...sekolah kehidupan..

Wednesday, September 8, 2010

Raya Aidilfitri. Jari kecut.

Hari raya dah mula nak tunjuk muka dah. Malam ini tokwan yang duduk atas kerusi akan umum esok raya atau tidak [raya hari khamis atau jumaat].

Raya di rumah encik ayah tiap tahun tidak surut dengan tetamu. Daripada hari tidak raya, bermula akhir-akhir ramadhan [selalu hari ke tiga terakhir ramadhan]. Rumah encik ayah kejap-kejap begini:

"assalamualaikum..." : [ha..ada orang datang..]

Kejap lagi... "assalamualaikum.." ..[ha ..pulak dah..siapa yang datang tuh..]

Lepas tu..

"assalamualaikum...." ..[tidak kira pagi..kejap tengahari..malam lepas isyak..akan ada tamu datang]

Dan kemudian memang macam itu..."assalamualaikum..." [tamu kecik..tamu dewasa..tamu remaja..dan tamu yang sudah jadi ayah-ayah pun datang juga]

Yang datang itu semuanya bekas anak murid ilmu tajwid dan fardhu ain encik ayah dan puan emak. Datang bawak beras fitrah untuk encik ayah dan puan emak.

Di negeri saya ini dan lazimnya tempat saya. zakat fitrah di keluarkan atas hasil tanaman. Sebab di sini tanaman terbesar yang menyumbangkan hasil adalah padi. Maka beras lah yang lazim menjadi alat zakat fitrah pada setiap tahun musim raya puasa.

Encik ayah dan puan emak mengajar Qur'an tidak mengambil upah apa-apa. Mengajar sekian lama secara sukarela dari zaman saya tidak ada di dunia ini.

Orang kampung datang hantar anak mengaji Qur'an dengan encik ayah dan puan emak. Encik ayah dan puan emak sudah mengajar banyak generasi. Sudah tua pun depa sekarang ini.

Jadi, sudah jadi kelaziman anak murid encik ayah dan puan emak menyumbangkan beras fitrah sahaja di setiap tahun sebagai zakat. Titik.

Hari raya di rumah encik ayah setiap tahun memang sibuk tidak boleh blah.

Pagi [sebelum kami pergi sembahyang raya]

Anak murid encik ayah dan puan emak yang kecik-kecik kemetot datang beraya di rumah saya. Mereka ini budak-budak kecik kemetot datang beraya di rumah tok guru mengaji Qur'an dulu sebelum pergi beraya di rumah orang lain.

Jadi, pagi-pagi juga saya sudah bangun sediakan makanan. Di ruang tamu itu. Penuh makanan dan minuman. Iyalah. Budak-budak kecik kemetot itu mesti tidak makan lagi di rumah. Datang beraya di rumah saya dulu. Jumpa encik ayah dan puan emak. Bersalaman dengan tok guru dulu.

[saya masa itu sudah kalut. Cuci pinggan dan cawan yang sudah budak-budak kemetot anak murid ayah guna. Pagi-pagi sudah main air di sinki]

Selesai.

Lepas sembahyang raya

Lepas saja balik dari masjid. Nah! Anak-anak murid lelaki encik ayah yang remaja pulak datang beraya. Ramai seh! Ini budak yang sudah besar.

Bekas anak murid encik ayah ini selalu datang konvoi dengan motor. Motor di depan laman macam motor dekat tempat letak motorsikal di garaj sekolah. Penuh. Depa dok bersila di ruang tamu depan.

Depa sudah besar-besar dah. Tinggi-tinggi. Saya pun kadang-kadang sudah tidak cam muka. Pernah juga saya mengajar depa dulu ni. Masa tu kecik-kecik lagi. Hingus pun ada, Iyalah sekolah menengah dan mula nak ada janggut dah. Masa ini saya dan kakak sudah macam tidak cukup tangan sedia makanan. Lepas makan, basuh pinggan dan manguk..cawan sekali. Jari..? malas la nak cakap. Kecut.

Saya rasa tidak sempat nak jenguk ke rumah mak lang sebelah rumah pun.

Selesai.

Agak-agak dalam jam sebelas pagi

Mai pulak lagi bekas anak murid encik ayah yang lelaki jugak. Yang sudah dewasa. Yang sudah kerja. Berkonvoi dengan motor jugak. Sekali lagi mereka landing depan laman. Penuh lagi rumah saya. Tidak larat juga saya menyediakan air. Rasa sejuk dan kebas tangan mengetuk air batu. Lepas itu kecut jari-jari tangan mencuci pinggan mangkuk cawan semua. Tahu?

Dalam masa itu pulak. Ni budak-budak lain pun turut datang selang seli beraya jugak. Aduhai.

Selesai.

Jam dua petang dan keatas

Bekas anak murid encik ayah yang sudah berkahwin-kahwin. Datang beraya pulak. Bawak isteri. Bawak suami. Kawan-kawan sekolah adik yang lelaki. Datang berkumpulan. Masa ni silalah sedia jari kecut. Sedia makanan dan basuh pinggan mangkuk dan cawan. Main air kat sinki.

Saya? Kawan mana ada nak datang. Kawan sekolah saya semua jauh-jauh. Saya masa bersekolah tidak sekolah dekat-dekat rumah.

Baru nak rasa reda. Masa tidak ada orang ini lah. Saya dan adik beradik curi-curi bergambar ahli keluarga semuanya. Dan bila reda ini juga. Kami berkumpul dan bersalaman dengan encik ayah dan puan emak. Masa tamu tidak ada. Kalau mahu salam seorang-seorang pun boleh. Tapi tidak syok. Selalu-selalu pakat semua tunggu mahu beraya sama-sama.

Kalau ramai-ramai. Tidak lah malu mencium pipi encik ayah dan puan emak. Sebab semua pakat buat. Kalau seorang-seorang tidak ada feel. Jadi. Kalau tidak mahu segan silu dan tersipu. Marilah bersalam secara jemaah. Masa tu rasa syok.

Geng sepupu sepapat sekampung

Reda sekejap. Datang keluarga paklong. Selalu datang sekumpulan. Ini keluarga abang ayah. Nah! Terkedek-kedek saya sediakan makanan. Ini kenalah dok berborak sambil ketawa-ketawa. Lepas semua tu, kenalah basuh semua. Jari kecut lagi. Dok main air sedia-sedia.. Salam-salam. Masa ini mak-mak sedara. Pak-pak sedara ada sama.

Bila ingat-ingat masa raya. Hari raya pertama. Memang tidak boleh pergi kemana. Nak pergi rumah arwah atok sebelah rumah pun kena tengok kiri dan kanan. Agak-agak lengang. Saya menghilangkan diri. Masuk rumah arwah atok. Jumpa maklang. Salam-salam raya. Makan-makan sikit dan kemudian balik lah kerumah.

[mak lang adik ayah. Kenalah jaga hati orangtua juga. Kalau pergi beraya sudah lewat ke rumah dia. Nanti dia sedih pulak. Masa arwah wan dan tok ada di rumah itu, masing-masing anak ayah ramai-ramai curi masa pergi awal mengadap tok dan tokwan dulu. Ini bila tok dan tokwan sudah tidak ada, takkan nak buat lambat pulak kan?]

Hari raya. Sungguh bermakna. Salam kemaafan dari saya jika ada tersalah silap. Minal aidil wal fa izin. Salam aidilfitri.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?