah. Rasa macam kita ini kecik lagi jugak.
Masa itu baru rasa sedih.
Hey! Sudah tidak akan selamanya menjadi tanggungjawab encik ayah dan puan emak lagi dah kita ini.
Sedih macamana pun kita kena jugak macam ini.
[kan dok bercinta sangat. Ini lah kemuncaknya: perkahwinan]
[takkan nak berkawan saja sampai bila-bila tiada ending yang cantik dan molek?]
Bila mahu bernikah.
Masa itu rasa macam sudah lepas kepada encik suami pulak.
Tapi hati rasa macam: "saya belum dewasa banyak"
Bila ada masalah apa nanti. Bila ada cabaran apakah nanti. Bila ada apa yang tidak kena dalam hidup nanti.
Sudah encik ayah dan puan emak lihat kita dari jauh. [tidak lah depa dua campurtangan macam selalu depa atur hidup kita molek-molek masa dok dengan depa]
Habis-habis encik ayah dan puan emak akan bagi nasihat dan pendapat bila dia rasa perlu bagi. [tidak lah encik ayah nasihat kita macam kita belum bernikah. Nasihat banyak dan panjang berjela-jela masa itu]
Tengok macamana kita bawak hidup dan tadbir keluarga kita secara molek atau tidak molek dengan encik suami
Dan tengok juga macamana kita selesai masalah rumahtangga dengan encik suami.
Mahu atau tidak mahu. Kenalah menjadi dewasa. Dan tidak lah selamanya kita kecik. Rasa macam sudah tidak sangka. Sekarang saya sudah nak dewasa.
[HaHa. Lihat. Ada perkataan "sudah nak dewasa" disitu. Masih saya tidak mengaku dewasa. Baru nak dewasa okay?]
Hari ini. saya membuat pengakuan secara rasmi. Sungguh saya seperti tidak mahu melepaskan anak saya pergi jauh dari saya bila saya sudah jadi emak-emak secara veteran nanti. Tapi boleh kah macam itu? Jawapan: tidak boleh.
Macam encik ayah dan puan emak sekarang. Anak sudah semuanya makin dewasa banyak. Apa ya rasa mereka bila anak seorang-seorang keluar dari rumah mengikut suami masing-masing. Dan pulang ke kampung sekali-sekala. Kita sibuk kerja. Tunggu cuti banyak baru boleh berkumpul secara meriah dan suka. Di rumah. Tinggal depa dua saja.
Kita esok? Macam itu juga. Itu lah kitaran hidup. Mahu atau tidak mahu. Kita kena jadi dewasa.

0 comments :
Post a Comment