...sekolah kehidupan..

Tuesday, August 31, 2010

Ada lima nombor. Ingat.

Saya sudah dewasa. Dewasa yang banyak sekarang. Saya rasa macam itu. Tidak lagi macam dulu-dulu.

Dulu saya pelajar. Lama juga bergelar pelajar. Dari sekolah tadika, sekolah rendah, kemudian sekolah menengah. masa ini saya kecik, kemudian tinggi juga sikit dan tidak lah kurus macam sekarang. Titik di zaman baju seragam sekolah warna putih kain biru.

Masuk diploma dan kemudian ijazah. Pelajar juga. sudah kurus dan tinggi. [tinggi kan macam orang besar-besar dah].Tapi pelajar dewasa tidak ada duit sendiri. Tidak bekerja.

Lepas itu kerja. Ada kerja dan ada duit sendiri. saya? tidak tinggi lagi. tumbesaran berhenti dan kurus macam itu juga. Dan sedang menuju hidup dan keluarga sendiri juga. [insyaAllah]

Lihat? Perjalanan hidup kita. Lama-lama rasa, hey! Kita memang sudah jadi dewasa banyak. [konsep senang saja: kalau sudah jadi emak, memang akan jadi dewasa sungguh kan? Lihat emak kita]

Masa zaman dulu kita tidak panjang akal buat keputusan. [sila rujuk kamus peribahasa anda. Apa maksud panjang akal]. Sekarang kita memang panjang akal. Hati encik ayah dan puan emak sungguh-sungguh kita jaga. Tidak macam zaman kita budak-budak dan remaja.

Saya bukan mahu bagitahu hal di atas. Itu adalah pendahuluan saja. Tudia! Pendahuluan berjela. Titik cepat-cepat disini.

Mari buka mata. Saya ajar anda sesuatu yang bermakna. Bukanlah tips Dr Fadzilah Kamsah atau apakah.

Tentang kawal emosi marah. Kalau hati jadi marah dengan orang yang bermakna dalam hidup kita.

Saya sudah apply dalam hidup saya. Sendiri-sendiri jadi sedar. [bukankah kita tengah dewasa sekarang ini. eceh! HaHa. Kenalah macam ini.]

Nombor satu:

Kita kena cool. [memang kena cool]. Jangan ikut hati dan nafsu marah [mazmumah]

Nombor dua:

Jangan cakap. Dok diam sajalah. kalau lagi banyak kita cakap. Lagi sakit hati dia dan kita. Jadi diam. Tenangkan diri. Istighfar sikit.

[cuba fikir, sebab apakah yang nak kena bergaduh bagai? Hey! That's small matter okay? be cool..dan ignore it. Diam.]

Nombor tiga:

Cakap benda yang baik-baik. Sudah. [jangan kasar].

Nombor empat:

Jangan ajak berdebat. Kalau balas-balas mesej mahu berdebat. Tiada siapa menang. Dan memang sakit hati. Jadi, JANGAN BERDEBAT lagi dah.

Nombor lima:

Sebelum anda tidur, maafkanlah orang. Saya sungguh stress kalau tidur dalam keadaan marah. Sebab bila bangun pagi rasa macam ada hutang tidak di bayar. Jadi, maafkan orang sebelum tidur. Bila bangun pagi, buka mata. Hati rasa selesa. Dan tidak ada apa lagi yang tidak kena.

Titik.

p/s: sudah dewasa, maka keputusan yang kita buat pun tidak lah melulu. Jadi, SABAR is the best way. Kita menyelamatkan banyak keadaan. Jangan mudah merajuk. Itu saja.

2 comments :

Acik As said...

tips yang bagus!!!...thanks

pensil iman said...

as..kelak kita jadi orang yg sbr..=)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?