Lepas berjalan-jalan dan bila balik ke rumah..eh, belum lagi sampai ke rumah. Kepala sakit berdenyut-denyut. Mungkin sebab tidak sarapan dulu pagi tadi. [talipon tangan pun macam sudah mahu tamat perkhidmatan. Kenapa jadi macam rosak? Ah. Sungguh kecewa] Saya tadi bila terbaca kes pembunuhan Datuk Sosilawati. Hati jadi macam tidak tahu mahu bercakap apa. Rasa macam kasihan. kasihan kan pemandu dia..peguam dia..dan siapa lagi itu yang bersama dia..[anak..isteri dok tunggu suami masing-masing..] Kemudian saya fikir lagi. Tentang sikap manusia. Bunuh dan bakar. Hati mereka macamana? Tidak rasa takut dan kasihankah masa sedang menyakitkan oranglain? Saya..kita, dan siapa-siapa saja. Hey. Saya lah. Jika saya sudah membuat silap. Atau sudah menterlukakan hati orang. Malam itu atau belum tunggu malam mesti sudah terfikirkan khilaf saya pada orang. Kalau naik kereta terlanggar kucing pun hati sudah rasa ralat. Rasa sungguh tidak kena dan bersalah pada binatang itu. Itu kita. Ada lagi hati perut dan kesiankan orang dan binatang.
Mahu cepat minta maaf dan berbaik semula dengan orang yang kita sedang khilaf itu. Hati jadi susah sungguh. Rasa tidak mahu kita hidup dalam rasa bersalah secara lama. Rasa tidak kena.
Ini. sudah lah bunuh orang. Lepas itu bakar pulak.
Hati orang itu macamana kah? Tidak ada belas dan takut. Hati apakah dia? Hati yang tidak ada berbisik suruh kasihan dan berbisik berkatakan jangan.
Kita, Tuhan masih lagi sayang. Kenapa? Sebab bila kita buat perkara khilaf, Tuhan detikkan hati supaya bersalah dan cepat pohon maaf. Mulakan yang lain dengan lebih baik.
Hati orang yang bunuh dan bakar itu? Dia rasa macam bunuh semut saja atau nyamuk. Tidak pun rasa apa-apa barangkali.
Lepas buat kerja jahat itu, dia masih boleh makan nasik? Guna tangan yang sudah bunuh orang.
Dan Lepas bunuh dan bakar orang, dia masih boleh tidur dan lena dengan nyenyak.
Nauzubillah. Al Fatihah buat semua arwah.
p/s: manusia hari ini makin kejam. Saya jadi takut dengan cabaran di hadapan. Moga ALLAH sentiasa melindungi kita dari sebarang kejahatan dan penidasan orang. Amin
Manusia ini tamakkan wang barangkali. Mungkin iri hati. [teringat Qabil dan Habil. Manusia anak adam yang pertama berbunuhan juga sebab dengki dan tidak puas hati]

0 comments :
Post a Comment