...sekolah kehidupan..

Friday, September 10, 2010

Hu..

Tadi siang sudah selamat sambutan hari raya aidilfitri. Malam ini saya tidak pula rasa letih sangat. Letih juga sikit-sikit saja. Saya tidak pun banyak menjamah ketupat tadi siang. Sehiris dua saja.

[kan sudah saya bilang, saya bukan penggemar pulut secara tegar] Cuma petang tadi. Sungguh mengantuk. Tapi tidak boleh tidur secara aman. Tetamu datang sampai ke petang dan lajak ke maghrib.

Saya tidak tahu mahu menulis apa. Sebab sekarang hati rasa macam tidak syok kan apa pun tidak tahu lah. Apa cerita di tv masa raya-raya ini satu apa pun tidak best. Nyanyi.nyanyi. nyanyi. Drama.drama.drama. Bosan dowh! Semua cerita macam lawak bodoh tidak boleh blah. [saya tidak rasa ada lawak yang patut diketawa disitu]

Kesimpulan: cerita di tv semua tidak menarik.

Saya fikir kan tentang seseorang. Terasa rindukan dia secara sungguh-sungguh pula di aidilfitri kali ini. Sudah lama tidak berjumpa dia secara solo. Mungkin tidak boleh. Masa sudah suntuk.

saya serah pada dia saja untuk membuat pilihan apa yang molek. saya tidak dapat teman pergi beli barangkali.

Saya membuat ramalan begini: rasa cuma dapat jumpa secara pukal bermula pada November ini saja. insyaAllah. Titik.

Rasa tidak boleh tidak. Encik ayah sudah membuat perancangan yang ke depan. Saya ikut saja. Tiba-tiba saya rasa betapa banyak sungguh kerja saya yang belum sudah. Encik ayah dan puan emak sudah mula menjemput sanak saudara terdekat. Masa yang tinggal pun sedikit masa saja.

Saya? Nanti balik ke Langkawi tempat bertugas. Lagi lah saya rasa tidak boleh balik ke tanah besar selalu-selalu. Masa itu macamana? Sedang urusan ada di tanah besar.

Tidak berkuasa kuda saya mahu naik feri balik setiap minggu. Dengan pelajar saya sudah mahu ambil PMR pulak. Dan saya pun jadi pengawas peperiksaan PMR juga.

Saya memang mahu menangis sekarang. (T___T).

p/s: Bila mula mahu rasa stress. Jerawat. Sila jangan tumbuh. Kerja saya melambak tidak siap lagi. Banyak.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?