...sekolah kehidupan..

Thursday, September 2, 2010

Labu rosak.

Hey. Sedang di rumah encik ayah dan puan emak dah saya sekarang ini. wah! Sungguh seronok. Tengok mak. Tengok ayah. Tengok depa dua sehat. Saya gumbira juga.

saja lah highlight kan dekat "sedang dirumah..." sebab nak buat orang yang belum balik kampung cemburu pada saya yang boleh bercuti secara banyak dan lama ini. HaHa] dua minggu okay. cuti dua minggu. Harap maklum. Sekian.

Amaran: ini entri patriotik.

Tidak baca pun tidak apa. Saya tidak suruh dan minta. Takut anda tidak minat. [ceh! Macam lah entri lain di minati. HaHa. Bukanlah begitu. Bila sebut "patriotik" kan ia topik berat. Jadi silalah mengantuk awal-awal.

Sekarang ini mengantuk sangat. Tapi sekejap. Sebelum tidur lena saya baca sesuatu yang saya baca tidak habis masa isu ini hangat hari itu . Kemudian lama-lama saya macam jadi hot dalam patriotik.

[mood merdeka atau tidak merdeka, kalau pasal negara kita, mestilah kena pertahan juga.] dan [bukankah saya ini cikgu sejarah? HaHa. Ada kaitan kah itu?]

Saya marah sungguh dengan warga Indonesia. Bakar bendera kita pulak. Ceh! [bendera ni bukan boleh main-main bakar tahu? Itu maruah agung sesebuah negara yang di julang tinggi-tinggi melangit]

Itu warga siswa Indonesia buat. Buat macam itu kat kita. Sungguh tidak semenggah dan kurang ajar. Nampak macam otak kelas pemulihan atau intervensi saja.

Then, kita tidak pulak berani buat macam itu. Sekali ada warga kita cuba bakar saja bendera negara Indonesia. Sudah kena tangkap. Tahu tak kenapa?

Pada saya satu saja. KITA JANGAN TIRU SIKAP TIDAK BAIK ORANG. Jangan. kelak kita di samakan pulak. Kalau dia monyet yang jahat. Kita pun mahu jadi monyet yang jahat jugak? Sekurang-kurangnya kita jadi lah monyet yang dengar arahan tuan. Bidalan apakah ini? saya hentam saja. Bagi contoh.

Jadi. Behave our self. Sudah.

"Kami yakin bahawa mahasiswa Indonesia merupakan mahasiswa yang beridealis dan bukannya bertindak mengikut khabar angin mahupun emosi semata-mata"

Jadi. Jangan bertindak melulu okay? depa ni memang sungguh buat keadaan jadi taik. Mengeruhkan keadaan. Buat hubungan dua buah negara menjadi tegang. [hurm..tidak boleh lah macam ini kan?]

kita kan satu rumpun. Takkan nak berkelahi cakar-cakar tarik rambut pulak. Ni ha. Ramai ni minah-minah indon jadi bibik di sini. Sudah tidak syok lah.

Sudah. Ini saja entri ini. Entri pasal negara kita. Kita kenalah tahu juga apa orang sudah buat dengan negara kita ini.

Tapi. Pada pandangan saya lah. Malaysia, tanah air kita ini sungguh makmur. Tuhan bagi nikmat yang sungguh bagus. dan kita ini bangsa yang sangat berlembut sangat.see..ada dua perkataan "sangat" disitu. [lembut not like jeli but just like a pudding. But still lembut right??]

p/s; buat sesuatu, kita kena fikir panjang. Adakah tindakan kita macam tikus baiki labu? Atau kita bertindak dengan waras dan bagus? marilah kita selesai cara baik. Kita satu rumpun juga bukan? Hurm..

sebelum saya tidur. Eh. Saya belum makan nasik. Patut lah encik ayah asyik panggil turun makan. Sekejap. Turun bawah makan nasik dulu. Nanti encik ayah tidak puas hati. Jadi, mari puaskan hati encik ayah. Turun makan.

Okay. kita sambung. Mari merapu sekejap sebelum tidur.

kenapa ada peribahasa tikus baiki labu?

Kenapa mesti tikus dan buah labu pulak?

Siapa cipta?

Apa kisah yang sampai boleh kait tikus dan labu ini hah?

Macam ini lah kot gamaknya. Labu itu memang rosak dah. Pecah-pecah dah buahnya. Kemudian, tikus kena baiki labu itu atas arahan cikgu lukisan. Dia silap letak gam. Mula-mula baiki guna selotip. Tapi tak lekat. Habis pecah terburai balik. Lepastu tikus baiki lagi. Kali ni guna pulak stapler..ketap..ketup...ketap..ketup..stepler labu bagi lekat elok. Tidak jadi juga. Habis jadi lubang-lubang..guna pulak stapler gun. Memang lah lubang-lubang besar. Hurm..macamana? last sekali, abes-abes cara. Tikus geram sungguh. Dia gigit labu tu. Makan. Satu apa tak guna. Tikus yang kenyang. Sekian dan titik.

[saya syak macam tu lah. HaHa. Tidur dulu. Bye.]

2 comments :

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

hehehe...cikgu...cikgu..
mana dapat idea pasal crita baiki labu nih?

pensil iman said...

yuyun..HaHa..saya hentam saja..gamaknya bosan2 sblm tidur..tp..macam kisah benar jek..KahKah..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?