...sekolah kehidupan..

Thursday, September 16, 2010

HIV Test dan 4 Kilo

Lagi tiga hari. Sekolah buka. Ahad ini perhimpunan pagi di sekolah saya. [negeri Kedah kan sekolah pada Ahad]. Cuti raya sudah nak tamat. Selamat datang kerja. Selamat mengajar untuk diri sendiri: " hai cikgu, selamat datang dan selamat bertugas" [sedang bermotivasi diri saya sekarang ini: cuti lama-lama bikin saya sedang dalam mood cuti dan malas secara banyak] titik.

Hari selasa semalam. Saya pergi klinik. Ada sesuatu yang perlu saya selesaikan di sana. HIV Test untuk perkahwinan. Lepas siap satu hal. Ada lagi hal lain. Kena timbang berat dan ukur tinggi pulak.

Hey. Doktor itu cakap saya tidak normal. Dia suruh saya makan lagi empat kilogram. Dia kata berat itu tidak sesuai dengan tinggi saya. Dia macam membebel. Dia kata. Sehat itu memang la sehat. Tapi anda kurus sangat. Tidak cantik. Tidak sesuai. Nanti awak kahwin orang akan lihat awak kurus sangat dan tidak kenalah. Lihat ini. Ringan sangat. Tinggi melayup. Awak kena makan lebih sikit. [nada skema dan renungan nerd dari doktor]

Saya dok diam dengar doktor itu bercakap. [tidak tahu dah nak kata apa. Sengih sajalah. Perlukah dia ulas? Encik tunang kata tidak]

Ceh! Mari saya jadi doktor pulak. Patut nya begini: mari saya pulak di tempat doktor itu.

Kenalah cakap begini:

"Saudari, mari saya jelaskan kepada anda.."

"Kesihatan saudari okay..Cuma berat badan saudari tidak ideal. Cuba lihat BMI ini. Saudari perlukan empat kilogram lagi untuk menjadikan berat badan saudari ideal"

"Okay?"

[ha. Macam itu lah cakap. Jangan lah terus cakap kat orang kata: awak tidak normal. Ayat salah tu] HaHa. Kenalah macam ini kan..baru tidak apa-apa. Sejuk sikit hati saya dengar. Titik.

Sedang doktor lelaki di depan saya. Saya lihat dia buat kerja satu persatu. Lihat dia tulis. Lihat tulisan dia. Satu persatu. setiap gerak geri.

[hey, sungguh bosan saya menunggu. Lama ya pemeriksaan itu. Kenapa encik tunang cakap sekejap saja? Mungkin dia lelaki barangkali..tidak diminati doktor. HAHA. Penyataan apakah ini.]

Bila saya lihat dia lama-lama. Dia macam gelabah sikit. Dia tulis pun sudah nak silap. Akhir sekali dia suruh saya baca macam satu buku. Sekejap lagi dia akan tanya.

[hey? Macam itu kah. Mungkin dia tidak kusyuk buat kerja sebab ada perempuan muda dan jelita ini sedang merenung dia secara teliti sungguh. Sebab itu dia bagi buku itu]

Betapa lama saya tunggu dia menulis:

[saya sampai sempat renung jari dia.tidak runcing. Kuku jari dipotong rapat sungguh. Kulit dia putih melepak. Merah. Mata dia coklat cair. Tidak pasti dia pakai lense atau apakah. Rambut disisir rapi. Belah tepi. Kemas. Macam letak pembaris dulu di kepala barulah sikat belah tepi. Dia nama rizal. Saya baca di tanda nama. Dia sedang berhadapan saya. Seorang cikgu yang cakapnya sungguh tersusun setiap kali di tanya oleh dia. Mungkin dia gelabah. HaHa]

Bila waktu saya kena jawab soal selidik yang sungguh banyak tidak boleh blah. Dia tersenyum setiap kali dengar jawapan saya. Dia kata saya cakap macam sedang mengajar. Ayat yang tersusun. Saya senyum saja. Saya tidak tahu mahu jawab apakah.

[hey, dengan seorang doktor. Reti bezakah dia sedang bergurau atau tidak bergurau? Sebab muka dia nerd sungguh. Kemudian dia cakap agak skema. Dan saya tidak tahu dia sedang berlawak atau apa. Jadi saya ambil keputusan menajdi skema secara lama dan panjang]

Saya mahu kongsi ini.

Sebenarnya saya tidak begitu gemar berjumpa doktor. Kecuali jika betul-betul perlu. Sebab saya suka fikir tentang doktor secara banyak dan teruk sungguh. Tidak lah semua doktor. Ada sesetengah dari itu.

Maksud saya begini: ada doktor yang kita lihat dia. Hey. Dia sungguh tidak apa. Raut wajah yang tidak buat kita rasa cuak atau apakah. Kita rela di periksa.

Kadang-kadang ada begini. Lihat mukanya. Rasa macam psiko. Saya rasa macam dia itu sungguh psiko. Dia macam mahu ambil kesempatan.Tambah lagi jika dia periksa secara ala kadar dan tidak bersungguh. Saya jadi bimbang dan takut mahu menyerah diri. HaHa. [kan saya sudah bilang: saya suka berimaginasi secara teruk]

[sebab saya terpengaruh menonton cerita orang putih yang muka-muka nerd tapi psiko]

Lihat muka doktor. Saya membayangkan doktor itu psiko. Dia macam tidak sungguh-sungguh memeriksa keadaan saya. [saya mula teringat kawan saya yang diperiksa oleh seorang doktor ala mamak. HaHa. Ah. Tidak mahu saya cerita. Saya sungguh menyumpah dia. Saya geli] Titik sajalah.

2 comments :

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

hihi... cikgu, cikgu... bila nak kahwinnya tuh? selamat menempuh ke gerbang perkahwinan :)

pensil iman said...

HaHa..tenkiu yuyun..insyaAllah on November..jemput datang..=)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?