Mari bercerita. Ini hari jumaat dah. Esok sudah sabtu. Esok sudah kena balik ke tempat bertugas. [SUDAH KENA BALIK ok SUDAH KENA BALIK]. Maka wajib lah balik. Ahad sekolah. Bila mula sekolah, kena lah siap-siap sedia fizikal dan mental. Ubah mood baik-baik. Ye dak?
[saya percaya hari ahad nanti mesti ramai cikgu di negeri Kedah ini masih blur-blur mahu mengajar apa kah? Mood masih dalam cuti katakan. HaHa]
Untuk mula kerja. Setting mood daripada mood raya sakan di tukar kepada mood kerja. Tidak lagi boleh bersantai-santai gaya malas. Iyalah sebab cuti panjang sangat. Sampai encik tunang kata saya ini cuti banyak sangat sampai tidak ingat hari. [saya tidak sedar semalam adalah sudah 16 September ~ Hari Satu Malaysia~ cuti umum] Titik
Perasaan masa nak balik ke tempat kerja sama macam perasaan nak balik ke tempat belajar masa masih jadi pelajar dulu. Bila dok kat rumah sudah terbayang bas ekspress dan suasana kat pudu. Encik ayah lah yang selalu tolong booking tiket bas awal-awal.
[sebab encik ayah tidak mahu anak dia tak ada tiket bas atau terpaksa naik bas tambahan] ya lah. Musim perayaan kan agak leceh juga. Kena berebut.
Esok ni. Saya sudah boleh bayang suasana di jeti. Mahu bertolak ke Langkawi. Saya sudah boleh bau masin air laut kat jeti. Bau lumpur bila kena masa air laut sedang surut. Sudah boleh bau juga minyak atas feri. Dalam feri. Tempat duduk dia. Orang dia. Bau dalam feri. Ah. Semua boleh bau.
Sama macam dulu.
Bila malam itu mahu bertolak balik ke KL.
Saya sudah boleh bau asap banyak kat bawah pudu. Sudah boleh nampak orang asing dok tidur bergelimpangan atas kerusi di pudu pagi-pagi. [naik bas malam paling lewat jam duabelas, sampai di pudu dalam jam lima pagi]. Saya juga sudah mula nak pening bau suasana pudu. Sungguh tidak syok. Asap bas kat ruang bawah pudu itu.
Kat pudu pagi-pagi, bunyi wisel pegawai keselamatan kejut orang asing suruh bangun tidur dari tempat duduk kat pudu. Haish! Mereka ramai sungguh. Dok tidur kat kerusi panjang. Busuk tahu? Macam-macam orang.
Saya tunggu jam 6.30 pagi baru berani pergi tandas sebab masa itu sudah ramai orang. Tidak berani pergi sorang-sorang. Bukan takut hantu. Takutkan orang jahat rompak dan tikam saya dalam tandas. Gugugu. [tidak apakan? Kalau saya selalu beranggapan begini. Kan saya sudah bilang saya suka imaginasi secara teruk.]
Esok ni. Kena beratur beli tiket feri macam itu juga. Esok ni. Saya percaya ramai jugak orang di jeti. Semua cikgu dari tanah besar yang bertugas di Langkawi akan balik. Pelajar sekolah yang bersekolah di sana. Sekolah menengah Teknik Langkawi terutamanya. Ramai jugak.
Nak-nak atas feri itu semuanya cikgu belaka. Beg masing-masing besar gajah. [saya pun tidak terkecuali. Bertukar menjadi anak gajah juga beg saya.]
Iyalah anak gajah di atas belakang. Galas beg macam serupa juga galas anak gajah. Beg besar alam. Ini encik ayah kirim beras tiga empat gantang. Puan emak kirim ketupat palas. Kuih raya belum lagi kira balang. Ikan masin. Daging rendang. Macam-macam mahu di bawak balik. Ini ayam itik lembu kambing pun ada juga nak kena heret naik feri. HaHa. [tidak lah. Itu saya tipu]
Itulah. Esoknya saya adalah begini.
[Atas feri esok ni. Paling tidak tahan bila ada orang muntah. Mabuk laut. Lepas itu budak-budak kecik melalak kuat-kuat atas feri. Baby menangis. Paling tidak tahan ini budak-budak kecik lari-lari main atas feri. Suara macam petir. Nak tidur pun tidak boleh lah. Saya takut gelombang laut. Serius saya penakut. Saya buat pengakuan jujur di sini]
Tapi. Esoknya memang saya adalah begini.
Balik. Balik. Balik. Jangan tidak balik.
Esok ni jugak. Hurm. Saya percaya bila kaki jejak saja ke Pulau Langkawi. Hati dan kepala otak masih dok fikir rumah. Dan sikit-sikit mula pening kepala. [fikir kerja di tanah besar belum selesai] HaHa.
p/s: tidak apa-apa. Itu kan tempat bertugas dan rezeki yang Tuhan bagi. Jadi hadap saja. Buat yang terbaik dan janganlah tidak bersungguh.

0 comments :
Post a Comment