...sekolah kehidupan..

Tuesday, September 7, 2010

Dedikasi untuk saya masa hadapan suami

Mari ke kelas menterjemah. Terima kasih kerana bersama-sama dalam rancangan "kelas menterjemah bahasa melayu secara sungguh-sungguh melayu"

Mari. Tajuk ini: Dedicate to my future husband. Maksud ringkas yang sungguh di beri maksud dalam bahasa melayu saya ialah: Dedikasi untuk saya masa hadapan suami. Okay? sudah. sekian sahaja kelas menterjemah bahasa melayu secara sungguh-sungguh ini. [siapa yang rosakkan bahasa ini? HaHa]

Di sampaikan dalam mesej sahaja. Dia sibuk sungguh. Bercakap sekejap dalam masa mahu dia pulang dari pejabat. Tidak apa- apa. Dia macam galas tugas ibu sekejap. Saya tahu itu. Titik.

AMARAN: [saya habaq dah kan?saya sungguh tidak suka tulis jiwang. Rasa macam kaki tidak pijak tanah. Tidak realiti disitu. Ayat saya tidak sedap.]

Mesej itu:

"Saya rasa saya cintakan awak sungguh banyak. Macam ini ayat saya untuk awak, sedapkah?"

"hurm..saya rasa tidak sedap sungguh ayat ini. Bunyi ayat itu macam lawak. Ayat tidak kena" [sebelum dia cakap. Baik saya membuat pengakuan secara kalah]

Sebenarnya saya begini, saya cuma mahu ini:

"Saya cintakan awak. Perasaan sayang saya pada awak sama macam saya sayangkan diri saya sendiri" [ringkas dan padu]

"Tidak mahu apa perkara tidak baik berlaku"

"Mahu sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera"

"Diberi kesihatan yang baik sentiasa"

"Tidak ditindas orang dalam hari-hari berlalu"

"Moga hidup sentiasa dipermudahkan Tuhan"

"Apa yang saya mahu dalam hidup saya, yang itu jugak lah saya mahu dalam hidup awak."

"Sebab kita pun akan jadi satu."

"Terkena apa-apa yang tidak molek pada awak, saya akan terasa jugak. Jadi susah hati."

"Saya doa yang terbaik untuk awak dan saya. Untuk hidup yang bakal kita bina."

"InsyaAllah. Amin." Plink! [message sent]

p/s: sebab ini entri yang geli sedikit. Saya sediakan asam boi disini. Untuk yang mahu muntah setelah baca. Sila ambil satu asam boi. Semoga anda baik-baik saja. Sekian.

nah! [β β β β β β β β] β = untuk boi. Ada 8 bijik asam boi kesemuanya. Silalah.

[bila dia mengadu letih secara banyak. Saya tidak tahu bagaimana mahu tolong. Jika saya dekat. Boleh saja saya tolong jadi emak-emak secara sambilan saja. Di bulan puasa ini. dia. buka puasa: mungkin beli [saya syak].dia. sahur: bangun panas kan lauk kejutkan ahli keluarga. Di rumah pusaka itu. Kemas dapur dan masak. Dia. Hari minggu:Membasuh baju adik beradik semua dan kemas rumah. Dia. Hari tidak minggu: Balik dari pejabat sudah sedia maklum kerja pejabat yang sungguh banyak tidak boleh blah. Dia menjadi emak. Mesti letih. Saya faham itu.

Tidak apalah. Lepas Raya Haji tahun ini. Awak tidak payah lagi. InsyaAllah, Saya sudah ada. Bulan puasa tahun depan. Saya sudah jadi emak-emak. Awak tidak payah lagi jadi emak-emak yang lain jantina dan tidak ada sanggul serta tidak pakai baju kurung kedah bangun panaskan lauk.

Dan ibu akan pulang sekejap dari German tidak lama lagi. Tidaklah awak susah hati lagi.

Sungguhpun mungkin ibu ke German lagi di masa hadapan. Itu khas untuk kakak dan anak-anak. Tidak apa-apa. [ada ibu di sana. mudah sikit pengajian kakak.saya faham itu.]

Waktu itu saya sudah jadi emak-emak secara sungguh-sungguh. Menjaga awak secara bersungguh juga.

Sila lah bersabar sekejap. Sekejap saja. Dan silalah jaga kesihatan juga. Titik.

[kang ada orang muntah secara banyak. Asam boi sudah tidak cukup. Ada lapan biji saja. sekian]

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?