Jumaat. Mari kita cakap hal baik-baik saja okay? Sebelum cakap hal baik-baik, saya nak tulis pasal ini. Saya demam lagi. Demam. Demam. Dan demam. Batuk. Batuk. Dan batuk. Ogos memang untuk demam dan ubat sahaja. Lega sekejap satu hari. Baru nak rasa seronok dan nikmat kerja dengan sehat. Demam pulak lagi. Demam reda. Datang batuk dan selesema berganda-ganda. Empat kali sudah nak masuk lima kali ambik ubat tidak lega-lega jugak. Tidak apalah. Ini bahagian saya. Sebulan untuk Ogos ini mungkin badan saya akan demam dan tidak sehat saja. Tidak apa-apa. Saya baik-baik sajalah.
Sebab apa? Kalau fikir negatif, memang hati rasa libang libu. Tidak syok. Dan rasa susah hati. Jadi fikir positif.
Demam ini adalah kifarah yang Tuhan bagi pada saya untuk cuci dosa mungkin. Dan demam, batuk yang panjang, selesema yang buat saya susah nafas. Sakit badan, dada dan kepala yang berdenyut-denyut memang sudah bahagian saya. Okay? Kenapa sudah menjadi bahagian saya?
Sebab: masa bulan Julai. Encik ayah demam teruk. Saya pulak tidak boleh balik melawat dia serta merta. Saya ada tulis di sini dan disini. Dua entri pasal perasaan pada encik ayah saja lah.[sila klik]Jadi. Saya minta doa pada Tuhan masa itu. Pindah sikit sakit encik ayah itu pada saya. Kalau itu boleh buat sakit encik ayah reda sikit. Sebab hati saya masa itu rasa sungguh ralat. Tidak dapat balik tengok orangtua saya serta merta. Doa macam itu hari-hari lepas solat saya. Titik.
Nah! Tuhan sudah makbul doa saya lah. Saya rasa macam itu. Masa Julai itu, saya pulun balik juga. Jenguk encik ayah seketika. Ya. Encik ayah tidak sihat sungguh. Kemudian, saya balik lagi kali kedua. Balik sambut puasa bersama encik ayah dan puan emak. Dan encik ayah?? Alhamdulillah, dia sudah sihat banyak. Saya tidak pulak rasa risau lagi.
Sekarang, dari 1 Ogos sampai saat ini saya dok demam demam demam batuk batuk batuk selesema selesema dan sudah dua ujian doktor buat. Ujian kahak satu kali. Ujian darah satu kali. Apa lagi belum buat? Ya. Sekali lagi doktor kata kena buat x-ray pulak kalau tidak lega jugak. Tengok jantung saya. ada effect atau tidak. Saya mengelak semahunya lah. [ceh! menakutkan saya. doktor-doktor itu selain dari periksa kesihatan orang, sungguh tidak ada kerja lain iaitu menakutkan pesakit yang lurus. ewah!] Tidak mahu saya. [eh, macam ujian yang encik ayah kena buat pulak masa beliau sedang demam teruk itu] kebetulan mungkin~
Demam kali ini memang sungguh tidak semenggah. [sila klik]. Mungkin ini sikit saja bahagian sakit encik ayah yang Tuhan bagi saya terima. Tidak apalah. Saya terima saja. Redha. Ini memang bahagian saya. Sekian saja.
p/s: hari jumaat memang bagus. Kemudian. Lepas sahur, bacalah yassin pulak untuk yang tidak sempat baca malam tadi. Masa siang, sila potong kuku yang panjang merelong tuh.
Apa itu merelong? Mari lihat bahasa pasar loghat utara ini.
Kata dasar: relong
Relong = petak sawah satu bidang tanah
Merelong = saya hentam okay?? Agak-agaknya begini la kot gamaknya: Imbuhan "me" untuk menunjukkan sesuatu yang panjang secara melampau-lampau.
Dan saya pun tak tau kenapalah jadi "merelong" tidak ada kaitan sungguh dengan petak sawah. Sungguh-sungguh saya tidak taw apakah hubungkait ini?? sungguh misteri.
Loghat utara: "ish, kuku hang panjang meghelong sungguh. Nah! Ambik kepit kuku ni. Potong."
[perkataan "nah" tu bukan merujuk kepada nama Rosnah atau Maimunah okay? Itu adalah ayat menunjukkan sedang hulur sesuatu benda atau barang]
Ayat pasar: "ish, kuku ko panjang gila. Nah! Ambik pengepit kuku ni. Potong "
Ayat bagus lagi skema: "eh, kuku awak panjang sangat ni. Ambilah pengepit kuku ini. Silalah potong."
Begitulah adanya. Sudah jadi kelas bahasa loghat utara pulak blog saya ini. okay lah. Ini sudah bagus. nanti saya buat kelas.ceh!

2 comments :
cikgu demam? batuk2? samalah kita!!! huhu
mari lah kita batuk dan dmm secara berjemaah..huhu
Post a Comment