Ini entri yang tidak riang. Saya tidak tahu mahu namakan apa. Sebab berkait dengan hati secara banyak. Berkait rohani [hey, ini bukan kak ani atau siti rohani atau makcik ani sebelah rumah hang okay?]Ini rohani lain. Dan berkait dengan jiwa juga. Ini macam entri muhasabah diri.
Dalam kepala saya banyak sungguh perkara yang ada. Banyak dan banyak. [hai syaitan. Jangan pengaruhi saya secara banyak]
Cuma saya rasa dalam hidup sekarang kena berubah banyak. Tidak boleh begini secara terus. Kelak jadi payah.
Macam ini lah senang kira dan cepat nak bagi faham:
DALAM HIDUP INI KITA MENCARI APA?
Takkan hidup kita semacam ini saja dari dahulu sampai sekarang. [rasa tidak boleh begini. Kena tidak boleh macam ini saja]. Ye dak?
Takkan Ilmu dan hubungan dengan Tuhan semacam ini saja dari dulu-dulu sampai sekarang. [rasa kenalah ubah bagi baik]. Ye dak?
Takkan mahu jadi isteri dan sikit lagi mahu jadi ibu pulak dengan gaya nak semacam ini sajakah? [saya tidak boleh macam ini saja. Ilmu saya sikit].Ye dak?
Takkan tidak malu dengan Tuhan secara banyak sebab ilmu sikit dan amal pun sikit. [kena lah baik dengan Tuhan baru DIA bagi apa yang kita mintak]. Ye dak?
Takkan mahu didik kehidupan masa depan macam ini jugak?[saya malu kalau saya tidak tunjuk akhlak baik. Nanti anak jadi apa?]. ye dak? Iye.
Kita hidup ini mahu mencari apa? Cari REDHA siapa kah? Saya cari Redha TUHAN dan redha encik ayah serta puan emak. Tapi. Saya kadang-kadang jadi gagal jugak. Bila sudah besar dan dewasa macam ini. Bila mahu ada hidup sendiri. Saya jadi takut pulak.
Jadi fikir banyak. Sampai fikir dalam hidup kita mahu cari apa? Pada saya, boleh saja kita mahu hidup macam sekarang. Tidak berubah dan tidak perbaiki apa hubungan dengan Pencipta. Boleh. Memang boleh. Tapi. Hati rasa tidak senang dan kosong jugak.
Jadi? One. Two. Three. PLINK!
Mari lah kita berubah. Mula-mula ini. [perbaiki hubungan dengan TUHAN dulu. Solat jangan delay. Segera.] kemudian. Baru fikir yang lain.
[saya lah itu.kalut buat kerja lain.masuk waktu sudah lama. Masih melipat baju lah. Masih membasuh lah. Masih membaca lah. Masih ..dan masih...jadi..mari mendisiplinkan diri. Don't delay!]
Jadi. Mahu atau tidak mahu. Rohani dan jiwa kena rapat dengan TUHAN jugak. Sebab DIA saja yang kita ada untuk apa saja. Baru rasa hidup kita kena.
p/s: sekali sekala tulis macam ini bagus jugak. Tidaklah merapu saja.

0 comments :
Post a Comment