Hari ini saya jadi cikgu. Cikgu biasa saja. Tapi. Walaupun cikgu biasa saya juga pelajar universiti yang berpangkat DG41. Tunggu lah. Saya juga bisa dapat DG 58 bukan 48 okay? Bila Tuhan takdirkan saya jadi pengetua. HaHa. [lihat tu? Sungguh optimis tahap tinggi sampai mahu jadi pengetua] kalau saya masih dengan dia. saya berangan-angan veteran dalam versi pengetua. HaHa. boleh kah begitu? Lagi? Beza saya dan dia lagi adalah cuma dia ada pengalaman banyak. Saya pengalaman sikit. Yalah dia hidup zaman tarzan tidak pakai seluar jeans lagi. Saya hidup zaman-zaman lagu XPDC best iaitu: C.I.N.T.A. Beza lagi. Dia tua dah. Saya muda lagi. Lagi beza adalah. Dia sudah kahwen dan ada anak pinak dah. Saya masih belum ada anak apa. Tidak kahwen lagi. [anak tekak dan anak mata saja]. Lagi? Dia gemuk dan lemak-lemak. Saya tidak ada lemak-lemak banyak. HaHa. Titik. Berhenti buat beza-beza. Lagi beza? [belum habis. Ada satu beza yang saya mahu cerita]
Dia tidak agak-agak mengkondem harapan orang secara tidak bersalah. Saya pulak optimis dengan harapan orang lain. Walaupun itu bukan harapan dan masalah saya.
Sebab?
Saya cuba letakkan diri di kesusahan orang sebelum boleh membuat kesimpulan. Jadi. Kita tidak boleh secara terus mengkondem harapan orang. [biarpun kita tahu susah payah apa. Tapi. Kata-kata kita biarlah cuba menenangkan oranglain].
Tamat tazkirah.
********************************************************************************************************************
Jika kita di atas. Cubalah menjadi disukai manusia dan seluruh alam.
Bersikap IHSAN DALAM KERJA.
Tidak menyakitkan hati orang. lagi?Tidak autokratik. lagi?Tidak diskriminasi. lagi?Tidak emosi. dan lagi..Tidak lah perlu terlalu skema tidak patut-patut.
Dan. Biarlah ada ihsan dalam kerja. Ihsan pada oranglain. Ihsan tu bukan mohd ihsan. Itu nama orang okay? macam kena bertimbangrasa. Okay? [saya rasa kena macam itulah] ye dak?
Pada saya. kehendak orang bukanlah masalah kita. Ye dak?
Tapi. Pada saya walaupun itu bukan masalah kita. Tidak lah boleh kita memangkah orang macam pandai sangat. Ye dak?
Lagi satu. Kita tidak lah boleh buat macam rezeki orang kita yang tolong sediakan pulak. Ye dak?
Sebab. Tuhan kan ada. Rezeki masing-masing di dunia ini. Tuhan yang bagi. Ikut lah macamana. Ada dapat banyak. Ada dapat sikit. Ada dapat cepat. Ada dapat lambat. Apa yang penting USAHA. Kena U.S.A.H.A. Ye dak?
Jadi. Janganlah kita macam terus pangkah. Mentang-mentanglah kita sedang diatas sekarang ni. Ada kuasa. Kita cakap macam semua ketetapan kita sudah tau dah semuanya. Tidak boleh lah macam itu. Ye dak?
Jadi. Setiap usaha orang lain. Hidup orang lain. Dia nak macamana. Dia urus macamana. Awak tu buat saja kerja awak. Tidaklah payah memberi pendapat yang buat harapan dan usaha orang rasa macam sia-sia. Tidak baik begitu. Ye dak.
Ah bosan. Jawab cepat. Ye atau tidak? Jawab lah: IYE. IYE. BETUL. Ha. Memang lah betul semua di atas tuh. Ceh.
[geram saya tidak habis lagi. Tak apa. Tak apa. Saya usaha untuk lagi. Dan lagi. Saya usaha sampai saya say good bye untuk anda dengan puas [tapi, saya ucap dengan penuh susila dan hormat]. Dan saya usaha juga untuk tidak menjadi seperti anda [saya akan disukai oleh siapa-siapa sebab saya ada ihsan dan bertimbangrasa tapi saya tegas juga dalam tugas. Tidak skema secara khinzir buta].
Dan saya akan usaha lebih berjaya daripada anda. Dan saya akan usaha supaya tidak pencen menjadi seperti anda. Dan lagi. Tidak sejabatan dengan anda. Bila saya tua. Saya jadi ahli akademik yang lain dari anda. Tahu? Mind you!]
p/s: Saya suka pemimpin yang bersikap optimis. Sungguh saya mengharapkan orang sebegini di sekeliling saya. untuk masa depan, saya mengharapkan ibu mertua yang baik. [HaHa. Tiba-tiba pulak disini] terkeluar tajuk dah.
Tudia. Ayat yang terasa macam berat dan sarat. Tapi itu lah saja definisi yang tepat. biarlah kita disukai dari segi tingkahlaku dan percakapan. ye dak?

0 comments :
Post a Comment