Jari sudah lecur. Tomato masih lagi tomato. Kali ini saya betul-betul membuat pengakuan berani mati yang sangat rasmi. Betul lah kata orangtua walaupun tidak lah betul sangat.Bidalan saja. [kecuali siti norhaliza okay. HaHa] Orangtua kata: anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kawen dengan lelaki tua. Betul kah itu? Saya tidak tahu. Tapi orang tua dulu-dulu kan banyak sungguh makan garam dari kita yang muda jelita ini. Sebab tidak mahu masakan jadi hangit atau apa celaka berlaku di ruang dapur. Maka itulah ayat yang paling sedap untuk menakutkan dara sunti dari melalak di dapur sambil memasak. Ceh! Kalau dapat suami sudah tua kerepot. Takut juga saya. Tokwan. Tapi jika yang tua itu duit berkepuk tidak apa juga. Tapi pada saya, saya tidak pun mahu duit berkepuk dan orangtua cabuk itu. Yang saya mahu biarlah sederhana saja hidupnya dan saya mencintai dia seadanya. Dan bahagia. Itu penting tuh. [cewah! ] iya. Saya tidak betah menjadi senang dan mewah sangat. Sebab itu pun penyakit juga. Tuhan pun uji macam-macam nanti. Jadi biarlah saya dengan encik tunang yang ada ini saja. [HaHa. Ini ayat tiada kaitan sungguh. Titik sajalah.] Okay. Kembali semula. Mari saya buat pengakuan ini. Di dapur petang semalam. Saya mahu masak ini untuk menu berbuka: Kemudian. Masa sediakan bahan-bahan. Saya memang sedang menyanyi sambil memasak. Saya tidak lah melalak sungguh. Dan saya jugak tidaklah menyanyi lagu rock kapak atau apakah. Saya Cuma menyanyi lagu "Your Mother" a nasheed by Yusuf Islam . alah..lagu itu..ini lagu ini.. Lagu dakwah beb! Ahaha: "Who should I give my love to? My respect and my honor to. Who should I pay good mind to? After Allah And Rasulullah.." "Comes your mother.." Siap masak. Tadaa~ sudah siap sup ikan saya. Okay. Okay. Kemudian, buntang bijik mata saya. Terpandang sebijik tomato diatas papan pemotong. Tidak pun berhiris apa. Ish! Saya sudah lupa masukkan ke dalam sup ikan ini. ha. Kan sudah kata..kan sudah kata..jangan menyanyi di dapur. Ini bahan satu lagi sudah tidak saya guna. Ceh! Terkilan juga dalam hati. Berpusing saya depan mini bar kecik itu. Menjerit sekejap. Sampai kawan serumah tanya dengan terpinga-pinga. Why? Why? Why? My answer is: muka tidak puas hati. Dan bagitahu dia, betul lah cakap orang tua-tua. Jangan menyanyi di dapur. Moral nya: tidak kira anda menyanyi lagu rock kapak ka..balada ka..jiwang karat ka..kotemporari ka..dakwah ka..tetap jadi lalai dan adalah yang akan lupa nak masuk bahan nanti. Saya lah orang itu. [oho..kira hang menyanyi lagu dakwah bermakna selamat lah ye...aha taik kucing! Kira macam ini lah, sebab menyanyi lagu nasyid-nasyid ni..kira tak apalah..ahahha..kira berzikir-zikir lagu Raihan ka.. ni makanan tidak lah hangit atau lupa masukkan apa-apa bahan..tidak sama sekali okay.] [Semua lagu tidak terkecuali. Bawaklah lagu berzanji ke apa ke..bardah ke ghazal ke..zapin ke..berendoi ke apa sekalipun. Memang akan ada tragedi di dapur kalau tidak fokus.HaHa] Jadi memang lah kena FOKUS pada kerja. Okay? Ada perkataan fokus di situ. Tidak apalah. Lain kali saya buat bagi betul. Ini kalau puan emak di rumah. Sahih dia tidak kata apa-apa. Cuma dia kata: "tidak apa-apa. Kalau tidak letak pun baik-baik saja. Esok-esok kalau masak lagi, jangan lupa pulak. Hurm.." Ayat "hurm.." di hujung tu yang saya tidak mahu dengar. Tapi. Kalau ada encik ayah dan puan emak di dapur masa saya sedang memasak. memang saya diam saja. buat kerja betul-betul. ada pemerhati lah kawan. Takkan nak menyanyi pulak. cari pasal nak kena tegur. Siap satu menu. Walaupun terkilan. Masak pulak satu lagi. Ni ha. Masakan ini: Menyanyi lagi. Lagu "Your Mother" jugak. Sekali saya terpegang mangkuk panas yang ada tepi dapur. Ha. Hambik ko. Ralit lagi lah. Siap terpelanting mangkuk tu ke bawah. Nasib baik tidak pecah. Adus. Memang ada kecelakaan telah berlaku. Lagu ini memang puaka kah? ceh! Jari ku lecur. Titik. p/s: tak mahu cakap apa-apa dah. Cukup lah dua kali ini. Tidak jadi buat air buah. Tidak jadi masak sambal tempe untuk sahur siap-siap. sakit seh! [sudah sedia bahan. ikan merah saya cari tidak jumpa. saya hentam letak ikan haruan tasik.sudah lumur dengan asam jawa dulu sebelum masak dan basuh sebab saya tidak mahu ada bau dia nanti. pelik ikan ini, nama haruan tasik. tapi stay dalam laut. tapi okay lah. isi dia lembut dan sedap jugak. saya jemu dengan ayam. serius jemu. saya dan kawan serumah memang tidak boleh ada ayam. tidak mendapat sambutan langsung. ayam tidak sedap. isinya pada saya..masak apa-apa pun sama saja rasa. ikan tidak sama. lain rasa.]

1 comments :
awwww
Post a Comment