...sekolah kehidupan..

Wednesday, September 29, 2010

Penyegan pahit malam ini dan esok

Apa hobi awak? Hobi saya mengumpul setem. [ewah. Sungguh skema zaman-zaman sekolah rendah] apa ni? Tiba-tiba cerita pasal hobi? Okay. Hobi saya adalah menulis dan membaca. [biarpun bunyi agak skema macam jawapan yang kita bagi masa cikgu tanya kita disekolah rendah dulu. Tapi itulah hobi saya dari dahulu sehingga sekarang]. cerita lain hari lah.

Mari saya bubuh tang ni ayat sebaris dua.

Malam ini saya sungguh penyegan.

Mengikut kamus orang utara. Perkataan 'segan' itu maksudnya 'malas'. Kamus orang tidak utara pulak kata 'segan' itu maksudnya 'malu'. [jadi entri ini mungkin boleh di baca dalam dua maksud. anda suka dan faham yang mana. ambiklah] saya okay saja. HaHa

Tidak apa. Mari saya bagi contoh dulu.

Situasi ini:

Loghat utara: "ish..aku segan sungguh malam ni. Satu qheja tak jadi"

Ayat orang tidak utara: "ish..malam ni aku malas betul. Satu kerja tak buat"

Ayat skema dan betul: "pada malam ini, saya sungguh terasa malas. Semua kerja saya tidak saya siapkan"

Situasi ini pulak:

Seorang mamu berkata: "aku segan lah nak pi kedai beli makanan"

Kalau tidak faham. Mesti orang fikir kenapa dia ni tiba-tiba malu pulak nak ke kedai beli makanan? Apa hal malu tiba-tiba? Ada point nak kena pangkah dengan kawan kalau selama ini tidak pun segan silu beli makanan. Hari ini boleh pula segan-segan

[sebenarnya mamu tu dia malas nak pi kedai. Rasa segan itu bukan malu tersipu-sipu tapi adalah dia malas nak pi kedai] okay? faham tidak?

Tudia intro. Panjang macam itu gaya. Mari saya bagitahu ini.

Malam ini:

  1. Saya segan nak makan nasik.
  2. Saya segan nak buat kerja apa-apa.
  3. Saya segan nak basuh baju. [balik sekolah tadi. Baju kurung satu helai saja tidak mahu basuh]
  4. Saya segan nak pi sekolah esok.
  5. Saya segan nak bangun pagi awal-awal esok ni.
  6. Saya segan nak lipat baju [ini lah kelemahan tidak boleh blah. Saya bercinta dulu baru lipat.lama]
  7. Saya segan nak kemas buku.
  8. Dan kesimpulannya: SAYA SUNGGUH PENYEGAN ORANGNYA

Kalau dari sudut positif. Anda nak baca saya sebagai SEORANG YANG SUNGGUH PEMALU pun tidak apa. Ikutlah pemahaman anda nak guna maksud yang mana. HaHa.

Baca lah macam ini:

  1. Iman malu nak makan nasik
  2. Iman malu nak buat apa-apa
  3. Iman malu nak basuh baju
  4. Iman malu nak p sekolah esok
  5. Iman malu nak bangun awal pagi esok ni
  6. Iman malu nak lipat baju
  7. Iman malu nak kemas buku
  8. Dan IMAN SUNGGUH PEMALU orangnya.

    HaHa. Menarik juga. tapi. Nak bangun awal pun malu apa cerita? Patut bangun lewat lah malu kan? Ceh!

    p/s: apa maksud penyegan pahit pulak? Ah. Cari sendiri lah. Kenapa ada pahit di situ? Tidak penyegan manis atau masin atau apakah?

9 comments :

Acik As said...

saya segan nak makan biskut.
saya segan nak makan roti.
saya segan nak makan biskut dan roti sebab dua-dua makanan tersebut hari-hari saya makan.

Adakah roti dan biskut benda yang sama??? hehehe..=p

pensil iman said...

ahaha..orang utara pangge roti tu biskut..walaupun roti untuk org tidak utara adalah roti yg lmbut mcm gardenia..hihhi

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

hehe..tu la.. pi utara dulu org tu kata "nurul, meh makan roti meh". Tapi tengok takde roti pun...sekut je hehehe...
penyegan pahit tu "pemalas sangat" kot..

pensil iman said...

yuyun..jwpn anda sungguh tepat..ahaha

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

saya tak segan nak ngorat kamu...huhuhuhu...

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

awat hang punya timing N date nih kurang btl iman...

kat kl la nih 30 september 2010 jam 1.02 tengahari.. hang kat mana nih.... pakcik rasa pasai tu kot hang tak boleh baca entry pakcik kot.... hang try ejas date N timing kat blog hang ...... huhuhuhuhu..

pensil iman said...

haha..pkcik..sy xreti nk ejas time tu..mmg dr azali lg cmtu..tp, wlpn dulu time dgn date x betoi..masih juga dpt bca blog pokcik...

sy pulak mls nk kna ngorat..haha

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

ha.. dah betui ... apa yang godek tu ...huhuhuh....

pensil iman said...

pokcik..sy p godek2 kat masa..pilih yg "kuala lumpur" pastu..tgk2 jd betui dah..hihi..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?