Kadang-kadang rindu masa zaman dulu-dulu. Zaman kecik-kecik. Makan aiskrim Malaysia. Sepuluh sen satu. Panjang. Ada banyak perisa. Milo lah..oren lah..sirap lah..lepas tu ada perisa sirap letak kacang merah sikit lah..laici pun ada..hey..sedap juga yang perisa jagung. Lagi sedap yang aiskrim malaysia yang macam ais kacang tuh..yang paling suka adalah yang ada asam di dalam tu..ada jugak orang jual. Makan bukan kenyang pun. Tapi entah kenapalah. Suka sungguh. Kadang-kadang lepas mengaji qur'an sebelah petang. Bila usai saja mengaji qur'an. Ambil duit sepuluh sen dan pergi beli aiskrim itu di rumah jiran. Wah. Masa tu puas sungguh. Sambil main-main dengan kawan. Sekarang bila besar. Sedap juga. Tapi tidak lah macam kecik-kecik dulu. Masa kecik kepuasan makan aiskrim Malaysia adalah satu kepuasan yang tidak boleh di cerita..tidak lah sedap mana pun..tapi suka..Sekarang ni mana ada orang jual lagi dah. Payah nak ada. Aiskrim sekarang bukan macam dulu. Ini zaman aiskrim moden. Aiskrim Malaysia yang saya maksudkan ini adalah yang tradisional. Rasa dan perasaan masa makan aiskrim moden-moden yang sedia ada di pasaran tidak lah sama dengan rasa dan perasaan masa makan aiskrim Malaysia. Ada nilainya yang tersendiri, yang dalam hati saja reti jawab dan bagitahu. Cara nak buat pun senang saja. Air masak yang betul-betul panas. Letak gula. Kemudian letak saja perisa yang mahu. Milo kah..?? asam boi kah?? Oren kah..grape kah..jangung kah..uhu..Bancuh saja. Kemudian masukkan dalam plastik panjang dan kurus itu. Dan simpulkan di bahagian atas ia. Tadaaa~ siap. Masukkan dalam peti sejuk. Tunggu sampai beku. Masa saya di semester akhir di universiti dulu, masa di wajibkan berniaga dan membuka gerai keusahawanan sebagai satu syarat lulus subjek keusahawanan, kumpulan saya turut berniagakan aiskrim Malaysia ini sebagai satu item sampingan. ahaha. Wah. Pasaran sasaran kami adalah budak sekolah. Masa budak-budak sekolah rendah pulang dari sekolah, kami sudah siap tunggu di depan pintu pagar. Ahaha..habis dan licin jualan aiskrim Malaysia itu. Saya percaya, bila budak-budak itu sudah meningkat dewasa dan kerja macam saya, mereka juga kan rasa perasaan yang sama dengan saya bila makan aiskrim Malaysia di saat dewasa seperti ini. Dan bila saya sudah besar sekarang saya sudah reti beza orang yang buat aiskrim Malaysia guna air masak atau tidak masak. Jika guna air masak panas. Aisnya bila beku menjadi gebu dan halus saja. Kalau tidak ais tu jadi kasar semacam saja. Itu saja bezanya. Ceh! Masa kecik-kecik kenapa saya tidak tahu. Entah sudah berapa banyak batang aiskrim Malaysia yang tidak gebu saya makan. Bila ada orang jual di sekolah saya masa hari carnival PIBG sabtu lalu. Saya dan kawan pergi beli. sudah harga dua puluh sen satu.. Hu..hu..lawak dan sedap. Hari itu, kelas pendidikan khas datang berjual aiskrim Malaysia di bilik guru. Wah..semua cikgu membeli aiskrim Malaysia itu. Saja-saja. Macam kita kecik-kecik dulu. Bukan apa. Membeli tanda menyokong anak murid membuat berniaga. Gerai kecik-kecik saja di padang sekolah saya. Dan masa makan, tidak teringatkan apa. Cuma ingat zaman kecik-kecik saja. Tidak fikir pun juga kenapa namanya aiskrim Malaysia. lepas rindu...

0 comments :
Post a Comment