Hi. Sedang di sekolah sekarang. Belum balik sekolah. tapi sudah tamat sesi sekolah. sedang di bilik guru sekejap. Menulis ini. Hari ini mari lihat cikgu dari kaca mata budak.
"eh..cikgu balik kampung naik satu jerawat di pipi lah" [ini budak lelaki tingkatan empat tegur saya. hampeh!]
"cikgu hari ini pakai tudung lain sikit. Ada lilit pulak. Ala yuna ni" [bila pakai lain sikit saja. Ada saja lah]
"cikgu pakai baju baru lah hari ini. mesti baju raya kan?" [ini pun sama. Ah. Perasan sungguh pelajar dengan baju cikgu]
"Cikgu pakai lipstick jenama maybeline kan?" [ini pelajar perempuan tingkatan tiga. aduh! Siap bagitahu jenama tuh. Apa la budak-budak ini?]
"cikgu pakai cincin lain hari ni" [budak tegur bila tengok ada cincin baru tersarung di jari. Sampai ke tahap itu perhati cikgu]
"cikgu hari ini nametag cikgu macam senget sikit" [ahahaha. Iya lah..]
"cikgu..jerawat cikgu dah tak ada. Pakai apa kah?" [budak lelaki tingkatan empat yang sama juga bertanya. Gila!]
"cikgu..cikgu kurus. Cikgu diet kah?" [ahahaha. Dalam hati. Akulah raja kuat makan nasik tahu? Tidak kuasa aku diet.]
Titik. Tidak mahu buat dialog lagi dah.
Jadi pelajar. Memang semua gerak cikgu di perhati. Cara pakai cikgu. Semua nak di tegur. Apalah.
Kadang-kadang saya fikir. Dulu masa saya sekolah. tida pernah saya bertanya apa-apa tentang hal peribadi cikgu saya.
hari ini mengajar pelajar besar. Asyik ditanya pulak kita ini sudah berpacar atau belum. Sudah bertunang atau belum. Ah. kenapa? saya diam saja. malas mahu layan.

2 comments :
tak dpt baca?.. alahaiii nape plak jadi mcmtu ye?... emm try tgk guna firefox....
adakah kamu adik beradik iman zarif dan iman danish?..... alahaiiii
pakcik dot: uhu..a'ah xdpt bca..then firefox xde..ade explorer aje..
sy tidak adik beradik iman zarif dan iman danish..tp sy bermazhab imam syafie..
ha cmtu...=)
Post a Comment