Selamat berpuasa. Sudah Ramadhan dah. Wah..sungguh cepat masa berlalu kan? Sangat cepat pula saya rasa. Sudah Ramadhan bermakna hu..hu..hu...raya puasa..kemudian..cuti sekolah..kemudian..raya haji..kemudian..cuti sekolah yang lagi panjang..kemudian lagi...saya sungguh terasa cepat...[macam cuak pulak..tidaklah..Cuma saya fikir belum siap semuanya..dan semuanya masih dalam progress menuju "hari besar saya"] titik. Saya tidak mahu bercerita itu. Saya mahu bercerita ini. Tentang kuih rahsia. Maklumlah bulan puasa. Hi..yalah..bulan puasa memang banyak sungguh kuih. Eh lupa. Saya menyambut satu Ramadhan bersama encik ayah dan puan emak. Negeri saya ambil cuti sempena awal ramadhan. Selebihnya, saya cuti sendiri dan ambil keputusan balik ke tanah besar. Ceh! [sebab rabu sudah cuti awal Ramadhan..khamis sekolah pula..jumaat dan sabtu cuti minggu...khamis itu saya pergi ambil cuti sakit sajalah..malas saya menapak ke Langkawi semula..] Mari. Ini pasal kuih. Satu saja yang saya sangat suka iaitu: kuih rahsia. saya suka dia tidak kira waktu puasa atau tidak puasa. Saya namakan ia sebagai kuih rahsia walaupun dia ada nama. [kerana saya bagi nama kuih rahsia..sebab ada satu kisah saya dan orang itu] [ini cerita tahun lalu di bulan puasa juga: saya sukakan kuih itu dan bagitahu orang itu...] [kebetulannya rupa-rupanya kuih yang saya suka juga adalah kegemaran orang itu] [jadi, dulu..tahun yang dulu di bulan puasa begini..jika orang itu pulang dari kerja saya pesan: "abang..jangan lupa belikan kuih rahsia untuk berbuka"] [kuih itu adalah kuih wajib saya hari-hari jika saya pergi bazar ramadan] [ia tidaklah comel mana..tapi warnanya memang buat saya rasa sedap] [untuk sesetengah orang ia macam tidak semenggah, tapi pada saya sungguh semenggah ia ada hari-hari sebagai juadah saya: saya tidak jemu] [kuih rahsia ini boleh juga bertukar wajah: boleh diubah kepada koktel. Letak saja susu cair dan sedikit ais kiub. Sedap!] amaran: jika mahu jadikan koktel, jangan letak kelapa lah..okay? taburkan kismis..sudah. Nah...ini lah dia saya persembahkan kuih rahsia itu. Sungguh sedap pada saya. Bila saya lihat rupa dia. Saya selalu membayangkan kartun ini. Lihat elmo, membayangkan kuih rahsia pula. Ceh! Dasar otak kartun comel. p/s: tidak mengapa cuma boleh bergurau pesan beli kuih rahsia...nanti sudah serumah, kami berkongsi kuih rahsia itu juga. insyaAllah.

[inilah kuih rahsia saya..ia bukanlah sagu biasa..sagu luarbiasa...hehe]
ELMO! Tidak tahulah kenapa. Mungkin sebab begini. Lihat apa yang saya bayangkan.
Persamaan:
Berhenti sekejap tentang ini. ayah saya panggil makan malam. [baik saya turun bawah..makan nasi bersama encik ayah dan puan emak.sudah lama hidup saya tidak lengkap seperti ini. di rumah sewa saya, saya sungguh tidak berdisiplin makan. Makan nasik boleh di bilang-bilang. Berat badan sungguh turun. dan saya rasa sungguh tidak ada isi.]

2 comments :
k ina buat sendiri kaa???? waaa.. nak.. muna pun sangat suka dengan kuih rasia ini.. tiba2 panggil kueh rasia jugak.. kuih sagu laa.. hahah..
muna..kuih rasia ini memang sungguh sedap..ahaha..nak kuih rasia??.mari hntr pinggan ke rumah sy..
Post a Comment